Di Sini Kita Bermula.. Dr. Omar Yaakob 15. Permudahkan, jangan menyukarkan.
Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyebutkan bahawa syari'at terbina di atas dasar mempermudahkan, bukan menyusahkan. Dalam surah al-Hajj:78, Allah berfirman bermaksud: "Dialah (Allah) yang telah memilih kamu dan tidaklah Dia menjadikan ke atas kamu kesukaran dalam urusan agama". Lihat juga Surah al-Maidah:6 , al-Baqarah:185 dan an-Nisaa':28 yang menyebutkan prinsip kelonggaran yang Allah berikan sesudah menyatakan hukum-hukum taharah, puasa dan perkahwinan. Banyak hadis Nabi (saw) yang menyuruh kita mempermudahkan, jangan menyukarkan. Kita juga tahu bahawa apabila berdepan dengan dua perkara yang kedua-duanya tidak bercanggah syara', baginda Rasululah (saw) memilih yang mudah di antaranya. Malangnya, terdapat di kalangan umat Islam yang suka mempersempitkan atau menyukarkan orang umum memahami dan mengamalkan Islam. Berikut beberapa contoh amalan atau pegangan yang menyukarkan, dibahagikan kepada beberapa kategori. a. Ada hujjah, pelbagai tafsiran tetapi memilih yang sukar: i. Dalam zaman moden ini oleh kerana perjalanan sudah mudah dan surau masjid di merata tempat, tidak boleh lagi mengadakan solat jamak atau qasar. ii. Oleh kerana perjalanan semakin mudah, orang yang dalam perjalanan tidak lagi dibolehkan berbuka berpuasa. iii. Semua musik dan alat musik adalah haram secara mutlak. iv. Menukar wang besar dengan sebahagian wang kecil adalah riba. v. Tidak boleh bertransaksi dengan ATM kerana tiada akad. vi. Wajib menyamak perkakas makanan yang digunakan oleh orang kafir. vii. Haram mengambil gambar manusia. b. Tiada Hujjah! i. Menyentuh kanak-kanak yang belum bersunat boleh membatalkan wudhu' atau solat. ii. Menghafaz sifat 20 ialah fardhu ain sementara menghuraikan sifat 20 adalah fardhu kifayah. c. Amalan yang sepatutnya mudah menjadi sukar i. Menyukarkan jalan untuk pemuda-pemudi berkahwin dengan maskahwin/hantaran yang tinggi serta persiapan dan kos majlis yang menyulitkan. ii. Membudayakan kemestian untuk membuat majlis tahlil selepas setiap kematian. iii. Membudayakan wirid yang panjang secara jemaah selepas setiap solat sehingga menyukarkan jemaah atau mengganggu jemaah yang masbuk. iv. Mewajibkan pertukaran 'uniform' i.e. pakaian khas untuk setiap solat. v. Memestikan pertukaran nama bagi 'saudara baru', dan memaksa mereka menenggelamkan diri mereka ke dalam budaya 'Melayu'. vi. Menjadikan membaca 'Surah Sajdah' seolah-olah wajib pada solat subuh hari Jumaat. Saya tidak bermaksud untuk membawa mazhab serba-mudah. Yang saya maksudkan ialah apabila berdepan dengan apa perkara pun, selagi ada hujjah yang jelas dan tafsiran oleh ulama' muktabar membolehkan sesuatu yang lebih mudah, itulah yang sepatutnya dikedepankan untuk masyarakat umum. Yang saya khuatiri ialah kadang-kadang kita menyukarkan sesuatu yang asalnya mudah sehingga orang non-Muslim melihat Islam sebagai sempit, padahal ia tidak bergitu. Sementara itu kita perlu dengan tegas tetap menentang pihak lain yang terlalu memudahkan sehingga membolehkan semua perkara walaupun telah ada nas yang qat'ei. Golongan ini mahu memansuhkan hudud, menghalalkan riba, mengharuskan pembukaan aurat, pergaulan bebas, membolehkan wanita menjadi penghibur, meremehkan judi, memusnahkan institusi Jihad, memansuhkan poligami dan seumpamanya. Kumpulan ini bukan mahu mendirikan prinsip 'kemudahan Islam' yang saya nyatakan di atas. Sebaliknya mereka membawa aliran modenis, liberal yang banyak dipengaruhi oleh pandangan barat yang bertentangan dengan asas-asas Islam itu sendiri. Kumpulan ini akan saya sentuh di dalam bahagian lain dalam siri ini nanti inshaAllah. Bersambung inshaAllah.. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
