Diesel naik: Pengguna pinjam 'along' bagi sara keluarga
Thursday, May 26 @ 16:24:48 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Akibat tidak dapat menghadapi tekanan kenaikan harga minyak yang melonjakkan harga barangan di pasaran, ramai yang terpaksa berhutang dengan 'along' bagi menyara keluarga masing-masing.

Demikian menurut kenyataan daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sambil mengulas bahawa harga ayam di pasar Chow Kit kini naik sehingga RM7.20 sekilo melebihi harga siling yang diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut Pengerusi NCCC, Ismail Abdul Aziz, terdapat peniaga yang menaikkan harga ayam di pasar Chow Kit apabila Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) membuat pemantauan harga di kawasan tersebut baru-baru ini.

Katanya, pemantauan itu dibuat berikutan pihak persatuan pengguna mahu melihat sejauh mana kenaikan harga diesel baru-baru ini mengakibatkan kenaikan harga barang di pasaran termasuk barang keperluan harian.

Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan mengenai isu kenaikan harga ayam di pasaran selepas NCCC menerima pelbagai aduan mengenai senario itu.

Ujar Ismail, pemantauan yang dibuat di beberapa pasar lain seperti Sungai Way, Jalan Othman, PJ Old Town dan Hypermarket Jalan Kelang Lama mendapati ada peniaga yang tidak meletakkan harga barang sekalipun.

Dalam tinjauan itu kata Ismail, peniaga ayam merungut bahawa mereka juga terbeban dengan kenaikan harga yang tinggi dari pengedar ayam sehingga hanya mengutip untung kira-kira RM1.00 sekilo sahaja berbanding sebelumnya.

Selain itu katanya, peniaga pasar juga mendakwa bekalan ayam tidak mencukupi dan berkemungkinan bekalan tidak mencukupi menjelang cuti sekolah berikutan pelbagai majlis kenduri di musim cuti sekolah.

Peniaga juga mengadu kepada pihak persatuan pengguna bahawa bekalan ayam yang dihantar terkadang terlalu kecil dalam jumlah yang kurang.

Menurut Ismail, pihaknya menerima lebih 100 aduan dari pengguna melalui telefon dan surat yang mengadu mengenai kenaikan bahan mentah terutamanya ayam dan sayuran.

Senario ini katanya mewujudkan tekanan kepada mereka yang berpendapatan rendah sehingga mengakibatkan ada pengguna kini terpaksa berhutang dengan 'along' semata-mata untuk menyara keluarga. - mks.


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke