Roboh masjid: Tindakan biadap, luar etika kemanusiaan
Saturday, May 28 @ 13:28:55 MYT


KUALA TERENGGANU, 28 Mei (Hrkh) � Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri merobohkan Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal pada 26 Mei lalu adalah biadab dan di luar etika kemanusiaan.

Setiausahanya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata Pemuda negeri melahirkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan itu termasuk merobohkan sepuluh unit rumah peserta yang hampir siap dibina.

�Sepatutnya tindakan biadap dan zalim oleh Kerajaan Islam Hadhari Terengganu Bestari itu tidak berlaku dalam sebuah negara demokratik,� ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Ini, katanya kerana Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan hak kebebasan beragama serta beramal dengan ajaran Islam adalah dibenarkan.

�Tindakan ini memberi gambaran sikap kerajaan BN negeri yang gagal mempertahankan maruah dan hak orang-orang Melayu serta tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya,� ujarnya.

Tambahnya, tindakan itu juga bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia dan juga menggambarkan sikap membalas dendam pimpinan kerajaan negeri sekarang kepada rakyat yang tidak menyokongnya semasa pilihanraya umum yang lalu.

Ini, katanya bertentangan dengan pendirian asal Menteri Besar, Dato� Seri Idris Jusoh yang tidak mahu berdendam dengan mana-mana pihak.

�Pemuda PAS negeri dengan ini meminta campur tangan Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memastikan hak rakyat dan maruah rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam terbela,� tambahnya.

Pemuda negeri juga, tegasnya mendesak supaya kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di negeri ini khususnya di atas keterlanjuran pihaknya dalam menangani isu tanah rakyat.

�Dalam hal ini kewarasan dan kebijaksanaa semua pihak adalah penting untuk memastikan tidak berlaku ketidakadilan dan penafian hak secara mutlak terhadap rakyat, penggunaan penguatkuasaan undang-undang per se tanpa mengambil kira semangat musyawarah adalah tidak bersifat hadhari,� ujarnya lagi.

Beliau menambah, Pemuda PAS negeri juga menuntut kerajaan BN negeri menggantirugikan (indemnified) segala kos yang telah dibelanjakan oleh rakyat dalam menyiapkan masjid terlibat kerana pembinaan tersebut adalah dibuat secara sah semasa Kerajaan PAS memerintah.

Selain itu, katanya Pemuda PAS negeri juga merasa kesal dengan kenyataan Pegawai Daerah Kemaman yang juga Pentadbir Tanah Daerah, Mustofa Abdul Rahman dalam sebuah akhbar harian hari ini yang mendakwa menemui 30 botol bom petrol (molotov cocktail) dan 20 lagi sedang diproses di sekitar kawasan perumahan RTB Bujal itu.

�Kami menganggap kenyataan itu adalah satu fitnah yang bertujuan menutup kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan BN negeri,� tegasnya. - ayu


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke