Sunday, May 29 @ 17:12:21 MYT
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kecewa dan kesal dengan keputusan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan garis panduan hiburan sebagaimana dicadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya dengan alasan ingin mendapat pandangan daripada pelbagai pihak.
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan yang difakskan ke Harakahdaily hari ini, mempersoalkan apakah maksud pandangan dari pelbagai pihak tersebut.
"Adakah yang dimaksudkan kerajaan pandangan daripada orang bukan Islam yang menjadi pengusaha-pengusaha pusat hiburan dan golongan yang mentafsirkan bahawa garis panduan tersebut melanggar kebebasan seseorang," katanya.
Menurut Azmi, mereka yang menyuarakan pandangan tidak senang dengan garis panduan itu adalah di kalangan mereka yang mahu negara ini mengambil pendekatan liberal supaya jangan ada kawalan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh individu atas nama kebebasan hak.
Katanya, pihaknya juga kesal terhadap kerajaan yang sering tunduk kepada tekanan golongan liberal, yang menolak apa sahaja berkait dengan pandangan agama dan etika masyarakat sedangkan kerajaan sering mencanangkan bahawa kerajaan serius dalam membentuk akhlak masyarakat.
"Kami juga hairan kenapa akhir-akhir ini pihak kabinet sering memberi keutamaan kepada pandangan pihak yang mahu negara ini mengambil pendekatan liberal lebih dari prinsip dan dasar untuk memastikan pengaruh negatif yang kini sangat berleluasa mempengaruhi masyarakat terutama generasi muda dapat dibendung," katanya.
Azmi juga berpendapat cadangan yang berasaskan usul dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah sangat wajar dipertimbangkan memandangkan wujudnya keghairahan pihak tertentu di negara ini untuk menganjurkan pelbagai acara hiburan yang semakin galak mendedahkan budaya yang tidak sihat malah bercanggah dengan hukum agama.
Tegasnya juga, Teras membantah kenyataan Menteri Warisan dan Kebudayaan, Dato' Rais Yatim yang menyatakan hukum agama itu biar hanya dalam urusan agama sahaja.
Katanya, kenyataan Rais jelas berasaskan pandangan yang sekular dan menunjukkan betapa beliau jahil mengenai maksud agama lantaran beliau terheret dengan kekagumannya kepada budaya dan nilai barat.
"Malah kenyataan bahawa orang Melayu tidak seharusnya menjadi ke 'Araban' menimbulkan tanda tanya kenapa beliau tidak pula berasa janggal kenapa orang Melayu yang sudah dipengaruhi budaya pakaian dan perangai barat.
Adakah Rais Yatim lebih senang orang Melayu berbudaya barat lebih dari Arab," jelasnya.
Justeru, Teras mendesak supaya kerajaan tidak tunduk kepada tekanan golongan liberal barat dan merujuk kembali kepada nilai agama yang seharusnya menjadi teras dan paradigma yang sangat penting untuk membentuk akhlak rakyat negara ini. - SH/mns
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
