Assalamualaikum Pn Aniz,
Welcome to the group.. i am sure we could learn a lot
of things from you as a marriage counselor..bertambah
meriah dan ceria group ni dengan ilmu dan pengetahuan
baru from a lady counselor..
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan
> semua...Salam perkenalan dari saya Pn Aniz Hj
> Anwar...
>
> Buat moderator ...Jutaan terima kasih di atas
> kepercayaan dan pelawaan untuk menyertai hidayahnet
> yahoogroups...semoga usaha murni kita memakmurkan
> bumi Allah dengan ilmu juga pengalaman yang
> dipinjamkan mampu membawa kebahagiaan dan
> kesejahteraan di dunia dan akhirat,
> InsyaAllah..(Agak pjg juga sebenarnya tapi aniz kira
> amat bermakna pengisian di dlmnya...harap boleh
> disiarkan)
>
> Sebelum berbicara lebih lanjut izinkan saya
> perkenalkan diri...antara topik yang akan saya bawa
> dalam perkongsian ilmu saya adalah pengisian yang
> menyentuh ke arah membina keluarga yang bahagia dan
> sejahtera yang juga pastinya diredhai Allah
> swt..antara lain menyentuh perspektif Islam juga
> kaunseling rumahtangga dlm memupuk keluarga yang
> bahagia didokong dgn kelebihan produk yang dibawa
> akan saya bawakan utk perkongsian semua den satu
> matlamat membina kehidupan insani yg lebih sejahtera
> buat semua...(Ayahanda tercinta saya terlibat di dlm
> perubatan Islam konflik kehidupan yg melewati
> singgah ke teratak kami benar-benar menginsafkan
> saya agar lebih cermat dan berhati-hati melewati
> kehidupan). Bertitik-tolak dr situ pengajian di
> peringkat sarjana saya mengambil pengkhususan dlm
> bidang kaunseling keluarga yang mana saya kira
> mempunyai peranan penting dalam mencorakkan jati
> diri dan kejayaan generasi hari ini dan akan
> datang...Komentar dan maklumbalas dr rakan-rakan
> kaunselor masalah
> displin, kebejatan sosial yang berlaku lazimnya
> berpunca dari keadaan keluarga yang kucar-kacir dan
> kurang perhatian serta kasih sayang...Keadaan inilah
> yang cuba aniz tampung dan isikan...inilah
> sebahagian penzahiran kesyukuran terhadap anugerah
> dan nikmat yang Allah berikan pada saya dan
> keluarga...hak sesama Muslim yang mampu saya
> berikan..semoga kita semua manfaat
> darinya...InsyaAllah...
>
> Menyentuh kemelut rumahtangga seringkali kita
> didedahkan dengan isu-isu suami jatuh
> hati..berkahwin lagi...sementelah isteri dan
> anak-anak diabaikan...itulah stereotaip juga
> fenomena yang tergambar dlm fikiran kita...Bukan
> maksud Aniz mengharamkan yang halal...cuma disini
> renung-renung...fikir-fikir para suami pengisian
> yang perlu diisi untuk kita sama-sama mencipta
> bahagia di dunia dan di akhirat, bukan sekadar diri
> kita seorang atpi juga pimpinan kita anak
> isteri...kalau dah orang kanan kita 'isteri' kita
> diabaikan...silap haribulan boleh jatuh dizalimi
> bila haknya tidak diberikan dgn sewajarnya dan
> secara tidak langsung cuma kekawan dalami maksud
> ayat aniznie bukan sekadar menzalimi org lain tapi
> juga menzalimi diri kita, bukankah membuka ruang
> dosa disitu,itu tak masuk lagi kisah
> anak-anak..(aset kitatu nak tolong doakan kita di
> hari kemudian, doa dari anak yg soleh dan solehah
> jika kita kembali ke alam barzakhtu)...jika
> pengisian mereka ini kita abaikan, aset apa, modal
> apalaa
> agaknya yg boleh kita gunakan sbg "bantuan
> kita"..."sumber makanan" juga kegembiraan kita di
> negeri "abadi" itu...Haa??Soalan cepu
> emaskan...FIKIR JANGAN TAK FIKIR?Jika kita sibuk,
> alpa..dgn nikmat dunia yg sementara...sehinggakan
> utk menyediakan aset-aset akhirat kita tercicir,
> bukankah satu kerugian yg amat besar???...betul tak,
> sedangkan disana nanti lebih kekal? Syaitan memang
> seronok...suka kita huru-hara, leka ..alpa...betul
> tak? Dah memang spesistu modus-operandinya nak cari
> geng lepak dgn "depa"kan...maka takkanlah kita yg
> dikirimkan Allah nikmat akal..nikmat
> iman...Al-Qur'an dan Sunnah sbg panduan hidup
> senang-senang memperbuduhkan diri...kasi can spesis
> tersbt MEMPERKOTAK-KATIKKAN kita...
>
> Sentuh pasal sunnah...hee, orang lelaki musti
> sukakan...spashly tang "bab menikah lagi", cuma yg
> peliknya tang satunie diaorg suka nak praktik..tang
> sunnah nabi yg lain tercicir tu yang tak
> cantiktu...Teringat Aniz kata-kata Dr
> Masitah...Poligaminie ibarat ubat..panadol kalau
> kita kita tak sakit tak perlulaa ambil...org tak
> sakit telan panadol emm mudaratlaa
> jadinya...huru-hara...Renung-renung..fikir-fikir...
>
> Ok...sentuh tentang tajuk kita harinie, aniz sendiri
> terpanggil utk berkongsi "excerpt" dr Dr Ikmalnie
> sebab PENGISIANNYA AMAT PADU DAN BERTEPATAN Aniz
> kira dlm suasana dan femenomena rumahtangga hari
> ini...Harinie kita cuba memahami '"ruang rujuk" para
> suami dan apa sebenarnya "pengharapan
> "mereka...terhadap suri hati yang juga isteri
> tercinta...moga-moga ianya boleh dijadikan panduan
> dan ikhtibar utk kita sama-sama mencipta bahagia di
> dunia dan akhirat dan menuju redha
> Ilahi...Amin...InsyaAllah...
>
> MAHU DISAYANGI SUAMI?
>
> Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak
> mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna
> dia
> telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang
> manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang
> lain
> kecuali orang gila.
>
> Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya
> renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan
> selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi
> perkara
> biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang
> menderita.
>
> Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat
> menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?
>
> Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua
> wanita
> hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi
> jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam
> keamanan di dalam rumahtangga.
>
> Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup
>
> berbelanja beratus malah beribu ringgit atau
> berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan
> seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi
> permintaan
> hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan
> penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan
> serta
> pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari
> itu
> untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam
> rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi
> yang
> ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak,
> wajib dipenuhi.
>
> Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan
> dan
> kesyunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau
> begitu
> tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan
> anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan
> hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar,
> wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala
> kemewahan.
>
> Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami,
> para
> isteri perlu menjawab soalan ini;
>
> 1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda
> melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi
> sepenuh perhatian dalam urusan itu?
> 2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah
> anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja
> yang diperlukan?
> 3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga
> begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di
> dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila
> memandangnya?
> 4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan
> gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada
> suami bahawa anda benar-benar merelakan dan
> menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya
> padanya?
>
> Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan
> di
> atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau
> telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di
>
> dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani
>
> kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka
> hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia
> keletihan pulang dari kerja.
>
> Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan
>
> anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan
> bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan
> cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh
> kasih
> sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia
> lagilah
> bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga
> kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan
> kemahuan suami.
>
>
=== message truncated ===
__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!
http://sg.info.mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/