From: Maszlee Malik 
Date: Wed Jun 1, 2005 4:07am 
Subject: Jesus is our Lord???  maszlee 
 

"JESUS IS OUR LORD" dan Kefahaman ummah

 

Maszlee Malik

 

 

 

"Jesus is our Lord", "Jesus is God", "We are the lamb of Jesus" dan 
bermacam-macam lagi stiker kereta berbunyi seperti ini atau seakan 
ini dapat ditemui di dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur. 
Sudah tentu sang empunya kereta-kereta yang mempunyai pelekat-
pelekat tersebut merupakan penganut agama Kristian. Itu merupakan 
hak mereka, dan amat tidak wajar jika ada di kalangan umat Islam 
yang bersuara untuk menghalang mereka memperagakan stiker sedemikian 
rupa dengan apa alasan sekalipun. Mungkin ada yang ingin menjadi 
juara Islam dengan berdalilkan artikel 11 di dalam perlembagaan 
persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi untuk 
membantah stiker-stiker yang sedemikian, itu bukanlah tindakan yang 
bijak, malah bersikap tidak profesional. Sebagai penganut sesuatu 
agama, mereka berhak untuk mempamerkan apa sahaja yang menjadi 
identiti kepada agama mereka. Hanya satu persoalan yang mungkin 
timbul, adakah perbuatan sedemikian dikira sebagai satu cara 
berdakwah kepada agama Kristian yang mungkin mengguris hati majoriti 
umat Islam di Malaysia? 

 

 

 

Niat yang suci

 

Nyata sekali, kebanyakan mereka yang menganut agama Kristian 
merasakan satu kewajipan untuk membawa orang-orang lain kepada 
kecintaan terhadap Jesus (baca: Nabi Isa A.S.) yang telah 
mengorbankan nyawanya untuk mengampunkan dosa mereka. Jesus 
merupakan anak Tuhan yang begitu bersimpati terhadap manusia telah 
menebus dirinya dengan nyawanya semata-mata untuk mengampunkan dosa-
dosa manusia yang mereka warisi daripada Adam A.S. dan Hawa A.S. 
Maka untuk mendapatkan keampunan Tuhan bapa, manusia hendaklah 
mengiktiraf ketuhanan Jesus dan juga mencintainya di samping beriman 
dengan peristiwa penyaliban Jesus sebagai penebus dosa manusia. Jika 
seseorang telah beriman dengan akidah tersebut, Volla, dia akan 
masuk syurga!, mudah bukan?, logik atau tidaknya perkara tersebut, 
itu bukan persoalannya, yang penting hanya kecintaan pada Jesus dan 
juga iktikad terhadap akidah "Salvation" yang telah disebutkan tadi. 

 

Yang menariknya, agama yang hanya berteraskan emosi dan jauh dari 
fakta saintifik ini telah berjaya membuatkan para penganutnya 
berbangga dengan agama tersebut. Tidak cukup sekadar itu sahaja, 
mereka bermati-matian untuk menyebarkan agama itu, demi 
menyelamatkan manusia di seluruh dunia. Sebagai bukti, bukan hanya 
sekadar stiker-stiker yang boleh dilihat di kereta-kereta mereka 
sebagai promosi percuma untuk agama itu, malah usaha-usaha dakwah 
yang berterusan yang mereka jalankan. Lihatlah pertubuhan-pertubuhan 
kemanusiaan, badan-badan kebajikan, pendakwah-pendakwah mereka di 
bandar-bandar, di kawasan-kawasan perumahan, di hospital-hospital, 
di pusat-pusat dialisis, di pusat-pusat membeli-belah, di IPT-IPT 
dan di merata tempat. Itu semua menunjukkan keimanan mereka dan juga 
komitmen mereka terhadap akidah yang mereka anuti. 

 

 

Ke manakah umat Islam?

 

Pelik bin [EMAIL PROTECTED], ke manakah perginya umat Islam? Bukankah 
umat Islam mempercayai bahawa merekalah umat yang terbaik (maksud 
surah al Imran, ayat 110) diutuskan kepada sekelian manusia?, 
Bukankah umat Islam meyakini bahawa Islamlah agama yang paling benar 
dan tiada agama lain yang sebenar Islam?, Bukankah juga al-Quran 
sebagai kitab rujukan umat Islam itu sarat dengan bukti-bukti 
saintifik, sejarah dan juga hujah-hujah yang menandakan kebenaran 
kitab tersebut?, bukankah juga al-Quran sebagai sumber rujukan umat 
Islam sarat dengan ayat-ayat yang menyeru agar umat Islam mengajak 
orang lain kepada Islam ataupun dalam bahasa yang mudahnya, 
melakukan dakwah? (sekadar misal, surah al Imran, ayat 104, al-Nahl, 
ayat 125 dan lain-lain dalil samada dari al-Quran dan juga al-
Sunnah). Ironisnya, mengapa umat Islam tidak seagresif orang-orang 
Kristian?, adakah mereka hilang keyakinan dengan agama mereka?, 
ataupun mereka merasakan bahawa suruhan berdakwah sudah tidak lagi 
relevan @ telah dimansukhkan di zaman moden ini? 

 

Ini merupakan satu gejala yang patut dirisaukan oleh umat Islam. 
Realitinya, penerusan agama Islam dari satu generasi ke generasi 
yang lain, dan juga survival agama Islam itu sendiri terletak pada 
usaha dakwah yang dijalankan oleh umat Islam sendiri. Di dalam 
membicarakan tentang tanggung jawab melaksanakan dakwah, Dr. Abdul 
Karim Zaydan di dalam bukunya "Usul al-Da'wah" telah membawakan 
perbincangan para ulama tafsir berkaitan hukum berdakwah berdasarkan 
ayat 104 dari surah al Imran. Beliau telah mengemukakan dua pendapat 
utama para ulama berhubung ayat tersebut. Pendapat yang pertama 
mengatakan kerja dakwah merupakan fardhu 'ain ke atas setiap muslim, 
manakala pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah fardhu kifayah. 
Walaupun beliau cenderung kepada pendapat yang mengatakan bahawa 
tanggung jawab berdakwah merupakan fardhu kifayah, namun dalam 
realiti hari ini apabila pihak berwajib tidak menjalankan tugas 
dakwah secara intensif seperti kerajaan-kerajaan Islam yang lampau, 
maka tanggung jawab berdakwah merupakan tugas setiap muslim. 
Sayangnya kesedaran ini tidak difahami oleh majoriti umat Islam, 
terutamanya di Malaysia ini. 

 

 

 

Puncanya

 

Jika diselidiki apakah puncanya umat Islam gagal memahami tanggung 
jawab mereka yang utama ini sepertimana orang-orang Kristian 
memahami tugas mereka, ianya kembali kepada dua punca utama. Yang 
pertamanya ialah tidak menghayati Islam, dan yang keduanya salah 
memahami Islam. Sebab yang pertama inilah yang melata di Malaysia 
ini. Islam tidak menjadi maudu' utama untuk dihayati oleh majoriti 
umat Islam. Hiburan yang terlampau dan melampau telah menjadikan 
umat Islam lena dalam bius yang berpanjangan. Jika seseorang itu 
langsung tidak ambil kisah tentang agamanya, dan tidak pula 
mengamalkannya, apakah hendak diharap daripadanya untuk berdakwah?, 
jauh panggang dari api! Seperti kata pepatah Arab, " Faqidu al-Syai' 
La Yu'tihi" (orang yang tiada sesuatu tidak akan dapat memberikan 
sesuatu). Sebab itulah jika dilihat kebanyakan pemikir-pemikir Islam 
yang menulis tentang dakwah akan mengatakan bahawa "kefahaman" 
tentang Islam itu merupakan pra syarat utama untuk berdakwah. 
Kefahaman memerlukan ilmu dan penghayatan. Sebab yang pertama inilah 
yang menjadi faktor utama usaha dakwah kurang rancak di kalangan 
orang-orang muda. 

 

Sebab kedua pula tidak kurang bahayanya. Ini adalah faktor yang 
banyak melanda generasi tua. Ramai dari kalangan generasi tua yang 
mula kembali untuk menghayati agama kerana merasakan hari-hari yang 
bakal mereka lalui semakin sedikit. Sebab itulah ramai audien kuliah-
kuliah Maghrib di masjid-masjid merupakan golongan yang telah 
pencen. Sayangnya kefahaman tentang Islam yang mereka terima dan 
yang mereka sudi terima hanyalah Islam yang berbentuk 
individualisme. Sendiri buat, sendiri dapat pahala. Jika perlu 
hendak melakukan amalan, hanyalah yang mempunyai fadhilat-
fadhilatnya sahaja. Lebih menarik lagi, majoriti daripada fadhilat-
fadhilat tersebut datangnya dari hadis-hadis maudhu' dan bukan 
berasal dari Islam pun. Islam juga hanya dilihat dari sudut 
kerahibannya sahaja. Dakwah tidak pernah pun dilihat sebagai elemen 
yang penting, tanpa mereka menyedari bahawa usaha dakwah merupakan 
jalan untuk menggandakan pahala mereka. 

 

 

 

Viagra

 

Rasanya sudah sampai masanya untuk umat Islam, terutamanya 
masyarakat Islam di Malaysia disuntikkan dengan viagra kefahaman 
Islam yang sebenar. Islam yang melihat kewajipan berdakwah sebagai 
salah satu elemen penting dalam pengamalan seseorang individu 
muslim. Bagi yang telah pun memahami Islam dan juga kewajipan untuk 
melakukan dakwah, maka satu langkah ke hadapan perlu dilakukan. 
Kefahaman tersebut hendaklah dikongsikan bersama dengan rakan-rakan 
se"syahadah" mereka. Gunakanlah 1001 wasilah yang diiktiraf syarak 
untuk mempromosikan Islam dengan teman-teman manusia di seluruh 
dunia. Mereka yang belum lagi Islam juga mempunyai hak untuk hidup 
dengan keindahan Islam, dan juga hidup sekali lagi di syurga kerana 
rahmat Allah kepada umat Islam. Jadi apa tunggu lagi?, jom kita 
berdakwah...May the force (Allah's force) be with you! 

 

 

 








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke