Assalamualaikum W.B.T.

Saya mempunyai satu pertanyaan untuk menambah ilmu pengetahuan. Adakah
perkataan "Ulama" ini wujud semasa hayat Nabi Muhammad S.A.W atau
selepas kemangkatan baginda. Harap ada sudi yg membantu. 


--- In [email protected], grad it wrote:
> ULAMA SUK (ULAMA DUNIA)
> 
>  
> 
> Ulamak suk ertinya ulamak jahat (suk itu istilah Arab yang bererti
jahat). Kita pun tidak sangka adanya ulamak2 yang jahat. Kalau bukan
Rasululah yang sendiri memberitahu dalam sabdanya.
> 
>  
> 
> Selain dari Dajal , ada yang paling ku takuti menimpa kamu. Maka
ditanya oleh sahabatnya, siapakah ia wahai Rasululah, Jawab baginda:
iaitu Ulamak suk.
> 
>  
> 
> Sabdanya lagi,
> 
> Bila tergelincir ulama, maka tergelincirlah alam dengan sebab
tergelincirnya itu.
> 
>  
> 
> Sehubungan dengan ini saya saya teringat kata2 dalam sebuah kitab,
> 
>  
> 
> Kalau Ulamak cinta dunia tentang yang harus, orang awam akan buat
yang makruh. Bila ulamak buat perkara yang makruh,orang awam akan buat
yang haram. Kalau ulamak buat dosakecil, orang awam akan buat dosa
besar. Dan kalau ulamak buat dosa besar, orang awam akan jatuh pada
kekafiran.
> 
>  
> 
> Logiknya hal2 yang demikian berkait2 ialah kerana orang yang
disegani ilmunya,diyakini dan diikuti orang. Cakapnya dan sikapnya
boleh mempengaruhi masyarakat. Orang ramai ingat semuanya betul,
mereka tak pandai menolaknya. Maka kiranya baik caranya, baiklah
jadinya masyarakat. Tetapi andai sebaliknya, yakni ulamak sudah jahat
maka jahanamlah masyarakat!
> 
>  
> 
> Satu lagi factor terjadi demikian ialah kerana bila orang alim tidak
mengajar, berdakwah dan mendidik, maka terbiarlah orang awam dalam
kejahilan dan maksiat. Oleh kerana itu Rasululah sudah berpesan agar
ditakuti ulamak suk dari takutkan singa. Hendaklah lari jauh2 dari
mereka. Kita perlu ambik perhatian serius tentang hal ini kerana
berdasrkan hadis, ulamak suk ini ramai terdapat pada akhir zaman iaitu
zaman dimana kita berada.
> 
>  
> 
> Sabda Rasululah, akan berlaku pada akhir zaman, ahli ibadahnya
jahil2 dan alim ulamaknya fasiq-fasiq.
> 
>  
> 
> Mari kita kaji ciri2 Ulamak Suk ini.
> 
>  
> 
> 1.Mereka keluar dari sekolah dan jurusan tinggi pengajian Islam,
yakni tempat keluarnya ulamak. Lalu mereka pun dipanggil ulamak.Pada
hal mereka sebenarnya tidak layak pun dipanggil ulamak kerana ilmunya
(kalau pun dia lulus) terlalu sempit dan sedikit. Ilmu yang dipelajari
dalam Pengajian Islam hatta dalam Phd sekali pun  agak terbatas dan
disukat2.
> 
>  
> 
> 2. Ibadah mereka tiada bezanya dengan ibadah orang awam . Yakni
setakat mempertahankan rukun Islam yang lima sahaja dan sedikit buat
tentang perkara2 yang sunat. Itu pun tidak dihiasi dengan roh ibadah.
Cuma dijaga rukun dan syarat2 lahir sahaja. Ilmu hati, persoalan
kejiwaan, sifat mahmudah dan mujahadah dengan nafsu tidak dipedulikan.
Bahkan dianggap menyusahkan dan membuang masa. Begitu juga dengan
wirid, zikir sudah tidak dibuat lagi. Pada hal dalam Islam sangat
dianjurkan malahan disunatkan mengamalkannya.
> 
>  
> 
> 3. Pakaiannya, carahidupnya dalam hal rumahtangga,
pergaulan,ekonomi,pendidikan dan lain2 tidak dijalankan mengikut cara
hidup Islam. Tetapi yang peliknya budaya kuning, pendidikan
sekular,ekonomi riba dilaksanakan dalam hidupnya tanpa perasaan segan
atau malu. Pendek kata dalam semua hal mereka tidak memiliki sifat
ulamak. Mereka sendiri pun malu nak menonjolkan identiti  ulamak.
Kalau orang lain tak ceritakan, kita pun tidak tahu yang mereka tu
ulamak!!!
> 
>  
> 
> 4. Kalau bercakap cara hidup Islam dengannya, dia menolak dengan
alasan, "orang akan lari dari kita, Belum masanya " atau katanya Itu
semua hal remeh temeh, kita mahu perkara yang besar2 !!! Walhal
sebenarnya mereka ini tidak cinta dengan perjuangan Islam kerana cinta
dunianya sangat tebal. Hingga kerana kepentingan dunia, mereka akan
korbankan urusan agama terutamanya urusan2 yang merugiukan kepentingan
mereka!
> 
>  
> 
> 5. Dunia yang sangat diburu ialah harta, pangkat, pengaruh,nama,
kuasa dan lain2 lagi. Ilmu agamanya dialatkan untuk dapatkan ini
semua. Jadi kita akan lihat kehidupan mereka yang mewah dan membazir,
sibuk mencari publisiti dimana yang ada peluang. Tekan menekan untuk
kenaikan pangkat dan gaji. Setiap langkahnya diminta dibayar dengan
elaun,mileage, lodging dan lain2 lagi. Program keagamaan yabg
dianjurkan bertawar-menawar harganya. Perjuangan untuk dinaikkan gaji
adalah usaha2 popular ulamak ini.
> 
>  
> 
> Dan untuk tuntut wang mileage, mereka yang sendiri menulis butir2nya
dalam boring supaya jangan setiausahanya atau keraninya yang tersilap
nombor atau tahu rahsia! Begitulah cintanya dunia.  Pengorbanan untuk
akhirat tidak termasuk dalam senarai mereka. Walau pun duit banyak,
tetapi mereka tidak akan berkorban untuk agama Allah!
> 
>  
> 
> 6. Untuk dapatkan apa yang dicintainya itu, mereka tidak fakir halal
haram lagi! Mereka tidak fakir riba, dedah aurat, bergaul bebas,
berbohong, menipu, berhutang, mungkir janji, rasuah, menganiaya,
menzalimi dan lain2 kemaksiatan lagi. Kalau program mengajar agama,
berjuang dan menasihati secara langsung atau tidak, yang boleh
merugikan dunia mereka, maka akan ditingalkan semua itu. Mereka
semacam tidak mahi berjuang lagi. Kalau berjuang pun, dicari yang ada
keuntungan duniawi. Tidak kira apa2 isme pun. Merekalah yang kuat
menentang purdah, tutup aurat, pemakaian jubah serban, banyak
bersembahyang, berzikir dan ketegasan agama.
> 
>  
> 
> 7. Kalau ada kuasa, kerana takut hilang kuasa, mereka sanggup
memfitnah, menghasut, menuduh dan menganiayai. Ramai ulamak sufi
terpaksa merengkok dalam penjara akibat perbuatan mereka. Dalam
sejarah pemerintahan Bani Umaiyah, semasa Hajaj bin Yusuf (seorang
ulamak) jadi gabenor di Baghdad, ramai ulamak dikalangan sahabat dan
tabiin yang tegas dengan hokum Allah dipenggal kepalanya. Ramai juga
yang dipenjarakan. Syeikh  Abu Yazid Al Bustami pernah dihalau keluar
dari Baghdad selama 7 tahun kerana fitnah yang dilemparkan kepadanya
oleh ulamak rasmi.
> 
> 8. Mereka dekat dengan raja dan pemerintah . Demi menjaga
kepentingan dan menyorok kelemahannya, telah dibesar2kan kelemahan
rakyat jelata, dengan menuduh bid'ah dan sesat.  Hinggakan raja dan
rakyat menjadi keliru dan akhirnya turut menekan rakyat yang tidak
berdosa. Tetapi kalau orang besar buat maksiat, Ditolong sorok dan
ditutup maksiatnya . Bahkan diiyakan pula kemaksiatan orang besar !
> 
>  
> 
> 9. Pada zaman penjajah, mereka tidak segan silu membantu dan
menyokong penjajah. Maka mereka turut terlibat menentang ulamak yang
melawan penjajah. Itu dianggap `jihad' mereka. Amar makruf wal nahi
mungkar tidak mereka buat lagi.
> 
>  
> 
> 10. Anak2 mereka biasanya tidak dihantar kesekolah agama. Mereka
tidak mahu zuriatnya masuk kebidang yang susah nak cari makan
keduniaannya.  Mereka seolah2 menyesal sikap mak dan ayah mereka yang
menghantar mereka ke sekolah agama. Kalau ada anak2 mereka yang
dihanatr kesekolah agama. Itu kerana tidak ada pilihan lain.
> 
>  
> 
> 11.Ulamak2 suk ini walau pun mereka berbual2 sesama mereka sendiri,
adalah tentang kenaikan gaji,kenaikan pangkat jawatan, cerita tentang
mileage, dan 1001 macam hal dunia. Mereka  jarang menyebut bab
akhirat. Apatah lagi bab perjuangan Islam, bab fil sabillillah ,
kerosakn umah dan lain2 lagi.
> 
>  
> 
> 12. Kerana sikap mereka ini, membolehkan pemerintah zalim berkuasa
lebih lama lagi. Disamping rakyat pun turut rosak. Maka mereka ini
akan masuk nereka lebih dahulu dari orang kafir. Dalam setengah kitab
diberitakan ualam suk masuk kenereka `500 tahun lebih dahulu dari
penyembah berhala.'
> 
>  
> 
> Hadis2 tentang ulamak suk.
> 
>  
> 
>    Sejahat-jahat manusia ialah Ulamak Suk
> 
>  
> 
>    Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk (hadis diriwayat
Al-Hakimi)
> 
>  
> 
>    Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang
jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya
ialah kerana kebaikan ulama(akhirat) ( Hadis diriwayakan oleh Adarimi)
> 
>  
> 
>    Ulama yang jahat ialah mereka yang dating menyembah (bekerja
dengan ) pemerintah. Dan pemerintah yang baik pula ialah yang dating
merujuk kepada ulama(akhirat)
> 
>  
> 
>  
> 
>  
> 
>  
> 
> 
>               
> ---------------------------------
> Discover Yahoo!
>  Use Yahoo! to plan a weekend, have fun online & more. Check it out!






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke