Assalamualaikum.

1) Ulama adalah orang berilmu. Biasanya gelaran ulama bukan orang beri tapi
diperolehi selepas mendapat ijazah. Dorang tak gelarkan diri sendiri
sebaliknya universiti tempat dorang belajar yang gelarkan.

2) Betul, ibadah2 sunat boleh dibuat di rumah. Tapi, kenapa ada istilah
memakmurkan masjid dan qiamulail? Kalau ulama tak tunjuk contoh & beri
galakan, camne memakmurkan masjid nak jadik budaya?

3) Berpakaian cara Islam tak wajib tapi sunat yang dituntut. Tambah lagih
kalau ulama. Bukankah setiap apa yang kita lakukan melambangkan identiti
kita? Kalau ulama kita berpakaian seperti paderi, camne? Berjubah tu
pakaian Rasulullah saw. Kalau bukan ulama, yang Baginda saw khabarkan
sebagai pewaris Baginda saw, siapa lagih yang nak hidupkan sunnah? Berat
sangat pakai jubah? Rasanya bertali leher lebih merimaskan dari berjubah.
Kalau tak caye boleh try... Kalau dah ulama malu nak berpakaian cara Nabi
saw... Ntah la. Wallahu'alam...

4) Kalau asyik nak berpegang kepada pandangan peribadi, Islam takkan ke
mana. Senang je cerita nih. Kalau Nabi saw kata penting, kita semua mesti
kate penting. Kalau Nabi saw ambik serius, kita semua mesti ambik serius.
Jangan ingat dah ade ilmu sedikit dah boleh overwrite perintah Nabi saw
plak.

5) Seorang yang berilmu agama wajib yakin dan beriman kepada Allah 100%.
Mesti yakin dengan qada dan qadar. Nabi saw larang kita memikirkan rezeki
hari esok kerana Allah turunkan rezeki pada tiap2 hari. Kalau dah ulama
sibuk pikir pasal hari tua, maknanye dia tak betul2 yakin dengan Allah yang
akan menjaga mereka yang menjaga agamaNya lah. Tak salah ambik bayaran asal
jangan membebankan sehingga orang miskin tak mampu nak join.

6) Jeslina tuh tak tau pun pakaian dia salah? Ulama memang buat keje tapi
keje dia tak berpatutan dengan yang sepatutnya dia buat. Kebanyakan ulama
kita sibuk nak masuk radio. Tapi la kan, sape ahlul maksiat yang nak dengar
ceramah agama kat IKIM.FM atau forum perdana? Nape tak buat macam
kakitangan Pas, masuk disko edar risalah? Takut? Betul ramai yang tau minum
arak tu salah tapi berapa ramai yang tau minum arak hukumannya rotan 80
kali? Ramai yang tau zina tuh salah tapi berapa ramai yang tau penzina yang
dah kawin WAJIB dihukum rejam sampai mati?

Betul la ulama tak banyak kuasa. Tapi ulama mesti tentang sesuatu
kemungkaran sampai tamat. Selagi berlaku, selagi tuh dia tak sempurna buat
keje. Kalau setakat nak cakap haram pastu senyap, tuh selemah2 iman. Tak
layak jadik ulama. Sia2 ilmu yang Allah bagi. Kalau camtuh tarap2 kita yang
jahil nih. Sepatutnya ulama mesti berkeras tentang judi sms dan sureheboh.
Bukan setakat fatwakan salah pastu ikut lantak kerajaan la nak haramkan ke
tak.

Bagus kalau bersangka baik pada ulama tapi Nabi saw dah sebut tentang
golongan yang akan menjual ilmu dan agamanya dengan harga yang murah.
Golongan ulama camnih memang Nabi saw dah pesan akan wujud. Tapi skang
bukan akan sebaliknya telah. Yang paling betul, kita buang kerajaan yang
sekular dan kita lantik ulama yang benar2 ulama jadik pemimpin. InsyaAllah,
baru boleh aman.

No hard feeling, okay?

Sekian, wassalamualaikum...



                                                                                
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]                                         
                                                    
                      na.xom.com                     To:      
[email protected]                                                
                      Sent by:                       cc:                        
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]          Subject: Re: Bismillah 
[hidayahnet] Re: ULAMA SUK (ULAMA DUNIA)                    
                      s.com                                                     
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                      06/10/2005 10:46 AM                                       
                                                        
                      Please respond to                                         
                                                        
                      hidayahnet                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        



1) siapa yg panggil org yg ada lulusan agama nie sbg
ulama? rasa2nya org ramai yg gelarkan diorg2 nie
ulama. jarang2 la dgr org lulusan agama gelarkan diri
sendiri sbg ulama.

2) ibadah mcm wirid dan sembahyang sunat takkan la nak
buat selalu kat masjid pulak. ntah2 tiap2 hari ulama2
nie buat kat rumah, kita je tak tau pasal kita
bukannyer duduk serumah dgn ulama2 tue.

3)pakaian cara islam?? mcm mana tue? perlu berjubah
setiap hari ke??? tak pernah le plak tgk ulama pakai
seluar pendek kuar umah. jubah tue kan asalnyer dari
arab. dan islam pun diturunkan di bumi arab dulu, so,
dah jadi sinonim plak berjubah tue pakaian islam.
ala... asal dah tutup aurat dan sempurna syarat2
berpakaian, kira ok la. takkan la ulama tak boleh nak
bertali leher atau berbaju melayu??
ualama tak mengamalkan cara hidup dlm rumahtangga,
ekonomi dan didikan ikut cara islam?? hhmm....

4) setiap org mempunyai cara penilaian dan pandangan
serta buah fikiran yg tersendiri. sesuatu yg serius
bagi individu A belum tentu serius bg individu B. jgn
la hanya kerana tahap penilaian kita tak sama, kita
anggap dia dah tak bagus. kalau kita rasa sesuatu
perkara tue serius dan perlu perhatian khusus, tetapi
dipandang remeh temeh oleh org lain, apa kata kita aje
yg amik tindakan. kata nak tegakkan islam. takkan
asyik cakap jee....

5)nie yg kesian kat golongan2 ulama nie. kalau dah
nama ulama, seolah2 diorg nie tak boleh langsung nak
kumpul harta, nak hidup mewah?? salah ke kalau diorg
nak claim elaun, mileage dan loging? itukan hak diorg
sbg penjawat awam. org lain pun claim jugak apa.
pegawai daerah claim, kastam claim, polis claim, askar
claim, ADUN2, ahli parlimen dan menteri2 yg kaya raya
pun claim. lagipun diorg claim pasal diorg dah buat
keje. samada keje tue ikhlas atau tidak ... itu urusan
dia dgn ALLAH. (bab isi borang sendiri nie, cuba
bygkan kalau si kerani atau setiausaha tue salah isi
borang, org ramai mungkin akan tuduh ulama nie yg
sengajakan, bukan kerani atau setiausaha tu. biasa la
org ramai nie, pantang ulama salah sikit, mesti nak
hentam punya!!)
program agama nie kdg2 mmg patut pun dikenakan
bayaran. kalau nak berhibur sanggup plak jabatan2
kerajaan atau syarikat2 nie bayar beribu2 malah
berpuluh2 ribu kat penghibur, tapi bila bab nak bagi
ilmu, masing2 mcm liat je nak bayar. kalau ada pun,
nak bagi saguhati yang ciput jee... jgn lupa, ulama
nie manusia gak, tau cara nak hidup yg sempurna, ada
keinginan nak berharta mcm org lain. kalau bukan untuk
diri sendiri, untuk keluarga dia. sekurang2 bila dia
dah tua nanti, ada la bekalan harta sedikit sebanyak
untuk dia tanpa perlu dia menyusahkan orang lain.

6) rasa2nyer, diorg pikir sumer2 tue. kalau org biasa
pun boleh fikir pasal riba, dedah aurat, bergaul
bebas, berbohong, menipu, berhutang, mungkir janji,
rasuah, menganiaya, menzalimi dan lain2 kemaksiatan
lagi nie ... takkan la ulama yg lebih ilmu tak
fikirkan. tapi .... nak kata apa kan, ulama nie
bukannye ada byk kuasa pun. paling2 pun boleh tolong
tetapkan tarikh tgk anak bulan bila nak puasa dan raya
je. bila ulama ckp pasal SUREHEBOH nie haram pun org
ramai buat bolayan je .... abih camno??? masalahnyer
skrg nie org ramai yg tak nak amik peduli pasal agama,
bukannyer ulama yg tak buat keje. cuba tanya
pengunjung2 disko, diorg tau tak minum arak haram???
sure tau punya, tapi diorg buat jgk. cuba tanya org2
yg pakai dedah aurat nie, diorang tau tak dedah aurat
nie haram, sure diorang tau, tapi diorang pakai jugak.
cuba tanya pasangan2 muda yg dok merendek kat taman2
bunga atau kat bilik2 hotel yg berdua2an nie haram,
boleh menjurumus ke arah zina, dan zina tue sendiri
mmg dosa besar? sure diorg tau. tapi diorg buat jugak.
pasal dah jadi lumrah alam, benda yg berdosa nie
seronok. tak percaya, try la... ish .... takkan tak
tau kot. tengok pun dah rasa terangsang kan??? bukan
saya nak provoke, tapi saya rasa ini realiti.

so, mari la kita sama2 tolong ringankan beban ulama
nie. (mcm iklan kempen recycle... jgn asyik cakap
aje).

/me teringat kat lagu pak pandir, "ada mata, pejam,
ada telinga, pekak, ada mulut, diam".
/me nak bersangka baik je kat ulama2 nie.

>
>
> --- In [email protected], grad it wrote:
> > ULAMA SUK (ULAMA DUNIA)
> >
> >
> >
> > Ulamak suk ertinya ulamak jahat (suk itu istilah
> Arab yang bererti
> jahat). Kita pun tidak sangka adanya ulamak2 yang
> jahat. Kalau bukan
> Rasululah yang sendiri memberitahu dalam sabdanya.
> >
> >
> >
> > Selain dari Dajal , ada yang paling ku takuti
> menimpa kamu. Maka
> ditanya oleh sahabatnya, siapakah ia wahai
> Rasululah, Jawab baginda:
> iaitu Ulamak suk.
> >
> >
> >
> > Sabdanya lagi,
> >
> > Bila tergelincir ulama, maka tergelincirlah alam
> dengan sebab
> tergelincirnya itu.
> >
> >
> >
> > Sehubungan dengan ini saya saya teringat kata2
> dalam sebuah kitab,
> >
> >
> >
> > Kalau Ulamak cinta dunia tentang yang harus, orang
> awam akan buat
> yang makruh. Bila ulamak buat perkara yang
> makruh,orang awam akan buat
> yang haram. Kalau ulamak buat dosakecil, orang awam
> akan buat dosa
> besar. Dan kalau ulamak buat dosa besar, orang awam
> akan jatuh pada
> kekafiran.
> >
> >
> >
> > Logiknya hal2 yang demikian berkait2 ialah kerana
> orang yang
> disegani ilmunya,diyakini dan diikuti orang.
> Cakapnya dan sikapnya
> boleh mempengaruhi masyarakat. Orang ramai ingat
> semuanya betul,
> mereka tak pandai menolaknya. Maka kiranya baik
> caranya, baiklah
> jadinya masyarakat. Tetapi andai sebaliknya, yakni
> ulamak sudah jahat
> maka jahanamlah masyarakat!
> >
> >
> >
> > Satu lagi factor terjadi demikian ialah kerana
> bila orang alim tidak
> mengajar, berdakwah dan mendidik, maka terbiarlah
> orang awam dalam
> kejahilan dan maksiat. Oleh kerana itu Rasululah
> sudah berpesan agar
> ditakuti ulamak suk dari takutkan singa. Hendaklah
> lari jauh2 dari
> mereka. Kita perlu ambik perhatian serius tentang
> hal ini kerana
> berdasrkan hadis, ulamak suk ini ramai terdapat pada
> akhir zaman iaitu
> zaman dimana kita berada.
> >
> >
> >
> > Sabda Rasululah, akan berlaku pada akhir zaman,
> ahli ibadahnya
> jahil2 dan alim ulamaknya fasiq-fasiq.
> >
> >
> >
> > Mari kita kaji ciri2 Ulamak Suk ini.
> >
> >
> >
> > 1.Mereka keluar dari sekolah dan jurusan tinggi
> pengajian Islam,
> yakni tempat keluarnya ulamak. Lalu mereka pun
> dipanggil ulamak.Pada
> hal mereka sebenarnya tidak layak pun dipanggil
> ulamak kerana ilmunya
> (kalau pun dia lulus) terlalu sempit dan sedikit.
> Ilmu yang dipelajari
> dalam Pengajian Islam hatta dalam Phd sekali pun
> agak terbatas dan
> disukat2.
> >
> >
> >
> > 2. Ibadah mereka tiada bezanya dengan ibadah orang
> awam . Yakni
> setakat mempertahankan rukun Islam yang lima sahaja
> dan sedikit buat
> tentang perkara2 yang sunat. Itu pun tidak dihiasi
> dengan roh ibadah.
> Cuma dijaga rukun dan syarat2 lahir sahaja. Ilmu
> hati, persoalan
> kejiwaan, sifat mahmudah dan mujahadah dengan nafsu
> tidak dipedulikan.
> Bahkan dianggap menyusahkan dan membuang masa.
> Begitu juga dengan
> wirid, zikir sudah tidak dibuat lagi. Pada hal dalam
> Islam sangat
> dianjurkan malahan disunatkan mengamalkannya.
> >
> >
> >
> > 3. Pakaiannya, carahidupnya dalam hal rumahtangga,
> pergaulan,ekonomi,pendidikan dan lain2 tidak
> dijalankan mengikut cara
> hidup Islam. Tetapi yang peliknya budaya kuning,
> pendidikan
> sekular,ekonomi riba dilaksanakan dalam hidupnya
> tanpa perasaan segan
> atau malu. Pendek kata dalam semua hal mereka tidak
> memiliki sifat
> ulamak. Mereka sendiri pun malu nak menonjolkan
> identiti  ulamak.
> Kalau orang lain tak ceritakan, kita pun tidak tahu
> yang mereka tu
> ulamak!!!
> >
> >
> >
> > 4. Kalau bercakap cara hidup Islam dengannya, dia
> menolak dengan
> alasan, "orang akan lari dari kita, Belum masanya "
> atau katanya Itu
> semua hal remeh temeh, kita mahu perkara yang besar2
> !!! Walhal
> sebenarnya mereka ini tidak cinta dengan perjuangan
> Islam kerana cinta
> dunianya sangat tebal. Hingga kerana kepentingan
> dunia, mereka akan
> korbankan urusan agama terutamanya urusan2 yang
> merugiukan kepentingan
> mereka!
> >
> >
> >
> > 5. Dunia yang sangat diburu ialah harta, pangkat,
> pengaruh,nama,
> kuasa dan lain2 lagi. Ilmu agamanya dialatkan untuk
> dapatkan ini
> semua. Jadi kita akan lihat kehidupan mereka yang
> mewah dan membazir,
> sibuk mencari publisiti dimana yang ada peluang.
> Tekan menekan untuk
> kenaikan pangkat dan gaji. Setiap langkahnya diminta
> dibayar dengan
> elaun,mileage, lodging dan lain2 lagi. Program
> keagamaan yabg
> dianjurkan bertawar-menawar harganya. Perjuangan
> untuk dinaikkan gaji
> adalah usaha2 popular ulamak ini.
> >
> >
> >
> > Dan untuk tuntut wang mileage, mereka yang sendiri
> menulis butir2nya
> dalam boring supaya jangan setiausahanya atau
> keraninya yang tersilap
> nombor atau tahu rahsia! Begitulah cintanya dunia.
> Pengorbanan untuk
> akhirat tidak termasuk dalam senarai mereka. Walau
> pun duit banyak,
> tetapi mereka tidak akan berkorban untuk agama
> Allah!
> >
> >
> >
> > 6. Untuk dapatkan apa yang dicintainya itu, mereka
> tidak fakir halal
> haram lagi! Mereka tidak fakir riba, dedah aurat,
> bergaul bebas,
> berbohong, menipu, berhutang, mungkir janji, rasuah,
> menganiaya,
> menzalimi dan lain2 kemaksiatan lagi. Kalau program
> mengajar agama,
> berjuang dan menasihati secara langsung atau tidak,
> yang
=== message truncated ===




__________________________________
Discover Yahoo!
Find restaurants, movies, travel and more fun for the weekend. Check it
out!
http://discover.yahoo.com/weekend.html








--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links















--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke