Begitulah kisahnya Kerajaan Malaysia yang 'memikirkan dan membela' rakyat. Projek pembinaan dapat kepada crony, projek pemulihan dapat pula kepada crony yang lain. Akhirnya, duit rakyat digunakan secara membazir dan EPF terpaksa memberi dividend yang semakin rendah dari tahun ke setahun.
Adakah cerita sebegini dikeluarkan dalam akhbar mainstream? Kalau ada ianya kerana projek yang awal telah diberi kepada crony kem lain atau hanya untuk memberi alasan kerja pemulihan dilaksanakan. Maka akhbar dan stesyen penyiaran akan mengeluarkan 'temubual' dengan rakyat yang akan menyatakan 'kemarahan' mereka dan agar kerja pemulihan dilaksanakan secepat mungkin. Soalan pokok kenapa ianya berlaku dilenyapkan dari minda. Bukankah kes 'Pulapol' sebegini juga?
Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Oleh: Faisal Mustaffa
DEWAN RAKYAT – Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak selamat digunakan memandangkan wang pembinaan lapangan tersebut mencecah jutaan ringgit.
Sistem keselamatan (CCTV) yang terdapat di KLIA tidak boleh diharapkan kerana tidak mampu untuk merakam. Di KLIA, penumpang-penumpang dan orang ramai dibenarkan berada sewaktu para penumpang mendaftar masuk ke pesawat.
Menurut Datuk Abdul Ghapur bin Salleh, beliau mengalami pengalaman buruk ketika berada di KLIA apabila check-in. Begnya hilang apabila toleh ke belakang beg saya hilang. Saya laporkan pada polis di KLIA.
Ghapur mengkritik perbelanjaan yang dikeluarkan berpuluh-puluh juta untuk menempatkan kamera tetapi tidak boleh membuat rakaman.
“Kalau kita buat tandas, kita mahu orang buang air di sana, kalau tidak boleh buang air, bikin apa tandas?” tanya Ghapur.
Beliau memberitahu rasa kecewa kerana para pelancong tidak percaya kepada KLIA.
“Yang sebenarnya kawasan airport yang ada ini tidak ada visi. No vision at all! Kerana lima tahun akan datang dia jam lagi. Belanja lagi. Saya ingat dahulu, Perdana Menteri dahulu kata, “this airport has got no vision”, mahu pindah. Ada cadangan pindah. Sekarang bukan cadangan pindah, mahu belanja RM1,000,000,000 untuk perbaiki kemudian lima tahun mungkin baru mahu pindah. Bikin apa? Ini membazir kerana mungkin ada kementerian mahu beri kontrak kepada konco-konco. Kontrak bukannya projek. Kontrak!” katanya.
--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-parlimen at 6/7/2005 04:19:00 PM
Parti keADILan Rakyat website http://www.keadilanrakyat.org/
Parti keADILan Rakyat network http://www.keadilan-rakyat.com/
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
