KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana
berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel
dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian
semata-mata.
 

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata
umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan
merosakkan akidah mereka.

Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca
e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.

�Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di
bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan
Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat.

�Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari semasa
ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak
pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum
itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia
hanya kebetulan,� katanya.

Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan
pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah
umat Islam.

�Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya.
Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi
terbatas. Kemampuan manusia mengetahui bila berlakunya
gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat,
qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas,�
katanya.

Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu
mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan
kepercayaan umat Islam.

�Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan
sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah
ditunjukkan kitab itu.

�Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan
supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh
mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia
menghadapi hari itu.

�Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati
ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya
tidak mustahil,� katanya ketika mengulas pengedaran
e-mel bertajuk �Tahun Gempar 2005� itu yang meramalkan
hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana
berpasangan pada Oktober.

Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web
forum tempatan.

Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi
konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi
sekarang.

Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan
dengan peristiwa langit yang menakjubkan pada Ramadan
yang juga Oktober tahun ini.

Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah
fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi
bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan
kemusnahan teruk.

Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut
Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani
Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah
banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak
cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu.

�Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari
dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan
dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu
kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah.

�Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan
petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu
hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan
mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana
berpasangan,� katanya.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau
dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat
Islam wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama
berkaitan fenomena gerhana berpasangan.

Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif
untuk menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan
peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut
ke Makkah.

Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya
mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak
mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan
terpedaya.

Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada
empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku
berpasangan pada Ramadan.

�Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu
gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan
pada 24 haribulan. 

�Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3
Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia
akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik
seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di
Lautan India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober
jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh
dilihat,� katanya. 

Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat
Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan
kaitannya dengan perlakuan ibadat.

Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia
dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri
kepada Allah.

�Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang
seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada
pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam
ilmu ini membolehkan ibadat solat, puasa dan haji
dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi
syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan
seperti yang dikehendaki,� katanya.


Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke