Di Sini Kita Bermula.. Dr. Omar bin Yaakob 17. Kesesatan Akibat Penyelewengan Dari Asas
Siri ini telah mengutarakan keperluan untuk kita kembali kepada sumber asasi; al-Quran dan as-Sunnah. Sumber ini ibarat akar-akar bagi satu pohon yang rendang. Selagi umat berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis sahih serta tafsiran dan takwilan hadis oleh ulama-ulama yang solih, selagi itu kita berada dalam satu pohon. Mungkin rantingnya mempunyai serba sedikit perbezaan tetapi kita adalah dari pohon yang sama. Sebarang perbezaan pendapat dalam memahami, mentafsir atau mentakwil sumber asasi ini boleh dimaafkan dan masing-masing perlu saling hormat menghormati. Perbezaan ranting yang terdapat dalam sesuatu pohon yang bersumberkan akar yang sama tidak perlu dikhuatiri. Perbezaan besar hanya akan timbul sekiranya ada kumpulan yang tidak menerima sumber asasi ini. Tanpa akar yang sama, akan lahir pohon yang berlainan. Saya akan menyentuh tiga kumpulan yang tidak tergolong ke dalam kumpulan yang menerima pegangan asas kita al-Quran dan as-Sunnah. Di sini kita bakal melihat bahawa oleh kerana akarnya berbeza, lahir pohon yang jauh berbeza. . Tiga kumpulan tersebut ialah Bahai, Qadiyani dan Anti-Hadis. Bagi saya ketiga-tiga kumpulan ini mewakili spektrum penyimpangan daripada asas sumber asasi; daripada yang jelas sesat dan mengakui sendiri telah keluar Islam (Bahai) kepada yang masih bergayut dengan nama Islam sekalipun ulama Islam ijma' mereka terkeluar dari Islam (Qadiyani) dan kumpulan yang sesat tetapi masih diberi muka oleh pihak pemerintah (Anti-Hadis). Sorotan saya ini hanya akan berkisar dari sudut sumber dan pemahaman sumber; mengikut tema yang telah diutarakan dalam siri ini. Oleh itu saya hanya menyentuh tentang sejarah atau bentuk penyelewengan mereka secara ringkas Bahai adalah ajaran yang dimulai oleh seorang bernama Sayyid Ali Muhammad yang asalnya beragama Islam. Beliau menggelar dirinya al-Bab (pintu [kepada Tuhan]) pada tahun 1844. Pengikut-pengikutnya dipanggil "Babis". Setelah kematian beliau, salah seorang muridnya yang bernama Mirza Husayn Ali menggelarkan dirinya Bahaullah (Kemuliaan Allah) pada tahun 1863 dan mengaku sebagai utusan yang menerima wahyu Allah. Pengikutnya dipanggil Bahai. Antara ajarannya ialah Mirza Husayn ialah Nabi terakhir dari rentetan Nabi-nabi yang dihantar oleh Allah. Walaupun dalam penulisan asal Sayyid Ali dan Mirza Husayn terdapat petikan-petikan beberapa ayat al-Quran bagi menguatkan hujjahnya, sumber utama hukum-hakam mereka ialah penulisan-penulisan Sayyid Ali, Mirza Husayn dan keputusan-keputusan Badan Tertinggi Bahai yang dipanggil Dewan Keadilan Sejagat (Universal House of Justice). Oleh kerana agamanya diasaskan kepada sumber yang berlainan, maka jelas mereka tidak ada kaitan langsung dengan Islam. Mereka akur bahawa pohon mereka yang mempunyai akar yang berlainan tidak lagi boleh dipanggil 'Islam'. Oleh itu, mereka sendiri telah mengakui bahawa Bahai adalah agama baru yang tidak ada kena mengena dengan Islam. … bersambung inshaAllah ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
