Syukur Rezeki
SESUNGGUHNYA rezeki berupa pemberian atau habuan Allah kepada makhluk-
Nya. Anugerah Allah tidak sekadar berupa kekayaan, sebaliknya meliputi
pelbagai aspek kehidupan.
Rezeki Allah meliputi apa saja yang diperlukan dalam kehidupan
termasuk makanan, pakaian, kediaman dan sumber yang berkaitan.
Keperluan itu untuk kesejahteraan jasmaniah insan. Selain itu, rezeki
untuk kesuburan rohaniah juga penting. Ini termasuk ilmu pengetahuan,
kecerdasan serta taufik dan hidayah.
Pintu rezeki untuk kenikmatan hidup di dunia terbuka kepada semua
insan sama ada kafir atau mukmin dan yang jahat atau baik. Rezeki
untuk kesejahteraan jasmani turut dikurniakan kepada semua makhluk.
Tetapi rezeki untuk kenikmatan hidup di akhirat hanya dikurniakan
kepada orang beriman.
Sejarah sejak zaman rasul dan ulama hingga ke hari ini membuktikan
salah satu sebab golongan kafir menolak agama Allah kerana mereka
terlalu terpesona dengan kehidupan dunia.
Golongan kafir menganggap rezeki datang daripada hasil titik peluh
mereka semata-mata, sedangkan orang Islam menganggap rezeki itu
daripada sumber kemurahan dan rahmat Allah s. w. t.
Di akhir Ayat 212 Surah al-Baqarah, Tuhan berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
tanpa hisab."
Ini memberi pengertian rezeki yang dikurniakan Allah kepada seseorang
itu perlu disyukuri. Jangan sekali-kali kita berasa angkuh dan sombong
dengan kekayaan harta yang kita miliki.
Kita juga tidak seharusnya menyangka kekayaan dan rezeki melimpah ruah
yang diperolehi itu milik mutlak kita yang tidak boleh digugat.
Sesungguhnya kunci rezeki di tangan Allah s. w. t. Allah yang
menentukan pembahagian rezeki kepada hamba-Nya.
Dalam kehidupan seharian, isu rezeki bukan satu persoalan yang
selalunya tunduk kepada perkiraan hisab manusia. Cara dan petua untuk
mendapatkan rezeki tidak selama-lamanya tepat.
Pada keseluruhannya, rajin dan usaha syarat untuk mencapai kejayaan
dan menjamin seseorang itu menjadi kaya. Tetapi syarat ini kadangkala
tidak tepat dan berakhir dengan kegagalan dan menemui jalan buntu.
Ada juga golongan membuat andaian ilmu yang tinggi anak kunci rezeki.
Semakin banyak sijil dan semakin tinggi ilmu seseorang insan maka
semakin luaslah pula rezekinya. Tetapi ada juga orang yang cetek ilmu
pengetahuannya atau buta huruf mampu menjadi hartawan. Tidak kurang
juga orang tercicir dalam pelajaran menjadi pemilik atau tauke besar.
Selain itu, ada pula golongan mengatakan kekayaan itu terletak kepada
peluang dan nasib seseorang dan tidak kurang pula meletakkan kekayaan
dan rezeki itu kepada hubungan seseorang. Semakin luas hubungannya
dengan orang berkuasa maka semakin cerah peluangnya mendapat rezeki.
Inilah di antara syarat yang selalu dikaitkan untuk mendapat rezeki
lumayan, tetapi semua syarat itu ada kalanya tidak membawa kejayaan.
Sesungguhnya urusan rezeki bukan ditentukan manusia, tetapi ia dalam
tangan Allah s. w. t semata-mata. Allah memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakiNya. Dialah (Allah) yang memegang kunci rezeki seluruh
alam ini dan Dialah yang berkuasa memberi dan menarik serta meluas dan
menyempitkan pemberian rezeki itu.
Dari itu janganlah kita bersifat angkuh dan sombong dengan rezeki yang
melimpah ruah dan usahlah kita bermegah-megah dengan kurniaan Allah
kepada kita. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur dengan rahmat dan
nikmat Allah s. w. t itu.
Sesungguhnya balasan bagi orang yang bersyukur jelas dinyatakan Allah
dengan Firman-Nya yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur, Aku tambahkan
lagi nikmatKu. Jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim: Ayat 7)
Sedar akan hakikat ini, maka bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat
kurniaan Allah s. w. t. Semoga dengan berbuat demikian, rahmat
kurniaan rezeki itu akan terus berkekalan dan hidup kita akan
diberkati Allah hingga ke akhir zaman. Insya-Allah.
Kesimpulan:
Kita manusia harus berusaha secara ! halal kemudian bertawakal kepada
ALLAH s. w. t serta berdoa semoga dikurniakan rezeki yang berkat. Amin

Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.