|
INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA'
ULUMIDDIN"
====Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali====
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu
Agama)
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu
Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba'du... KITAB RAHASIA ZAKAT (1/8)
============================================
Allah s.w.t. telah menjadikan zakat itu salah satu sendi bagi
bangunan Islam, dan diikutkan sertakan sebutan zakat pula dengan sebutan
sembahyang yang menjadi setinggi-tinggi panji-panji agama Islam.
Allah berfirman:
�Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat� (al-Baqarah: 110)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
�Islam itu didirikan atas lima perkara (1) Penyaksian
bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasnya Muhammad itu hambaNya dan
RasulNya, (2) mendirikan sembahyang, (3) Mengeluarkan zakat, (4) Berpuasa
Ramadhan, dan (5) Berhaji ke Baitullah (Ka�bah) bagi sesiapa yang berkuasa
menuju kepadanya.�
Allah Ta�ala telah mengancam dengan sekeras-kerasnya terhadap
orang-orang yang melalaikan perintah-perintahNya dengan berfirman:
�Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada
membelanjakan pada jalan Allah, maka beritahukanlah mereka itu akan ditimpa azab
yang amat pedih.�
(at-Taubah: 34)
Maksud dari membelanja pada jalan Allah ialah mengeluarkan
zakat.
Al-Ahnaf bin Qais berkata: Pada suatu masa saya sedang
duduk-duduk bersama-sama beberapa orang Quraish, lalu Abu Zar melintas seraya
berkata: Beritahukanlah kepada orang-orang yang mendamkan hartanya (tiada
mengeluarkan zakat) bahawa mereka akan diselar dengan api dari tengkuknya
menembusi dahinya pula.
Dengan adanya ancaman yang begitu keras itu, maka adalah menjadi
satu tugas- yang penting bagi Agama Islam untuk mendedahkan rahsia-rahsia zakat
dan maksud-maksudnya yang lahir dan batin. Dalam hal ini ada beberapa fasal.
Menunaikan zakat dan syarat-syaratnya.
Ketahuilah bahawa atas orang-orang yang mengeluarkan zakat itu
beberapa perkara yang harus diperhatikan:
Pertama:
Menyegerakan pengeluaran zakat sesudah cukup haulnya (iaitu
kiraan setahun) dan di dalam zakat fitrah, tiada boleh ditangguhkan hingga hari
terbuka, iaitu Hari Raya. Waktu kewajipan zakat fitrah bermula dari tenggelamnya
matahari hari terakhir dari Ramadhan dan boleh disegerakan pengeluarannya pada
sepanjang bulan Ramadhan.
Orang yang sengaja melambatkan pengeluaran zakatnya padahal ia berkuasa adalah berdosa besar, dan kewajipan itu tidaklah gugur daripadanya sekiranya hartanya binasa sesudah itu. Kiranya ia lambat mengeluarkannya kerana mencari orang-orang yang berhak menerimanya, tidaklah terkira dalam pengertian sengaja melambatkan dan kerana itu tidak ia berdosa. Menyegerakan pengeluaran zakat umumnya adalah harus.
Kedua:
Tiada boleh memindahkan sedekah atau zakat itu ke negeri yang
lain, sebab kaum fakir miskin di setiap negeri sentiasa mengharap-harapkan
kepada harta benda dari zakat. Apabila harta benda zakat itu dipindahkan ke
tempat lain akan kecewalah harapan mereka itu. Andaikata dipindahkan juga harta
benda zakat itu, maka hukumnya sah juga dengan khilaf setengah ulama. Tetapi
meninggalkan perkara yang ada khilaf ulama itu adalah lebih utama; iaitu
sebaik-baiknya ia mengeluarkan zakat hartanya itu dinegerinya sendiri. Dan tiada
mengapalah kalau ia memberikan sebahagian dari zakatnya itu kepada orang-orang
gharib (orang-orang asing yang datang ke situ) yang berada di negerinya itu
juga.
Ketiga:
Hendaklah ia mengeluarkan kepada sebilangan orang dari
asnaf-asnaf delapan yang ada di negerinya itu. Yang biasanya pada tiap-tiap
negeri hanya yang ada empat asnaf saja iaitu: (1) Fakir, (2) Miskin, (3) Ghaarim
atau orang yang dibebani oleh hutang, dan (4) Orang yang terlantar, yakni Ibnu
Sabil yang terkandas di negeri orang.
Tiada wajib atasnya untuk membahagikan zakatnya itu sama rata menurut bilangan asnaf. (BERSAMBUNG)
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
|
