--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

--- Begin Message ---
Title: Fwd: Kisah Benar- pls share with all muslim ladies

Muhasabah di pagi Jumaat dan ingatan sebagai insan yang bergelar muslim...



KISAH BENAR




�Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,� seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.



Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.



Pernah pada suatu masa,� adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba� mama tengok,� jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai� tudung, tapi perangainya� sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai� kawan-kawan annisa kat�� sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating� dengan boyfriend�� diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak� pakai tudung, tak ��pernah buat macam tu!"



Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik.� Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir� malam.� Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya� Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".



�Pada satu hari ada jiran yang baru pindah� berhampiran rumah kami.� Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang� masih kecil.� Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa,� tak dapat� dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.� Setelah beberapa lama� mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri� Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga� ada yang menggelarnya� si buta, bisu dan tuli.




�Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia� bertanya kepada saya,� "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu,� isterinya buta, bisu dan�� tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau� sangat, pergi rumah� mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil� serius kata-kata saya� dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah� mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar� mendadak berlaku pada�� wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu� menjadi pucat� lesi......entah apa yang dah berlaku?



�Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu� buatkan tudung. Tudung� yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan� panjang pula tu...saya�� sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada� Allah SWT kerana saya� melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakana� ajaib kerana dia berubah �seratus peratus!



�Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman� wanitanya yang datang ke� rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang� tidak tentu arah... saya� lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah� Islam (biasanya dia� suka beli majalah hiburan), dan saya lihat� ibadahnya pun melebihi saya� sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya,� solat sunat� nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila� kawan-kawan saya datang, dia� menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai� Allah, jerit hati� saya..



�Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk� bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu� memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam� perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di� beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.



�Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah� ramai orang..hati� berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari� masuk ke dalam� rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas�� memeluknya........dalam esak tangisnya ibu� memberitahu, "Dhi, adik boleh� mengucapkan kalimat Syahadah diakhir� hidupnya"..air mata ini tak dapat� ditahan lagi...




Setelah selesai upacara pengkebumian dan� lain-lainnya, saya masuk ke� bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak� sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik� menghabiskan waktunya� sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu� saya buka sehelai demi� sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang� menguak misteri dan� pertanyaan yang selalu timbul di hati ini...� Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu� khoiri..di


situ tertera soaljawab antara adik dan isteri� jiran kami itu.� Butirannya� seperti ini:




�Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)



�Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan� bersinar seperti bidadari



�"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"



�Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya� kecantikan itu datang dari lubuk hati



�Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi� masih kelihatan� cantik



�Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya� keindahan itu milik Allah� SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang� boleh menolaknya?



Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu� menyuruh saya memakai� tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa� tak ada masalah kalau� saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.� Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi� kelakuannya melebihi


�kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?



�Isteri jiranku : Nnnisa, sesungguhnya Allah SWT� menjadikan seluruh�� tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga� hujung kaki, segala� sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan� muhrim kita semuanya� akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT


nanti, tudung adalah� perlindungan untuk wanita ..



Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita� bertudung yang� kelakuannya� tak elok..



Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi� hakikat atau makna� disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami



�Annisa : apakah hakikat tudung ?



Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah� perlindungan zahir batin,� lindungi mata kamu dari� memandang lelaki yang bukan� muhram kamu,� lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan


bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi


telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang� mudharat baik untuk�� dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari� mencium segala yang� berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari� berbuat sesuatu yang tidak� senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju� maksiat,� lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang� mengundang syaitan untuk


�memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari� sesuatu selain Allah SWT,� bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati� kamu.. itulah hakikat tudung



�Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas� tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?



�Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai� tudung, itulah kurniaan� dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha� Pemberi Rahmat , bila� kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk� melaksanakan� amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai� kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.



�Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana� seluruh manusia akan� dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua,� .pada saat roh-roh�� manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan


�dikumpulkan dalam satu�� padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam� yang panas, tiada�� rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari� didekatkan di atas kepala


�kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh� manusia� ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,� anak tidak� mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal


�satu sama lain lagi ,� antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran� satu kebaikan lebih


�berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,� ketika manusia�� berbaris dengan barisan yang panjang dan masing� masing hanya� mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada


yang berpeluh kerana� rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya


�akibat peluh yang� banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia


�yang tergantung� amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun� buta ketika


�dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,� ada yang berbentuk� seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana� hari itu Allah SWT�� murka..� belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah� hari itu.� Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di


�padang mahsyar yang� panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.


�Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,� bila kita tidak�� berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan� apa nanti kita akan� menjawab� bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha� Besar , Yang Maha�� Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah SWT .




Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana� di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk� matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya


�dan saya lihat�� tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,� tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya� , wanita yang tidak� pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang� murka Allah SWT ,�� wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala


�sesuatu yang mengundang�� dosa dan sia sia"



Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT� menerima adikku� disisinya..Amin



�Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi


iktibar bagi kita semua. Wassalam...





--- End Message ---

Kirim email ke