Al-Quran al-karim adalah kitab suci yang mengandungi kalamullah, kebenaran (Haq) yang diturunkan pada Malam Al-Qadr (Lailatul Qadr). Ia telah dicemari dan dihina oleh tentera Amerika Syarikat (AS) melalui sebahagian dari misi memerangi Islam mengatasnamakan "Memerangi Keganasan". Mereka telah membuangnya ke dalam lubang tandas, kencing diatasnya, menendang dan memijaknya. Itu hanyalah sebahagian dari aksi mereka untuk mengunjuk rasa kebencian (protes) kepada Islam, Al-Quran, Aqidah dan nilai (maruah) kita.
Walaupun kedengaran pekikan suara Muslim disebabkan kejadian ini, ianya tidak akan memeranjatkan sesiapa pun. Pendedahan ini (tentang keaiban Al-Quran di
Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat !
Al-Quran al-karim adalah kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Mukjizatnya terbukti (terserlah) tanpa keraguan, apabila Allah SWT mencabar dalam firmanNya :
����� ������� ��� ������ ������� ��������� ����� ��������� ��������� ��������� ���� ��������� ���������� ����������� ���� ����� ������ ���� �������� ����������
[2.23] Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
Al-Quran al-karim juga diutuskan sebagai panduan seluruh manusia, bukan sekadar muslim, agar mereka semua keluar dari kegelapan dan perhambaan kepada manusia, menuju sinar (jalan) ke hadrat Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT :
���� ������� ����������� �������� ���������� �������� ���� ������������ ����� �������� �������� ��������� ����� ������� ��������� ���������
[14.1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
Al-Quran adalah asas syari'ah, juga merupakan dustur (perlembagaan ) dan perundang-undangan kenegaraan dalam Islam, KHILAFAH. Khilafah adalah kesepaduan umat Islam yang membentuk sumber kekayaan, khazanah, politik dan kekuatan ekonomi mahupun ketenteraan. Inilah daulah yang melindungi warganya (Muslim mahupun ahli-dzimmi) dengan keadilan. Berusaha kearah penubuhannya adalah kefardhuan dari Allah SWT keatas setiap bahu kita sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"..Barangsiapa yang mati sedangkan tiada BAI'AH (ketaatsetiaan kepada KHALIFAH) dibahunya, maka matinya adalah jahiliyyah" (HR Muslim)
Pemerintah kita dikala ini dan sistem kehidupan yang dilaksanakan mereka, tidak akan samasekali membawa penyelesaian krisis yang kita alami. Mereka sebenarnya berpihak kepada musuh kita dan Islam daripada melihat kemaslahatan kita menurut Islam. Dapatkah kita membayangkan betapa musuh Allah akan berani melakukan aksi penghinaan Al-Quran al-karim serta penindasan ke atas Mukmin sekiranya kekuatan kita disepadukan dibawah seorang Khalifah ? Sabda Rasulullah SAW;
"Imam (Khalifah) itu adalah perisai dimana kamu (umat) berperang dibelakangnya dan berlindung dengannya" (HR Muslim)
Setiap kali penderaan berlaku ke atas kita, kita marah. Namun berapa ramai dari kalangan kita, apabila mengetahui insiden ini, mereka berusaha dan berdoa untuk mengembalikan kekhilafahan tersebut atau
��� �������� ��������� �������� ������������� ������ ������������� ����� �������� ����� ����������� ������������ ����� ������ ������� ������ �������� ��������� ��������� �������� �����������
[8.24] Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Hizb ut-Tahrir
1 Jamadil Awal 1426
6 Jun 2005
Discover Yahoo!
Have fun online with music videos, cool games, IM & more. Check it out!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
