Baru ni di america, nak kempen beri al-quran pada nonmoslem supaya mereka lebih faham isi kandungannya. apa pulak hukumnya tu bagi quran pada nonmoslem? kata kawan ustazah saya jatuh haram sebab al-quran mesti dimuliakan, kalau bagi pada nonmoslem dia tau jaga ke? tah letak merata2 nanti. then dia bagi tau true story kat kelantan, ustazah ni orag kelantan. ada satu kuil siam, dimana ada tower kat kuil tu yang dibuat daripada emas. tiap kali hujan dan kilat selalu kena sambar kilat...tok sami dok fikir macam mana nak elakkan dari kena sambar petir...then tok ketua sami kata pergi cari quran letak kat bawah tower tu..nak beli quran pula satu kemusykilan pada mereka, akhirnya cari seorang melayu suruh beli dgn upah yang lumayan. si melayu ni on the way balik selepas menyerahkan quran dan mengutip bayaran upahnya mati kena kilat dan quran tu sampai sekarang khabarnya ada lagi kat kuil tu dan sejak tu tower tu tak pernah kena kilat lagi...
ini lah cara melayu nak hidup cepat senang

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

Al-Quran al-karim adalah kitab suci yang mengandungi kalamullah, kebenaran (Haq) yang diturunkan pada Malam Al-Qadr (Lailatul Qadr). Ia telah dicemari dan dihina oleh tentera Amerika Syarikat (AS) melalui sebahagian dari misi memerangi Islam mengatasnamakan "Memerangi Keganasan". Mereka telah membuangnya ke dalam lubang tandas, kencing diatasnya, menendang dan memijaknya. Itu hanyalah sebahagian dari aksi mereka untuk mengunjuk rasa kebencian (protes) kepada Islam, Al-Quran, Aqidah dan nilai (maruah) kita.

 

Walaupun kedengaran pekikan suara Muslim disebabkan kejadian ini, ianya tidak akan memeranjatkan sesiapa pun. Pendedahan ini (tentang keaiban Al-Quran di Guantanamo Bay, Cuba) mungkin 'baru' tetapi hakikatnya lebih banyak lagi aksi seperti itu berlaku, yakni penghinaan Al-Quran secara fizikal mahupun nilainya. Kita dapat lihat tentera AS memasuki masjid-masjid dan kerosakkan yang mereka lakukan, melontar musyaf Al-Quran diatas lantai. Kita juga melihat rejim boneka-boneka AS didunia muslim (misalnya Arab Saudi, Kuwait dan Pakistan) akur kepada permintaan 'Tuan' mereka di Washington agar melarang sebahagian besar ajaran Al-Quran disampaikan dipusat pendidikan. Kita juga dapat perhatikan rejim AS mendalangi pemerintahan Uzbekistan. Pemerintah Pakistan dan Mesir menahan, mendera dan membunuh warga muslim yang berusaha (TANPA KEKERASAN) untuk melihat kalamullah dijadikan asas keadilan masyarakat.

 

Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat !

 

Al-Quran al-karim adalah kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Mukjizatnya terbukti (terserlah) tanpa keraguan, apabila Allah SWT mencabar dalam firmanNya :

 

æóÅöä ßõäÊõãú Ýöí ÑóíúÈò ãøöãøóÇ äóÒøóáäóÇ Úóáóì ÚóÈúÏöäóÇ ÝóÃúÊõæÇú ÈöÓõæÑóÉò ãøöä ãøöËúáöåö æóÇÏúÚõæÇú ÔõåóÏóÇÁßõã ãøöä Ïõæäö Çááøåö Åöäú ßõäúÊõãú ÕóÇÏöÞöíäó

[2.23] Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

 

Al-Quran al-karim juga diutuskan sebagai panduan seluruh manusia, bukan sekadar muslim, agar mereka semua keluar dari kegelapan dan perhambaan kepada manusia, menuju sinar (jalan) ke hadrat Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT :

 

ÇáóÑ ßöÊóÇÈñ ÃóäÒóáäóÇåõ Åöáóíúßó áöÊõÎúÑöÌó ÇáäøóÇÓó ãöäó ÇáÙøõáõãóÇÊö Åöáóì ÇáäøõæÑö ÈöÅöÐúäö ÑóÈøöåöãú Åöáóì ÕöÑóÇØö ÇáÚóÒöíÒö ÇáÍóãöíÏö

[14.1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

 

Al-Quran adalah asas syari'ah, juga merupakan dustur (perlembagaan ) dan perundang-undangan kenegaraan dalam Islam, KHILAFAH. Khilafah adalah kesepaduan umat Islam yang membentuk sumber kekayaan, khazanah, politik dan kekuatan ekonomi mahupun ketenteraan. Inilah daulah yang melindungi warganya (Muslim mahupun ahli-dzimmi) dengan keadilan. Berusaha kearah penubuhannya adalah kefardhuan dari Allah SWT keatas setiap bahu kita sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

 

"..Barangsiapa yang mati sedangkan tiada BAI'AH (ketaatsetiaan kepada KHALIFAH) dibahunya, maka matinya adalah jahiliyyah" (HR Muslim)

 

Pemerintah kita dikala ini dan sistem kehidupan yang dilaksanakan mereka, tidak akan samasekali membawa penyelesaian krisis yang kita alami. Mereka sebenarnya berpihak kepada musuh kita dan Islam daripada melihat kemaslahatan kita menurut Islam. Dapatkah kita membayangkan betapa musuh Allah akan berani melakukan aksi penghinaan Al-Quran al-karim serta penindasan ke atas Mukmin sekiranya kekuatan kita disepadukan dibawah seorang Khalifah ? Sabda Rasulullah SAW;

 

"Imam (Khalifah) itu adalah perisai dimana kamu (umat) berperang dibelakangnya dan berlindung dengannya" (HR Muslim)

 

Setiap kali penderaan berlaku ke atas kita, kita marah. Namun berapa ramai dari kalangan kita, apabila mengetahui insiden ini, mereka berusaha dan berdoa untuk mengembalikan kekhilafahan tersebut atau cuba melanjutkan usaha untuk penyelesaian sebenar masalah yang bertimpa-timpa ? Siapa pula yang akan bertindak menyahut seruan dan berusaha bersama kami melaksana urusan politik kenabian ini dengan mengembalikan kekhilafahan rasyidah didunia Islam ?

 

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú ÇÓúÊóÌöíÈõæÇú áöáøåö æóáöáÑøóÓõæáö ÅöÐóÇ ÏóÚóÇßõã áöãóÇ íõÍúíöíßõãú æóÇÚúáóãõæÇú Ãóäøó Çááøåó íóÍõæáõ Èóíúäó ÇáãóÑúÁö æóÞóáÈöåö æóÃóäøóåõ Åöáóíúåö ÊõÍúÔóÑõæäó

[8.24] Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

 

Hizb ut-Tahrir Britain

1 Jamadil Awal 1426

6 Jun 2005


Discover Yahoo!
Have fun online with music videos, cool games, IM & more. Check it out!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke