Garis panduan hiburan: Kerajaan mengabui mata rakyat
Monday, June 13 @ 17:13:22 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Kerajaan pada hari ini dilihat cuba menipu dan mengabui mata rakyat dengan mengadakan garis panduan hiburan sedangkan dalam waktu yang sama program hiburan yang melekakan tetap diadakan tanpa sebarang sekatan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, bukan setakat program hiburan yang disiarkan dalam siaran televisyen seperti 'Akademi Fantasia 3,' 'Mentor', 'Malaysian idol' bahkan konsert hiburan yang dianjurkan di merata tempat di seluruh pelusuk negara juga jelas tidak mengikut garis panduan seperti yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan tidak mengikut garis panduan yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdullah Md Zain yang menyatakan garis panduan itu melibatkan beberapa aspek utama dalam bidang hiburan seperti melarang aktiviti hiburan dalam waktu solat,penggunaan istilah serta lirik yang bercanggah dengan Islam.

Selain itu dakwa Idris, dasar kerajaan Umno yang mengamalkan konsep Islam Hadhari dilihat menyogok masyarakat dengan hiburan yang melekakan supaya lupa terhadap kemelut ekonomi, keruntuhan gejala sosial, dan kegagalan kerajaan dalam melindungi keselamatan rakyat negara ini daripada kejadian jenayah seperti pembunuhan, rogol dan rompakan.

"Dengan menyajikan hiburan setiap masa kepada rakyat pastinya mereka tidak peduli lagi apa yang berlaku di sekeliling mereka dan secara tidak langsung menjadi senjata ampuh untuk kerajaan mengekalkan kuasa mereka," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dakwanya lagi, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mentadbir negara dengan baik sehingga terpaksa menswastakan beberapa agensinya namun rakyat masih tidak menyedarinya.

"Ini buktinya kerajaan berjaya menyogokkan rakyat dengan pelbagai hiburan kerana biasanya manusia yang lalai dengan hiburan tidak lagi memikir soal-soal untuk membangunkan negara tetapi membanyakkan gejala sosial," katanya. - mks.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke