KUANTAN: Dua beradik dihukum enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, selepas mengaku salah meminum arak, yang pertama dikenakan hukuman itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) yang dikuatkuasakan semalam.

Mohd Nizam Ibrahim, 32 dan adiknya, Mohd Nasha, 30, juga didenda RM5,000 setiap seorang.

Mengikut seksyen itu, kesalahan meminum/menjual/membeli minuman yang memabukkan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan tidak melebihi enam kali sebatan.

Hakim Abdul Rahman Yunus ketika menjatuhkan hukuman berkata, hukuman sebat ke atas tertuduh akan memberi keinsafan dan pengajaran kepada semua pihak sama ada miskin, kaya atau berpangkat, supaya tidak melakukan kesalahan itu pada masa depan.

?Alasan berpendapatan rendah oleh kedua-dua tertuduh dalam rayuannya supaya hukuman diringankan tidak boleh diterima kerana mereka tidak sepatutnya minum arak yang harganya lebih mahal daripada minuman biasa seperti sirap,? katanya.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menetapkan tempat kedua-dua tertuduh itu menjalani hukuman sebat.

Dua beradik itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di sebuah restoran bukan Melayu di Jalan Bukit Ubi pada 19 Ogos tahun lalu. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie, Ahmad Rafli Abdul Malek.

Peguam kedua-dua tertuduh, Che Mastuni Muhammad, memohon hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan Syarie.

Abdul Rahman berkata, beliau tidak boleh menerima permohonan secara lisan bagi menangguhkan hukuman itu, sebaliknya peguam perlu membuat permohonan bertulis.

Berikutan itu, Che Mastuni mengemukakan rayuan bertulis, sekali gus membolehkan dua beradik terbabit dilepaskan sementara dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh ditahan dalam operasi mencegah umat Islam meminum arak, yang dianggotai beberapa pegawai polis dan pegawai penguat kuasa agama daerah ini.

Ketika pemeriksaan di Restoran Yi Huat, Jalan Bukit Ubi di sini, jam 11.32 malam 19 Ogos 2004, kedua-dua tertuduh dilihat meminum arak jenis Royal Stout.

Di atas meja di hadapan mereka ada dua botol (satu besar dan kecil) arak jenis itu dan dua gelas.


Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke