Tak dapat dinafikan orang Melayu melalui UMNO yang memerintah Malaysia KINI. Jangan lupa bahawa Melayu sedang bercakaran UMNO vs PAS vs PKR. Perlu juga diingatkan bahawa walaupun Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia tetapi Melayu adalah bilangan teramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Itu belum ambil kira jumlah pengundi Melayu yang tak keluar mengundi. Jangan terlalu yakin....... Melayu semakin alpa..... apakan akan terus berkekalan kuasa????? Betulkah Melayu selamanya tak akan membantu melepaskan kuasa? Kuasa Melayu ada pada setiap undi. Kalau mengundi pun tak peduli, bolehkah Melayu pertahankan kuasa Bangsa????
Empayar Melaka jatuh kerana ada seorang Melayu yang buka pintu kota, jemput penjajah masuk. 400 tahun semua Melayu yang lain berjuang mendapatkan semula bumi milik nenek moyang. Malangnya banyak harta benda yang dah tergadai ketangan yang lain. Mahukah kita sejarah berulang?????
"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
Malas tak malas orang Melayu tetap jadi pemerintah dinegara sendiri.
Orang putih bawak orang lain masuk negeri ni sebab orang Melayu tak mahu
berkerjasama atau malas untuk menolong orang putih untuk merompak Tanah
Melayu ni. Tak kan tak tau orang putih kaut hasil negeri ni untuk dia
orang bangunkan negeri dia orang. Kalau kita rajin tolong orang putih
masa tu maknanya kita ni bodoh macam lembu le....
Lagi satu, memang orang putih dah lama terapkan benih-benih perasaan
rendah diri pada orang Melayu/Islam dari dulu lagi. Gunanya ialah untuk
menyenangkan mereka buat kerja-kerja menyamun di negeri ni. Tapi
malangnya sampai sekarang orang Melayu masih mengidap penyakit ni.
Contoh yang terang yang saya nampak ialah mengutuk dan menyumpah seranah
bangsa sendiri. Tentulah orang lain suka sebab mereka tak payah nak buat
kerja menyumpah seranah bangsa Melayu ni, sebab bangsa Melayu sendiri
yang menyumpah diri mereka sendiri. Ini adalah phenomena rendah diri
yang paling bawah sekali atau yang paling haprak sekali yang saya tau.
Bukan apa, dulu saya ada belajar kat sekolah dulu cerita pasal Navaho
Indian dan Pueblo Indian dekat SW United States. Dia orang ni punyala
rendah diri saya bagi contoh macam ni:
A,B dan C adalah Navaho Indians. Berdekatan mereka ada seorang Mat
Sallleh.
Jika A dan B bercakap bahasa Navaho Indian, si C akan berasa malu yang
amat sangat kalau Mat Salleh tu tau yang C ni faham bahasa yang
dituturkan orang A dan B ni. Ini adalah malu kelas paling haprak yang
saya tau kerana malu pada bangsa dan bahasa sendiri.
Minta maaf ye, ni hanyalah alternative view. Mungkin ada pendapar lain
yang bernas....
>>> suria insani 09/06/2005 22:11:57 >>>
kenapa melayu pemalas ye? orang arab satu lagi pemalas
dalam dunia ni.nak dikaitkan dengan islam pun malu,
walau pun nabi tu lahir di sana tapi tak mampu
mengubah sikap penyakit M ni.
sewaktu di luar negara saya telah menonton satu
documentary tentang orang melayu pemalas ni, waktu tu
satu rumah hangat hati tengok. fakta dalam documentary
tu semua betul, sampai british terpaksa bawa masuk
bangsa asing nak memajukan tanah melayu masa tu.
sekarang ni dalam kerja seharian saya masih lagi
berdepan dengan bangsa pemalas ni. walau pun dah
diberikan kesedaran, pelbagai program motivasi...there
is something we cant change from these people...jangan
marah kalau bangsa lain kutuk orang melayu pemalas...
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap
> orang Melayu di 5 negeri yang saudara lalui. Orang
> Pahang? Orang Pahang pemalas. Ini diperkaui sendiri
> oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. Katanya
> orang Melayu Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas
> kerbau banyak-banyak. Masa nak duit tangkap kerbau
> dan jual. Silap beliau cakap silaplah saya. Orang
> Kedah juga pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba
> cari kalau restoran dan kedai runcit Melayu. Yang
> ada cuma ada milik Melayu Mamak. Kalau ada yang
> berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit
> kedai makan ala Thai milik Melayu Pattani. Ini belum
> lagi bisnes lain yang lebih besar. Kalau ada pemaju
> Melayu mereka ambil tender sahaja lepas itu sub
> kepada kontraktor bangsa Cina.
>
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED]
> wrote:good article to share!
>
> Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Bacalah kalau nak tahu.......
> CUTI-CUTI MELAYU
>
> Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti setelah
> beberapa minggu
> tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya,
> walaupun di hujung minggu.
> Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai
> cuti untuk memandu
> pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk
> berehat di Kuantan.
> Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat
> penatnya kerana
> penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan
> fikiran sambil
> menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis
> sebenarnya hanya ingin
> lari sekejap dari memikirkan soal kerja.
>
> Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak,
> bermalam di rumah
> saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang
> dan tinggal dua
> malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama sekali.
>
> Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating,
> terus ke Kuala
> Terengganu
> (PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui
> Jalanraya Timur Barat,
> tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL)
> untuk pulang ke
> rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa
> tempat sekadar untuk
> menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu dan
> ada kalanya penulis
> juga berhenti untuk membeli belah dan makan.
>
> Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan'
> pembangkang itu di
> sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang di
> Terengganu mengenai
> Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan"
> dengan 'penampilan
> khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah
> tajuk itu kerana penulis
> tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat
> rakyat yang menyokong
> golongan ini yang hanya memikirkan tentang kuasa
> atau kemenangan dalam
> pilihanraya? Secara nyatanya, seminar itu
> menunjukkan yang memang itulah
> satu-satunya matlamat mereka berpolitik iaitu untuk
> berkuasa dan untuk
> menang semata-mata. Bagaimana kehidupan rakyat dan
> ke mana arah rakyat
> hendak dibawa, bukan soalnya. Hala tuju agama,
> bangsa dan negara juga
> bukan soalnya. Soalnya hanyalah menang dan kekal
> menang! Penulis
> menggelengkan kepala mengenangkan bagaimana mudahnya
> bangsa Melayu
> terpedaya oleh mereka.
>
> Fikiran penulis tidaklah pula hanya berkisar soal
> politik sepanjang
> perjalanan tersebut, malah politik hanya menerjah ke
> dalam kepala
> penulis selama beberapa minit (terutama bila
> terlihat bendera UMNO lebih
> banyak dari bendera PAS di Terengganu) berbanding
> beberapa jam
> perjalanan yang bagaikan tiada penghujung itu.
>
> Seorang wanita penjual baju-baju batik santai yang
> menyapa penulis di
> sebuah kedai di Cherating telah menarik perhatian
> penulis. Ini kerana
> loghat Amerikanya yang pekat dan tidak bertepatan
> dengan penampilan
> dirinya yang 'sebiji' seperti Minah Ganu dengan baju
> kurung lusuhnya dan
> tudung sederhananya. Setelah membeli belah sambil
> berbual dengannya dan
> juga orang-orang sekeliling, penulis mendapat tahu
> yang dia berbangsa
> Jepun dan menetap di Amerika sebelum jatuh cinta
> dengan lelaki
> Terengganu ketika melancong ke sini, lalu terus
> menetap di sini.
>
> Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru, apa yang
> penulis ingin kongsi di
> sini ialah cerita orang-orang sekeliling tadi bahawa
> wanita
> Jepun-Amerika-Terengganu inilah yang memberi idea
> untuk mereka berniaga,
> membuka chalet dan juga menjual pakaian selain
> mengusahakan batik di
> kedai yang sempit itu untuk tontonan pelancong -
> sekadar untuk perubahan
> dan menambah pendapatan. Terus saja fikiran penulis
> terkenang betapa
> bangsa kita tidak mampu mengubah atau meningkatkan
> taraf hidup sendiri
> tanpa idea dari orang lain. Ini kerana idea hanya
> datang dari
> pengetahuan manakala pengetahuan hanya datang dari
> pembelajaran,
> pengalaman ataupun pembacaan. Sedangkan bangsa kita
> tidak suka belajar,
> membaca, jauh sekali mengembara atau meneroka. Lalu
> bagaimana mungkin
> akan datangnya idea? Bagaimana mungkin boleh
> mengubah keadaan hidup dan
> pemikiran?
>
> Pendapat penulis ini dikuatkan lagi apabila penulis
> berjumpa dengan
> sepasang pelancong Amerika yang menjual minuman tin
> untuk mengumpul wang
> untuk pulang ke negara asal mereka. Kedatangan
> mereka dengan wang yang
> hanya cukup untuk datang tetapi bukan untuk pulang,
> adalah sekadar
> mencuba atau memperjudikan nasib untuk melihat
> negara orang. Penulis
> memang telah lama ingin mencuba sesuatu seperti ini,
> iaitu mengambil
> risiko merantau ke negara orang tanpa persiapan
> rapi, tetapi sehingga
> kini masih belum berkesempatan. Apa yang penulis
> lihat ini penulis
> ceritakan pada rakan-rakan sepejabat apabila mereka
> bertanya apa penulis
> buat semasa cuti 'panjang yang pendek' itu? Namun,
> cerita penulis
> tentang sepasang pelancong tadi rata-ratanya hanya
> mengundang pendapat
> bahawa ianya adalah perbuatan gila dan tak masuk
> akal.
>
> Penulis kesal, kerana ini memperlihatkan peribadi
> kebanyakan bangsa
> Melayu ialah tidak mahu susah-susahkan diri. Mereka
> tidak ingin mencari
> pengalaman. Mengembara adalah perbuatan gila. Mereka
> impikan yang
> hebat-hebat belaka, semuanya ingin menjadi ketua,
> ingin sentiasa dalam
> keadaan selesa. Tinggal di dalam pondok kerana
> mencari pengalaman
> seperti sepasang pelancong tadi adalah gila.
> Meneroka hutan belantara,
> melihat orang asli dan tinggal di sana beberapa hari
> tentulah lebih gila
> lagi.
>
> Bukanlah penulis menyatakan yang semua orang perlu
> mempunyai minat yang
> sama iaitu mengembara tetapi mentaliti yang sama ini
> jugalah yang
> diserapkan dalam pembelajaran, pekerjaan, agama
> serta politik kita.
> Mereka ingin ambil mudah, selesa dan kelihatan
> hebat.
>
> Dalam pelajaran, anak-anak Melayu hanya belajar dan
> menghafal apa yang
> di dalam buku, sedangkan persekitaran, pergaulan dan
> segala sesuatu yang
> terserap oleh pancaindera tidak dijadikan sumber
> pembelajaran juga.
> Mereka malas memikirkan tentang perkara yang tidak
> ada di dalam buku
> teks itu. Kerana itu, walaupun mereka cemerlang di
> dalam pelajaran,
> tidak bermakna mereka juga pandai dalam pergaulan,
> kehidupan dan
> pekerjaan.
>
=== message truncated ===
__________________________________
Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
http://asia.yahoo.com/meetic
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".
Yahoo! Groups Links
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Discover Yahoo!
Find restaurants, movies, travel & more fun for the weekend. Check it out!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
