PM mendahului Majlis Fatwa?
Komen 3 bahagian

A. Komen PM :
=========

Dari segi agama, kalau berlaku sesuatu darurat atau yang akan jadi darurat maka untuk pencegahan boleh ambil tindakan yang dicadangkan itu.

``Tetapi kalau ada pihak lain ada cadangan lebih baik lagi, maka Kementerian Kesihatan mesti bersedia menimbangkannya,'' kata beliau pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di Sidang Kemuncak Selatan Kedua, Kumpulan 77 (G77) campur China di sini, hari ini.


Mengulas lagi rasional projek ini dijalankan Abdullah berkata, langkah memberi jarum dan kondom percuma itu terpaksa dilakukan kerana Soi Lek telah mengesahkan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini bahawa keadaan sudah sampai ke tahap darurat memandangkan golongan terbabit masih aktif mengamalkan penagihan dadah dan seks.(UM17.06.2005)

B. Komen  Dato Haji Ismail Ibrahim:
========================
Bagaimanapun, beliau menegaskan, situasi atau kedudukan darurat itu perlu diperincikan kerana tahap-tahapnya berbeza mengikut keadaan.

``Darurat tahapnya berbeza-beza mengikut situasi. Seperti di beberapa negara Afrika yang tidak cukup makan dan rakyat kelaparan itu juga darurat tetapi bukan di negara kita.

``Begitu juga bangkai haiwan, kita haram memakannya tetapi bila darurat, boleh.

``Soal tahap darurat yang memaksa kepada pelaksanaan program perintis pemberian jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah bagi mengawal penyebaran HIV/AIDS ini, majlis fatwa dimaklumkan akan ada sesi penerangan melibatkan semua pihak termasuk ulama,'' katanya.


C. Tulisan Teman saya yang perlu dibaca
===============================

Ada 2 persepsi terhadap definisi darurat,
a. Penafsiran individu (akal) manusia
b. Penetapan syarak
 
Walhasil, terpulang kepada aqidah kita bagi menerimpakai yang manakah yang 'sesuai', kepentingan diri atas dunia sementara inikah atau menuruti kehendak syarak agar terhindar azab seksa Allah yang maha pedih !
 
Wassalam
 
Pembahasan DARURAT
 

Apa Darurat Itu?

Secara literal beberapa 'ulama mendefinisikan d harurat (darurat) sebagai berikut;

 

Al-Jurjani menyatakan: " Darurat itu berasal dari kata al-dharar yang bermakna sesuatu yang turun tanpa ada yang boleh menahannya." (Al-Jurjani, al-Ta'riifaat, hal. 120).

Imam Ibnu Mandzur berkata: "Makna dari idhthiraar ialah, memperlukan sesuatu ". (Ibnu Mandzur, Lisaan al-'Arab). Al-Laits menyatakan: "Idhthaara bermakna, bahawa seseorang itu benar-benar memperlukan sesuatu."

Dalam kamus Muhith disebutkan bahawa, makna dari idhthiraar adalah al-ihtiyaaj ila al-syaai (memerlukan sesuatu).

Secara syar'iy yang disebut dengan darurat adalah sebagai berikut:

Al-Hamawiy dalam catatan pinggir atas Kitab Al-Asybah wa al-Nadzaair,

"Sebuah keadaan dimana seseorang berada dalam suatu batas apabila ia tidak melanggar sesuatu yang diharamkan maka ia boleh mengalami kematian atau nyaris mati."

Sebahagian ulama mazhab Maliki menyatakan:

"Darurat adalah mengkhuatirkan diri dari kematian berdasarkan keyakinan atau sekadar sangkaan kuat." (Syarah Kabiir Ma'a Hasyiyaat al-Dasuqiy , jilid II/85).

Menurut 'ulama madzhab Hanafi, makna darurat yang berkaitan dengan rasa lapar, ialah seandainya seseorang tidak mahu mengkonsumsi (mengguna) barang yang diharamkan dikhuatirkan ia boleh mati atau setidaknya ada anggota tubuhnya yang akan menjadi cacat. Seorang yang dipaksa akan dibunuh atau dipotong salah satu anggota tubuhnya, apabila tidak mahu memakan atau meminum sesuatu yang diharamkan, itu bererti ia sedang dalam keadaan darurat. Tetapi, kalau ancamannya tidak terlalu berat, seperti hanya dipenjara setahun atau dihukum dengan diikat, namun tetap diberi makan dan minum, itu bererti ia masih punya pilihan. Dengan kata lain ia tidak sedang dalam keadaan darurat. (Dr. 'Abdullah Ibn Mohammad Ibn Ahmad al-Thariqiy, al-Idhthiraar Ila al-Ath'imah wa al-Adwiyah al-Muharramaat. Lihat pula Kasyful Asraar, jilid IV, hal.1517).

Dalam kitab Ahkaam al-Qur'an, Abu Bakar al-Jash-shash disebutkan, bahawa makna darurat adalah rasa takut seseorang kepada bahaya yang dapat melenyapkan nyawa, atau boleh mencelakai salah satu anggota tubuhnya, kerana ia tidak mahu makan atau meminum sesuatu yang diharamkan. (Abu Bakar al-Jash-shash, Ahkaam al-Quran, jld. I, hal. 159).

Walhasil, selama kita masih memiliki pilihan dan tidak berada dalam kondisi darurat sebagaimana definisi di atas, maka kita diharamkan sama sekali untuk melanggar aturan Allah SWT, meninggalkan kewajiban mahupun mengerjakan tindak yang diharamkan Allah SWT.

Memahami Istitha'ah (Kemampuan)

Benar, al-Qur'an telah mengkaitkan antara kewajiban untuk menjalankan hukum Islam dengan kemampuan (istitha'ah ).

"Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu, dan dengarlah serta taatlah…" (Qs. at-Taghaabun [64]:16).

Ayat ini memberikan penjelasan kepada kita bahawa, kewajiban untuk menjalankan perintah Allah akan gugur jika kita tidak memiliki kemampuan. Sebab, Allah SWT mengkaitkan kewajiban untuk mengerjakan perintahNya dengan kemampuan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw bersabda:

"Jika aku memerintahkan kepada kalian suatu perkara, maka kerjakanlah apa yang kalian mampu." (lihat catatan pinggir dalam, Al-Hafidz Suyuthiy, al-Asybah wa al-Nadzaair).

Atas dasar itu, apa yang kita tidak mampu mengerjakannya maka kita tidak diwajibkan untuk memikulnya.

Ibadah haji adalah wajib. Namun, bagi mereka yang tidak mampu secara kewangan mahupun fizik, diberi keringanan untuk tidak melaksanakan ibadah tersebut. Begitu pula zakat dan puasa. Zakat hanya diwajibkan bagi orang yang memiliki kemampuan secara kewangan dan telah terpenuhi syarat-syaratnya. Puasa diwajibkan bagi mereka yang mampu melaksanakannya. Orang sakit, mahupun orang yang sudah tua bangka diberi keringanan untuk tidak mengerjakan ibadah tersebut.

Ulama fiqh membahagi istitha'ah (kemampuan) menjadi tiga.

1. Kemampuan secara materi (istitha'ah maaliyah)
2. Kemampuan secara fizik (istitha'ah jasadiyah)
3. Kemampuan secara pemikiran (istitha'ah fikriyah)

Kemampuan materi adalah kemampuan material yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT.

Apabila perintah disertai dengan syarat istitha'ah maaliyyah, maka siapa saja yang tidak memiliki kemampuan maaliyah, maka ia diberi keringanan untuk tidak melaksanakan kewajiban tersebut. Contohnya, ibadah haji, zakat, dan lain-lain. Orang yang tidak memiliki kemampuan kewangan, maka dirinya diberi keringanan untuk tidak melaksanakan ibadah tersebut.

Kemampuan fizik, adalah kemampuan dari sisi fizik yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT. Contohnya ibadah haji, jihad, dan lain sebagainya. Ibadah haji tidak dibebankan bagi orang yang tidak memiliki kemampuan fizik yang prima. Demikian juga jihad. Jihad tidak dibebankan kepada orang yang sakit, anak kecil mahupun tua bangka.

Kemampuan fikriyah, adalah kemampuan dari sisi pemikiran yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT. Contohnya, ijtihad. Ijtihad adalah suatu aktiviti menggali hukum yang memerlukan kemampuan secara pemikiran. Orang bodoh yang tidak memahami Islam dengan benar tidak dibebani untuk melakukan ijtihad. Ijtihad hanya diwajibkan bagi orang-orang yang memiliki kemampuan pemikiran.

Akan tetapi, jika kita mencermati nas-nas syari'at, kita akan mendapatkan bahawa, kemampuan (istitha'ah) selalu dikaitkan dengan perintah untuk menjalankan hukum Allah.

Berbeza dengan konteks meninggalkan larangan Allah. Setiap orang pasti mampu meninggalkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Oleh kerana itu, dalam konteks meninggalkan larangan Allah, al-Qur'an tidak mengkaitkannya dengan istitha'ah (kemampuan). Sebab, setiap orang pasti mampu meninggalkan larangan Allah. Atas dasar itu, tidak ada alasan bagi seseorang untuk tidak meninggalkan zina, riba, mahupun perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Meskipun demikian, seluruh penjelasan di atas tidak boleh dipersepsi bahawa ada ajaran Islam yang tidak boleh dipikul oleh umat manusia. Sebab, taklif (ajaran Islam) yang dibebankan kepada kita merupakan taklif yang seluruh manusia boleh memikulnya. Allah SWT berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Qs. al-Baqarah [2]: 286).

Ayat ini merupakan bukti nyata bahawa, Islam merupakan ajaran yang mudah, dan seluruh manusia pasti boleh memikulnya. Kita sama sekali tidak boleh menganggap ada sebahagian ajaran Islam yang manusia tidak sanggup untuk memikulnya, meskipun dalam pelaksanaannya selalu dikaitkan dengan istitha'ah. Menuju Islam kaffah merupakan kewajiban setiap muslim. Menuju Islam kaffah adalah perkara yang mudah dan pasti boleh diwujudkan dalam kenyataan hidup kita, selama kita memahami thariqah (jalan) untuk menuju ke sana. Bagi orang yang memahami bagaimana cara menuju Islam kaaffah, maka perjuangan untuk merealisasikannya bukanlah sesuatu yang susah dan mustahil. Hanya orang yang tidak tahu jalan menuju ke sana saja yang akan menyatakan susah dan utopis (angan-angan). Atas dasar itu, kewajiban yang tahu adalah memberi tahu yang tidak tahu.

 

WSL




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke