> Edisi KL: Keli makan babi
> Oleh Muhd Izawan Baharin
> [EMAIL PROTECTED]
>
> KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat mengusahakan kolam ternakan ikan keli
> komersial di utara Semenanjung didakwa menggunakan sisa makanan restoran >
> bukan Islam termasuk daging babi sebagai makanan ikan dipercayai untuk >
> menjimatkan kos.
>
>
>
> Kolam yang baru beroperasi awal tahun ini dikatakan milik seorang usahawan
> bergelar 'Datuk' tetapi pengurusannya diserahkan kepada seorang lelaki
> bukan beragama Islam.
>
> Bagaimanapun, 'Datuk' berkenaan dikatakan tidak mengetahui orang yang
> diamanahkan menjaga kolam terbabit menggunakan makanan haram itu kerana
> sibuk menguruskan beberapa perniagaan lain.
>
> Lebih membimbangkan, kolam yang mempunyai antara dua hingga tiga juta ikan
> keli itu bakal dipasarkan secara meluas di sekitar bandar di Utara
> Semenanjung termasuk Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
>
> Pegawai Aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Faizall Md
> Yunus, berkata pihaknya menerima aduan daripada pekerja kolam berkenaan
> yang curiga dengan pengurusan kolam kerap memberi makan sisa makanan
> kepada keli yang dipelihara.
>
> Katanya, berdasarkan aduan itu, ikan keli berkenaan mula diberi makan sisa
> makanan berkenaan selepas berusia empat hingga lima minggu. Sebelum itu,
> keli berkenaan diberi dedak.
>
> "Pada mulanya pekerja terbabit beranggapan sisa makanan yang diberikan itu
> perut ayam.
>
> "Bagaimanapun, apabila dilihat dari segi bentuknya ia seperti sisa daging
> babi kerana berkeping-keping.
>
> "Was-was dengan sisa itu, pekerja terbabit menjalankan siasatan sendiri
> dengan pemandu lori yang menghantar sisa makanan berkenaan dan terkejut
> apabila dimaklumkan sisa makanan itu diperoleh dari kedai atau restoran
> bukan Islam," katanya.
>
> Beliau berkata, terdapat enam kolam ikan keli yang mampu mengeluarkan
> antara satu hingga dua tan ikan untuk dipasarkan.
>
> "Kami mendapat maklumat ia akan dipasarkan sekitar minggu ini atau
> selewat-lewatnya minggu hadapan," katanya.
>
> Menurutnya, pihaknya turut difahamkan, pernah satu ketika seorang peniaga
> restoran Islam mahu membeli ikan dari kolam berkenaan untuk diedarkan ke
> sekolah dan restoran Islam dalam jumlah yang besar tetapi membatalkan niat
> itu pada saat akhir selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
>
> "Namun kami tetap bimbang kerana ikan itu akan dipasarkan secara
> besar-besaran dalam masa terdekat," katanya.
>
> Koordinator Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata PPIM akan
> menghantar laporan berhubung perkara itu kepada Kementerian Perdagangan
> Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan selanjutnya.
>
> Pada masa sama pihaknya mencadangkan supaya setiap pengusaha kolam
> ternakan ikan untuk tujuan dipasarkan kepada orang ramai supaya diletakkan
> di bawah satu pusat pengurusan.
>
> "Ini bagi memastikan pemantauan dapat dibuat serta ikan yang bakal
> dipasarkan itu suci. Selain itu, sijil tertentu perlu dikeluarkan yang
> menunjukkan ikan diternak itu bersih dan bebas daripada sebarang unsur
> haram.
>
> "Pengusaha kolam ternakan yang bukan beragama Islam juga perlu didedahkan
> dengan sensitiviti penganut Islam agar dia tidak sewenang-wenangnya
> menggunakan bahan haram sebagai makanan ikan," katanya.
>
> Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, ketika
> dihubungi, berkata jika benar dakwaan itu dan pekerja yang membuat aduan
> nampak perbuatan berkenaan, hukum memakannya adalah haram.
>
> Bagaimanapun, jika pekerja terbabit hanya mendengar daripada pihak lain
> mengenai kesahihan perbuatan itu dan bukan dilihat sendiri, tidak boleh
> menjatuhkan hukuman haram.
>
> "Dalam hal ini, pekerja terbabit perlu pasti dia melihat sisa mengandungi
> babi itu diberikan kepada ikan berkenaan. Jika benar, haram hukumnya kita
> makan ikan berkenaan," katanya.
>
> Menurutnya, seseorang itu perlu yakin apa yang dilihat itu benar-benar
> berlaku seperti yang didakwa.
>
> "Kalau kita yakin berlaku perbuatan berkenaan baru boleh dijatuhkan
> hukuman haram atau tidak," katanya.
>
We SharE, CooK, TastE the Truth the Best
~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/