Di Sini Kita Bermula.. Dr. Omar Yaakob 19. Penyelewengan Anti Hadis Kes 'mutually exlusive' yang terjadi pada Qadiyani/Ahmadiyah ini juga berlaku kepada golongan yang dikenali sebagai golongan "anti-hadis". Walaupun pada zahirnya mereka merupakan sebuah aliran yang 'hanya mempertikaikan kedudukan hadis sebagai sumber hukum', mereka sebenarnya membawa satu cara pemahaman dan penafsiran baru terhadap sejarah awal umat Islam dan sumber perundangan yang harus menjadi rujukan.
Lantas pentafsiran dan pemahaman baru ini menimbulkan satu kerangka konsep, ideologi dan cara-hidup dan berlainan dari apa yang dipegang oleh umat Islam selama ini. Mereka juga memanggil cara mereka Islam, bahkan bagi mereka kononnya inilah 'true Islam' yang kononnya berlainan dari 'Islam terseleweng' seperti yang dipegang oleh kita hari ini. Oleh itu, seperti kes Qadiyani, terjadilah kes mutually exclusive; sekiranya kita betul, mereka salah, sekiranya mereka betul, kita yang salah. Yakni, jika kita yakin kita betul, kita mesti yakin bahawa mereka bukan Islam! Pada zahirnya mereka menggunakan prinsip bahawa Islam memberi kebebasan kepada mereka membuat tafsiran dan berpegang kepada tafsiran yang mereka yakini. Tetapi, seperti yang telah saya bentangkan dalam bab-bab yang lalu, perbezaan pendapat antara kita harus diasaskan kepada satu titik tolak yang dipersetujui bersama, yakni kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber pegangan yang primer dan kaedah perolehan hukum yang jelas dan sistematik. Semua perselisihan dan perbezaan pendapat hanya boleh dimaafkan (dan sewajarnya dimaafkan) selagi pendapat yang bertentangan tersebut mempunyai asas di dalam kedua-dua sumber primer tadi. Ini yang diyakini oleh umat Islam keseluruhannya masa kini dan inilah juga cara yang dibawa oleh generasi Islam yang terdahulu. Sekiranya ada orang lain yang ingin membawa cara pentafsiran yang jauh menyimpang dan berlainan daripada asas ini, maka terkeluarlah mereka daripada definisi atau takrifan umat Islam sepanjang zaman; sebagaimana terkeluarnya Bahai dan Qadiyani/Ahmadi walaupun mereka tetap bertegas bahawa pentafsiran mereka lebih betul daripada pentafsiran kita selama ini. Sebenarnya banyak yang boleh diperkatakan mengenai golongan anti-hadis tetapi dalam artikel ringkas ini saya akan menyentuh beberapa aspek sahaja. Pertama, golongan ini telah memperkecilkan dan meremehkan tugas Rasullullah dan para anbiyaa' seluruhnya. Bagi mereka tugas Rasul tidak lain hanya sekadar alat menyampaikan al-Qur'an. Oleh kerana menurut pemahaman mereka peribadi, kata-kata, perbuatan dan sejarah hidup Rasululullah tidak mempunyai sebarang kaitan atau makna kepada hukum dan perundangan Islam pada masa dulu dan pada masa ini, maka tugas dan peranan Rasul tidak bermakna selain menjadi seolah-olah robot atau radio yang membacakan ayat-ayat al-Qur'an kepada umat. Anehnya, gambaran manusia sebagai robot sedemikian tidak juga diperolehi daripada al-Quran. Golongan ini yang kononnya mahir tentang al-Quran seolah-olah buta terhadap kisah-kisah Nabi di dalam al-Quran. Kisah Nabi-nabi Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan seumpamanya jelas mebayangkan bahawa manusia-manusia ini bukan berfungsi hanya sebagai robot atau radio yang membacakan ayat-ayat Allah. Mereka adalah pemimpin, pendakwah, pemberi hukum dan pemberi contoh. Di dalam Surah Mumtahanah Allah memberikan penyataan yang jelas bahawa Nabi Ibrahim ialah sebaik-baik ikutan bagi kita (umat Islam), dalam nada yang sama seperti di dalam Surah al-Ahzab Allah menyebut bahwa Nabi Muhammad adalah sebaik-baik ikutan. Adakah boleh mereka dijadikan ikutan sekiranya fungsi mereka hanya sebagai robot penyampai wahyu sedangkan diri, akhlak dan perbuatan mereka tidak menjadi sumber akhlak dan amalan kita? Bersambung inshaAllah.. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
