Taken from HidayahNet Yahoo! Group. Take it as information and please ask ustaz or others with deeper knowledge in Islam for confirmation about this.
Mencari ilmu adalah fardhu ain dan tanggungjawab masing2. Saya hanya memberikan modal utk kamu bertanya kepada org yg lebih arif ttg2 ni. So, rajin2kanlah diri utk menimba ilmu.
Sekian, terimakasih...
-------------------------------
Koleksi Artikel myMasjid ..
Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri
Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama
isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka
menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan
pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian
menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok
Dahaman,
dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan
begitu?
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
kerana
didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang
begitu juga jari kaki.
Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh
disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok
besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak
jin
atau syaitan, jelas Tok Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari
ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan
pandangan mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
terhadap
benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana
dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang
ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
segera
kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya
pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari
syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan
di
tempat org lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak
syaitan bercampur gaul dgn org ramai.
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn
memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg
memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam
piring dan mangkuk...Ada
juga
yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala
dan
riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak
untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok
Dahaman pada hari itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak
daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan
manusia di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan
tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun
bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut
bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil
memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan
lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina
yang
sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian
perempuan
keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak
mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa
mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil
sambil
bergayut di jendela rumah
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang
kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap
dengan cermin tempat
bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu
percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.
Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN
DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Subject: Petua Tidur Rasulallah
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20
tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah
swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah
ibadat yang paling ikhlas. Seseorang
tidak perlu dipaksa atau terpaksa
untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat
besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100
pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk
menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dar i cara Nabi
SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun
mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau
lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan
doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya
dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah -olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum
tidur.Lebih mudah
daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur
meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betin a.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan
menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya
bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri
kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih
Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa
angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.
"
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
