Kebiasaannya pelacur ni bergaya bila dia nak 'meniaga'
Pendapatan lumayan dan nak hidup mewah .
Apakah ni dikatakan terpaksa dan dharurat ?

Pak Lah pun dah setuju nak bagi jarum pada penagih dan
bagi kondom bila nak ...........
Mak Mashitah pula , hukum dharurat semua benda jadi lorat .
Entahlah apa nak jadi dgn Malaysia ni ,
mungkin slogan " Malaysia Boleh " ada kebenarannya .

//






---------- Forwarded message ----------
From: Date: Jun 21, 2005 12:16 PM
Subject: Fwd: Dharuratnya aku ... BILA USTAZAH JOIN POLITIK


Kerja pelacur 'halal' jika dharurat - Ustazah Masitah






Saya ingin mengajak pembaca-pembaca meneliti kandungan di dalam
ruangan
`Anda Musykil, Dr Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran 19
Jun
2005. (sila buka halaman 38). Pada satu tajuk besar dan persoalan
`JUAL
DIRI KERANA TERDESAK' yang dikemukakan oleh pembaca RAZIN dari kuala

Lumpur.



Petikan kemusykilan beliau seperti berikut, " Saya sering membaca
kisah
wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk

membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar
dengan
wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang
mengetahui
pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut
berdoasa?
Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar
zakat
fitrah?"





Maka, jawapan dari Ustazah Masitah seperti berikut:



" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut

istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita

berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan
kehendak
hatinya."



"Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi
makan."



"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman

biasa."



"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak
dan
dharurat ia dimaafkan'




"Di sini lah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang

terdesak dan dharurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah,
bahkan
dia tergolong layak terima fitrah."




" Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak dharurat".





Begitulah jawapan dari Ustazah Masitah. Kesimpulannya, pelacuran
adalah
halal dalam dharurat. Tidak jauh bezanya hukum dharurat yang
dinyatakan
oleh Pak Lah bagi mengatasi masalah HIV, maka kondom dan jarum percuma

dibekalkan. Begitulah dua pandangan tokoh, seorang pemimpin negara

keturunan ulamak dan seorang lagi ustazah.





Pada saya, tiada dharurat dalam pelacuran. Setiap yang melacur
tentunya
mempunyai tubuh badan yang baik, bertenaga, masih muda, berada dalam

masyarakat dan bernegara. Mereka boleh bekerja sebagai pencuci
pinggan,
membasuh, amah hatta penggilap kasut sekalipun. Paling malas, mereka
boleh
meminta sedekah. Dan, masyarakat atau kerajaan wajib membantu golongan
ini
tambahan pula di sebuah negara yang dikatakan negara Islam. Tiada
alasan
untuk melacur langsung. Jangan gunakan hukum dharurat
sewenang-wenangnya
bagi menghalalkan cara.





Jawapan Ustazah Masitah amat menyimpang jauh. Pelacur adalah dari
golongan
mereka yang jahil serta malas berusaha. Jika malas sekalipun, jadilah

peminta sedekah walaupun ugama Islam melarang untuk meminta-minta
sedekah,
tetapi lebih mulia dari pelacur. Apakah maksud terdesak dan dharurat

seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Masitah itu? Harap majlis fatwa
beri
hukum atas permasalahan ini.




Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke