Assalamu3alaikum,

Teringat zaman purbalingga dulu semasa berada di Menara Gading, yang tidak ada gajahnya. Seorang pensyarah menceritakan kejadian sebenar kenapa pada tahun 1990/91 kursus sastera dan beberapa kursus dilanjutkan pengajiannya dari 3 tahun menjadi 4 tahun.  Jawapannya senang iaitu kerana kerajaan ingin mengurangkan jumah graduan menganggur pada masa itu. Kemudian ekonomi Malaysia melonjak naik, maka kursus 4 tahun dikurangkan menjadi 3 tahun balik kerana 'alasan rekaan juga'

Sekarang sekali lagi Kementerian pendidikan 'bersilat lidah' dengan kursus perlu dilanjutkan 4 tahun kerana alasan;
1) Pelajar hanya tumpu kepada pelajaran tak sempat nak bersosial
2) Masa panjang untuk boleh digunakan untuk penyelidikan.

3 tahun menjadi 4 kemudian menjadi 3 kemudian sekarang menjadi 4, angka 3 dan 4 ini singnifikan dengan Jumlah penggangguran siswazah.

Bila ramai siswazah menganggur maka untuk meredamnya Kementerian akan menambahkan tempoh pengajian, kalau kekurangan siswazah kerajaan akan memendekkan tempoh pengajian.
Pelajar tak sempat nak bersosial? Bila masa pula kerajaan kita ambil berat pasal ini?

Beginilah kapitalis menyelesaikan masalah ekonominya, isu pendidikan boleh dilakukan dengan acuh tak acuh. Yang sepatutnya kementerian meletakkan satu standard sebenar Kualifikasi untuk menjadikan seorang itu engineer, Dr, akuantan, dengan module pengajaran yang tetap, jangan jadikan faktor ekonomi meleset sebagai alat untuk mengubah sistem pendidikan.

sekian wassalam

===============================================

Beberapa kursus akan guna semula formula empat tahun

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi akan menggunakan semula formula pengajian selama empat tahun bagi beberapa kursus yang ketika ini hanya perlu dihabiskan dalam masa tiga tahun.

Tempoh pengajian baru itu akan dilaksanakan mulai pengambilan Julai ini.

Menterinya, Datuk Shafie Mohd. Salleh berkata, ini kerana pengajian tiga tahun terlalu padat iaitu perlu menghabiskan 30 jam kredit untuk satu semester, menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa untuk beriadah, bermasyarakat dan membina sahsiah diri.

Menurutnya, satu kertas cadangan akan dikemukakan kepada Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) tidak lama lagi selepas melalui Mesyuarat Senat dan Naib Canselor.

``MPTN akan meneliti kursus yang difikirkan sesuai untuk kembali daripada tiga tahun ke empat tahun dengan jumlah kredit yang sama iaitu 120 jam kredit.

``Pelajar kursus teknologi makanan dan teknologi maklumat serta komunikasi pengambilan Julai ini dijangka menjadi perintis kepada tempoh pengajian tersebut,'' katanya pada Majlis Pelancaran Kursus Penjagaan Kesihatan, di sini hari ini.

Kursus penjagaan kesihatan anjuran Institut Teknologi Utama (ITU) Felda selama tiga minggu itu disasarkan kepada dua kumpulan iaitu golongan ibu dan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, dari ahli keluarga peneroka Felda.

Ini merupakan langkah awal ITU ke arah penubuhan Kolej Kejururawatan Felda yang bakal ditubuhkan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Menurut Shafie, setakat ini, kursus seperti teknologi makanan serta teknologi maklumat dan komunikasi dirasakan sesuai untuk dipanjangkan tempoh memandangkan mata pelajaran yang diambil memerlukan pengetahuan yang mendalam.

``Bahkan cadangan berkenaan juga diharap dapat menangani kemelut majikan yang memerlukan graduan mempunyai kemahiran komunikasi dan personaliti yang meyakinkan.

``Justeru itu, tempoh setahun yang dipanjangkan itu dapat dimanfaatkan untuk mengajar pelajar mengenai skil-skil berkomunikasi, sahsiah diri, penyampaian personaliti dan sikap kerja berkumpulan,'' katanya.

Tambah beliau, bagi mereka yang ingin menamatkan pengajian lebih awal iaitu tiga tahun atau tiga tahun setengah juga boleh berbuat demikian asalkan jam kredit mencukupi dan mampu meneruskan pengajian dalam tempoh yang terhad.

``Cadangan tersebut juga mendapat sokongan daripada para pensyarah kerana mereka juga mempunyai waktu terluang untuk melakukan penyelidikan,'' ujarnya.

Menurut Shafie, pelaksanaan tempoh pengajian itu hanya untuk IPTA dan bukannya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Ini adalah kerana pelajar IPTS dapat menghabiskan tempoh pengajian tiga tahun setengah kerana mempunyai dua setengah semester setahun manakala IPTA hanya dua semester setahun.




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke