Isu balak: Kerajaan negeri alu-alukan Umno buat laporan BPR
Monday, July 04 @ 17:25:30 MYT


TUMPAT, 4 Julai (Hrkh) – Kerajaan negeri mengalu-alukan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan kononnya ada syarikat berselindung di sebalik aktiviti perlombongan bagi melakukan pembalakan haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, kerajaan negeri yakin terhadap ketelusan yang diamalkan bagi pemberian lesen melombong dan pembalakan sebelum ini.

“Insya Allah bukti-bukti yang bakal diperolehi BPR dapat menggambarkan keadaan sebenar, di mana kerajaan negeri tetap telus dan bersih,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan Tabung Serambi Mekah dan Kebajikan Masyarakat di DUN Kelaboran di sini, hari ini.

Khamis lalu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan di pejabat BPR berhubung dakwaan terdapat syarikat berselindung di sebalik aktiviti perlombongan bagi melakukan pembalakan haram di negeri ini.

Menurut Dali Hussin aduan itu membabitkan 57 syarikat yang diberi lesen melombong sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan pada 1990.

Sebelum ini pada persidangan DUN lalu Adun Kok Lanas, Dato’ Annuar Musa mendakwa syarikat tertentu berselindung di sebalik aktiviti melombong melakukan pembalakan haram sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian hasil melebihi RM80 juta.

Ketika menggulung perbahasan isu tersebut Husam berkata, setiap lesen yang diluluskan terlebih dahulu perlu mendapat pengesahan daripada Jabatan Mineral dan Geosains.

“Sesuatu lesen yang diluluskan mesti mempunyai pandangan termasuk daripada Jabatan Mineral dan Geosains. Jabatan itu berada di bawah kerajaan Persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun Exco terbabit mencadangkan Pemuda Umno mencari isu sebenar untuk dikemukakan kepada BPR dan bukan berasas andaian politik semata-mata.

“Banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan dan bukannya isu yang berasaskan andaian kerana ia dibimbangi boleh menjejaskan masa pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat acap kali mengulangi pihaknya membuka ‘pintu’ 24 jam sehari bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat terhadap mana-mana dakwaan berlaku penyelewengan membabitkan kerajaan negeri.
- MJ


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke