Perbicaraan bekas tahanan ISA saman kerajaan RM30 juta esok![]()
Monday, July 04 @ 16:51:07 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Perbicaraan kes bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdul Malik Hussien yang menyaman kerajaan berhubung isu penderaan dalam tahanan akan bersambung esok.
Menurut Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Chang Lih Kang, perbicaraan kes saman RM30 juta Abdul Malik ke atas kerajaan itu akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kata Lih Kang, Abdul Malik menamakan kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Pegawai Cawangan Khas, Borhan Daud sebagai defendan.
Menurut Lih Kang, Abdul Malik ditahan di bawah ISA pada 25 September 1998 ketika menyertai demonstrasi aman membantah penahanan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Masjid Negara.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Abdul Malik mendakwa beliau telah didera mental dan fizikal ketika ditahan dan dalam siasatan.
Selain itu Abdul Malik juga mendakwa ketika sesi soal siasat, beliau diugut untuk dibius dengan virus HIV. - wn
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.