________________________________

From: Fasyan Rizal Mokhtar [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Thu 6/30/2005 8:12 AM
Subject: UNTUK SAUDARA/SAUDARI YANG LAPANG


Assalamualaikum wrt. wbr.
Saudara/Saudari yang lapang,
 
Atas pesanan dan permintaan bapa mertua saya yang sangat prihatin, saya 
sampaikan sebuah hadis yang dapat dijadikan peringatan dan pedoman untuk kita 
semua. Sila rujuk buku:  Nasihat Agama dan Wasiat Iman (AnNasoihu AdDinniyatu 
WalWasoya AlImanniyyatu) oleh Imam Habib Abdullah Hadad, Cetakan Keempat (Edisi 
Jawi) 1992 terbitan Pustaka Nasional Ptd. Ltd. Singapura. Bab: Penutup Bicara, 
Muka surat 541, Hadis Kelima.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daripada Ali bin Abi Talib Radhi Allahu Anhu berkata: 
 
Telah bersabda Rasulullah SAW, Ertinya: "Jika UmatKu melakukan 15 yang berikut 
ini, nescaya bala' bencana akan menimpa mereka."
 
Para Sahabat lalu bertanya: "Apa dia itu wahai Rasulullah?"
 
Jawab Baginda:"
 
1) Jika rampasan perang itu bertukar tangan.
2) Jika amanah itu dikira satu keuntungan.
3) Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa).
4) Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri.
5) Jika ramai orang menderhaka kepada ibu.
6) Jika orang terlampau patuh kepada teman.
7) Sedang ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan.
8) Jika orang suka bertengkar-tengkaran dalam masjid.
9) Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum.
10) Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
11) Apabila minuman keras tersebar luas.
12) Apabila ramai orang memakai kain sutera.
13) Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama dan diagungkan.
14) Apabila alat-alat muzik digunakan.
15) Apabila umat hari ini mengutuki umat sebelumnya.
 
Apabila hal-hal serupa ini telah berlaku, maka tunggulah ketika itu akan 
tibanya angin panas, atau bahaya-bahaya lain umpama gempa bumi dan menukaran 
corak dan rupa."
 
Diriwayatkan oleh AtTirmizi, seraya katanya: "Hadis ini adalah gharib, yang 
hanya diriwayatkan dari Saidina Ali bin Abi Talib semata.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saudara/Saudari yang lapang,
 
Sekian sahaja daripada saya dan bapa mertua saya. Jadikanlah ia satu peringatan 
yang berguna. Sekiranya berkelapangan bolehlah dikongsikan dengan 
saudara-saudara kita yang lain.
 
Terima kasih.
 
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke