http://alkhatab.tripod.com/
Qanun Jinayah Syar`iyah
Qanun Jinayah Syar`iyah
Bahagian 1
Bab 3
Perkara 117 : Sebab-sebab menggugurkan hukuman qisas.
1) Hukuman qisas boleh digugurkan daripada pembunuh dengan adanya salah satu daripada sebab-sebab berikut:
a) Kemaafan daripada semua ahli waris orang yang dibunuh.
[ Apabila semua ahli waris memaafkan, maka hukuman qisas gugur dengan sendiri. Si pembunuh tidak akan ditahan atau dipenjarakan, sebaliknya dia akan dibebaskan. Dalam istilah undang-undang sivil, ia dipanggil sebagai discharge and acquitted ie dilepaskan dan dibebaskan. Kalau kita sering pergi ke mahkamah, kita akan dengar satu lagi istilah yang digunakan iaitulah DNAA (discharge not amounting to acquitted), yang bermaksud dilepaskan tanpa dibebaskan. Kedua-dua istilah ini berbeza. Contoh yang kata dilepaskan tanpa dibebaskan ialah seperti dalam kes rogol umpamanya. Katalah si mangsa sebagai pembuat aduan tidak hadir ke mahkamah sewaktu perbicaraan, sedangkan key-witness dalam kes tersebut ialah diri mangsa itu sendiri. Jadi bila dia tidak hadir, maka mahkamah mempunyai
kuasa untuk melepaskan tertuduh tetapi tidak dibebaskan. Ini yang kata discharge not amounting to acquitted tu. Maknanya pendakwa masih boleh mendakwa si tertuduh. Tertuduh pula kalau dengar mahkamah kata discharge not amounting to acquitted, jangan pula pi lompat seronok sebab ada kemungkinan dia akan ditangkap semula.
Berbalik kepada kes di atas, dalam undang-undang Islam, once you dah bagi keampunan kepada orang yang membunuh ayah atau ibu kita, maka kita tak boleh tarik balik kemaafan itu. Maknanya kita dah beri pelepasan dan pembebasan mutlak kepada si tertuduh. ]
b) Kematian orang yang melakukan pembunuhan itu.
[ Dengan matinya si pembunuh juga akan sendirinya gugur hukuman qisas dari diri si pembunuh tersebut. Bila sebut kematian orang yang melakukan pembunuhan, teringat ana kat kes kepala gangster India yang dibunuh di M`sia baru-baru ini. Bila berlaku kejadian seperti ini, tertanya-tanya juga kita bagaimana gangster dari India ini boleh terlepas masuk ke negara lain?
Bila disiasat kembali, didapati si isteri kepada gangster tersebut telah memalsukan sijil kematian suaminya. Maknanya si suami telah mati di India tetapi boleh hidup bebas di negara lain dengan menggunakan nama lain. Macamana boleh berlaku benda macam ni tuan-tuan?
Dalam hal macam ni, kita kena cari siapa yang ada autoriti boleh declare kata seseorang itu telah meninggal dunia?
Jawapannya boleh kita cari di bilik
bedah mayat. Kita boleh tengok siapa yang tentukan jasad ini nama sekian-sekian, jasad itu nama sekian-sekian. Kalau kita amat-amati, selalunya yang berada kat bilik mayat untuk lakukan post-mortem, bukannya doktor, tetapi kebanyakan mereka hanyalah pembantu perubatan. Jarang sekali doktor buat post-mortem, kecualilah kalau ada kes-kes besar. Jadi doktor ni macam bos la tuan-tuan. Dia hanya suruh pembantu-pembantunya yang buat post-mortem. Tetapi bila jadi macam kes pemalsuan sijil kematian kepala gangster India tu, baru semua jadi kelam-kabut. Habih semua disiasat, dari doktor sampailah ke pembantu-pembantunya.
Dari kes gangster India tu juga, ana dapat satu lagi pengajaran. Iaitu, betullah kata-kata orang tua Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. Selicik-licik kepala gangster itu mengatur strategi untuk lepaskan diri, tapi masih ada orang lagi licik dari dia. Dunia ni kecik ja tuan-tuan. Dia ingat orang lain tak tau dia lari dari India. Akhirnya dia dikesan berada di M`sia, dan dia disembelih. ]
c) Telah wujud perdamaian dan penyelesaian di antara si pembunuh dengan ahli waris orang yang dibunuh.
[ Dalam kes hukuman hudud, kalau boleh, jalan penyelesaian hendaklah dibuat sebelum dilaporkan kepada kerajaan. Contohnya macam kes mencuri. Sekiranya kita dah laporkan kepada kerajaan, kita tak boleh tarik balik. Tetapi dalam kes hukuman qisas, ia boleh tarik balik pada bila-bila masa pun. Misalnya, si penjenayah tu hampir nak dipancung, tiba-tiba ahli waris mangsa kata, Kami maafkan dia!, maka si penjenayah itu akan dibebaskan. ]
2) Seseorang yang melakukan pembunuhan dan telah sabit kesalahannya mengikut peruntukkan yang disebutkan dalam perkara 113 (1) perenggan (a) dan (b) wajib dikenakan hukuman qisas, di mana hukuman itu tertakluk di bawah peruntukkan yang disebutkan dalam perkara 115 (1) perenggan (i) (ii) dan (iii).
3) Hukuman qisas adalah hukuman Allah yang didapati nas-nasnya di dalam al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah saw yang wajib dilaksanakan setelah didapati bukti-bukti untuk mensabitkan kesalahan membunuh itu.
[ Dalam perbahasan-perbahasan yang lalu, terbukti bahwa qisas adalah hukuman yang berasaskan kepada al-Quran dan sunnah Nabi saw. Begitu juga kalau tuan-tuan tengok dalam enakmen keluarga Islam P.Pinang, ianya juga menggunakan undang-undang yang berasaskan kepada hukum syarak. Kalau kita semak enakmen tersebut, kita akan jumpa satu kolum rujukan sebut, Mana-mana bahagian dalam enakmen ini yang tertinggal atau yang bercanggah dengan hukum syarak, maka hukum syarak hendaklah terpakai.
Maknanya kalau ada masalah tentang pernikahan, perceraian dan sebagainya, dan ditakdirkan enakmen itu bercanggah dengan hukum syarak, maka enakmen yang ada itu tertolak dan dipakai hukum syarak. Ini yang disebut dalam enakmen keluarga Islam di semua negeri dalam M`sia.
Tetapi kalau tuan-tuan tengok dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri, tuan-tuan akan dapati bahagian yang menyebut Mana-mana bahagian dalam enakmen ini yang tertinggal atau yang bercanggah dengan hukum syarak, maka hukum syarak hendaklah terpakai., telah ditiadakan. Tuan-tuan nak tau tak pasai apa dulu ada tapi sekarang dah takdak?
Kenapa dalam enakmen keluarga Islam negeri-negeri masih mengekalkan rujukan muktamadnya hukum syarak, sedangkan dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri tidak ada rujukan kepada hukum syarak?
Jawapannya very simple tuan-tuan, iaitu ada golongan tertentu hendak menguasai masjid-masjid di seluruh M`sia. Ini cerita sebenarnya. Kalau tuan-tuan tak percaya, tuan-tuan boleh pi sendiri kat pejabat agama, minta kat depa nak tengok
enakmen pentadbiran agama Islam, kemudian cari tengok ada tak rujukan muktamadnya hukum syarak?
Memang tak akan jumpa dah tuan-tuan. Sebab apa?
Sebab dalam masyarakat kita hari ini, banyak berlaku masalah perebutan jawatan dalam masjid; seperti jawatan pengerusi, ajk, imam dan sebagainya. Bila berlaku macam ni, akhirnya diberikan kuasa penentunya kepada majlis agama Islam, bukannya rujukan hukum syarak. Dengan cara ini, memudahkan pihak tertentu untuk mengambil tindakan kepada mana-mana masjid atau kepada mana-mana individu yang terlibat dalam perebutan jawatankuasa. Ini dia tuan-tuan yang kata umno tu. Jadi, siapa sebenar yang mempolitikkan institusi masjid?
Sehubungan dari ini, ada orang tanya kat ust Ahmad Jailani, Kenapa kita tidak bela masjid yang dirobohkan di T`ganu itu sebagaimana kita bela setinggan-setinggan? Kenapa dalam masalah setinggan, kita begitu berapi-api membela mereka sedangkan dalam masalah masjid, kita tidak mampu nak buat apa-apa?
Jawapannya ialah isu rumah setinggan dan isu masjid adalah dua isu yang berbeza. Dalam masalah setinggan, didapati banyak peruntukkan undang-undang yang membela setinggan, samada kita boleh guna undang-undang bertulis (the law itself) atau boleh guna equity (istihsan). Tetapi dalam masalah masjid, tidak ada undang-undang yang boleh melindungi masjid tersebut kerana undang-undang yang ada pada kita hari ini adalah undang-undang yang telah direka-cipta untuk menyebelahi golongan tertentu,
ini menyebabkan kita tak boleh buat apa-apa. Sekarang tahulah kita kenapa ada sorang exco T`ganu berani mencabar mana-mana pihak untuk menyatakan bahwa bangunan yang dirobohkan di Bujal itu sebagai masjid. Pasai apa dia berani mencabar tuan-tuan?
Kerana dia tahu bahwa undang-undang mengatakan bahwa untuk menyatakan itu masjid hanya majlis agama Islam sahaja yang berhak. Ini dia masalah kita tuan-tuan. Sedangkan kalau ikut hukum syarak, dia tak payah tunggu majlis agama Islam. Kalau penduduk kampung nak dirikan masjid atas alasan niat yang baik untuk beribadat, mereka boleh dirikan saja menurut hukum syarak. Tapi hari ini, kalau penduduk kampung nak didirikan masjid walaupun atas niat yang baik, mereka tetap kena tunggu kelulusan dari majlis agama Islam negeri dahulu. Nampak tak tuan-tuan?
Maka sebab itulah, hari ini, mereka (baca: umno) mempunyai kuasa untuk merobohkan mana-mana masjid yang depa tak bekenan. Ini dia dilemma kita tuan-tuan.
Justeru itu, kalau tuan-tuan belajar undang-undang, tuan-tuan akan dapati bahwa undang-undang yang ada sekarang ini banyak bergantung kepada legislature (penggubal undang-undang). Di peringkat negeri, mereka dipanggil ahli dewan undangan negeri. Manakala di peringkat parlimen, mereka dipanggil ahli parlimen. Maka oleh sebab itu, kalau ada orang masih mempersoalkan mengundi dalam pilihanraya itu tidak menentukan soal dosa dan pahala, maka sesungguhnya hujjah mereka itu adalah bathil. Sebab soal undi inilah yang akan menentukan siapa dia penggubal undang-undang.
Dalam masalah roboh masjid di mana pun, tak kiralah, kalau kerana maslahah umum nak buat jalan, yes fadhol silakan. Tapi persoalannya, kenapa kalau kita pergi kat area Bangi nu, kita boleh lihat jalan dibina bersimpang-siur nak elak dari rempuh kuil-kuil yang begitu banyak kat area tu?
Kenapa tak diroboh kuil-kuil tu semua?
Cuba tanya majlis perbandaran pasai apa depa tak pi roboh kuil-kuil tu?
Jawapan yang tuan-tuan akan dapat ialah depa akan bagitau itu isu sensitif. Kenapa berkaitan dengan agama-agama lain, ia jadi sensitif; sedangkan tentang agama kita sendiri tak jadi sensitif?
Inilah dia yang disebut dalam Quran banyak kali tu tuan-tuan berkenaan sifat orang yang beriman dan sifat orang munafik. Kita nak kenal orang yang beriman macamana?
Mereka ialah orang yang baik dan lembut
dengan orang mukmin, tapi keras dan tegas dengan orang kafir. Dan kalau tuan-tuan nak kenal orang munafik macamana, mereka lembut dan baik dengan orang kafir, kasar dan tegas dengan orang mukmin. Kalau tuan-tuan baca ayat macam ni kat puak umno, gerenti marah punya depa. Tapi inilah realitinya.
Okay kalau betul nak banteras bangunan-bangunan haram mengikut undang-undang yang difahami, kenapa tidak berani merobohkan semua rumah ibadat agama lain yang juga dibina atas nama haram dari segi undang-undang?
Kalau betul nak bertegas dalam hal ini, sehingga sanggup meruntuhkan masjid, kita juga nak minta kerajaan runtuhkan semua gereja dan semua tokong yang dibina secara haram. Ini baru fair and square. Tapi kalau hanya masjid yang dibina atas tanah haram sahaja yang berani diroboh, sedangkan rumah agama lain tak berani diroboh, maka ini menunjukkan ketidak-adilan yang ada dalam pemerintahan kerajaan negara kita hari ini. ]
4) Hukuman qisas ke atas pembunuh boleh digugurkan dengan kemaafan dari ahli waris orang yang dibunuh yang berakal lagi mumaiyiz, kerana kemaafan itu adalah semata-mata dengan budi bicara seseorang yang tidak dimiliki oleh kanak-kanak yang belum mumaiyiz dan oleh orang yang gila.
[ Yang kata kemaafan ni tuan-tuan, bukannya benda yang boleh buat main-main. Sebab tu kemaafan dari kanak-kanak mumaiyiz dan orang gila tak boleh kira. Yang pentingnya, ia memerlukan keikhlasan si pemberi maaf. Ini bukan benda mudah tuan-tuan especially dalam kes-kes berat. Nabi saw sendiri pun pernah kena seperti peristiwa fitnah ke atas Saidatina Aishah radiallahuanha. Dari peristiwa inilah puak syiah tolak kesemua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Aishah rha walaupun terbukti apa yang berlaku sebenarnya fitnah dari si bapa munafik, Abdullah bin Ubai bin Salul. Puncanya cerita dia macam ni. Dalam suatu riwayat sahih menyebut ketika karavan Nabi saw berehat seketika dalam perjalanan kembali ke Madinah dari medan Perang Bani Mustaliq, tiba-tiba Aishah yang turut dalam perang
tersebut sakit perut, sedangkan time tu rombongan Nabi dah nak bertolak. Jadi nak jadi cerita, Aishah benar-benar tertinggal. Lalu Aishah ingat pasti rombongan Nabi akan kembali mengambilnya apabila mereka sedar dia takdak. Tunggu punya tunggu, sampai Aishah terlena. Dia dijumpai oleh seorang peninjau bahagian belakang kepada rombongan perang Nabi saw. Dalam rombongan perang kan ada scout depan dan belakang untuk meninjau kemungkinan serangan pihak musuh. Jadi yang jumpa Aishah ialah scout peninjau bahagian belakang. Lalu nak dipendekkan cerita, Aishah pun ditumpangkan oleh peninjau tersebut sehingga kembali ke Madinah. Orang yang mula-mula sekali nampak Aishah naik sekali kenderaan bersama si peninjau itu ialah Abdullah bin Ubai. Apa lagi, inilah peluangnya nak tabur fitnah. Walaupun dah riuh satu Madinah cerita pasai Aishah, namun Aishah tak tau sebab sebaik kembalinya hari itu, terus Aishah jatuh sakit. Hampir sebulan lamanya. Cerita tentang Aishah membuatkan Nabi saw amat tidak
tenteram. Sehingga Aishah jadi hairan, kenapa Nabi saw jarang mendampinginya ketika sakit?
Walhal bukan perangai Nabi macam tu. Akhirnya bila Abi Bakrin ra datang menziarahi anaknya Aishah, ketika itulah baru Aishah tahu dirinya telah difitnah. Nabi saw sendiri amat terganggu dengan fitnah tersebut sehingga baginda menyerahkan kepada Allah untuk menyucikan Aishah. Sejurus selepas itu, maka turunlah ayat yang membersihkan Aishah dari fitnah tersebut dan turunnya ayat hukum qazaf kepada pembawa-pembawa fitnah.
Nampak tak tuan-tuan, Nabi sendiri berat nak maafkan Aishah dalam kes yang dipandangnya berat; so apatah lagi kita yang tak nabi ni. Maknanya kalau kita boleh beri kemaafan dalam kes berat, fuhhhhhh!
hebat, hanya Allah saja yang boleh membalas baiknya kita. ]
5) Dalam kes pembunuhan, apabila ahli waris orang yang dibunuh itu memaafkan ke atas si pembunuh, maka hakim tidak berhak untuk menghalang kemaafan dari ahli waris orang yang dibunuh tadi, dan hakim tidak berhak juga menolak dan membantah tuntutan ahli waris supaya si pembunuh diqisas.
[ Inilah dalil menunjukkan kepada kita bahwa Islam memberi keutamaan kepada ahli waris mangsa dalam soal tuntutan qisas ataupun pembebasan qisas. Kalau waris mangsa sepakat kata, Kami nak minta pembunuh ayah kami dibunuh balas!
Dalam soal ini, kerajaan tidak ada pilihan. Kerajaan tak boleh bagi sebarang alasan untuk menidakkan tuntutan tersebut. Lembaga pengampunan terpaksa tunduk dan akur kepada kehendak ahli waris mangsa yang terbabit. Begitulah juga sekiranya ahli waris kata, Kami bebaskan dia., maka lembaga pengampunan wajib akur walaupun mereka sangat benci kepada si penjenayah tersebut. ]
6) Apabila pembunuh yang telah dijatuhkan hukuman qisas itu mati, maka gugurlah hukuman qisas itu, kerana terhalang menyempurnakannya dengan sebab mati si pembunuh tadi. Maka dalam kes ini wajib bagi ahli waris si pembunuh membayar diyat dari harta peninggalan si pembunuh itu.
[ Sekiranya si pembunuh tu mati, maka diyat diambil dari harta si pembunuh. Bila sebut harta, teringat ana pada persoalan harta pusaka. Katalah ayah kita meninggal dunia. Maka harta yang ditinggalkan oleh ayah kita itu akan menjadi harta pusaka. Dan harta pusaka itu akan menjadi milik kita untuk difaraidkan apabila selesai melangsaikan hutang piutang si ayah. Yang menjadi masalahnya pada orang kita hari ini ialah mereka nampak harta pusaka ini sebagai durian runtuh. Jadi sebab itu, sebahagian dari orang kita, depa berebut harta pusaka sehingga terlupa kepada hutang si mati.
Dan satu lagi masalah tentang harta pusaka ialah jangan disembunyikan waris kepada si peninggal harta pusaka tersebut. Dah banyak kita baca ayat-ayat Quran dan hadith-hadith Nabi saw yang menyebut tentang neraka disediakan kepada orang-orang yang makan harta anak-anak yatim. Jadi, berhati-hatilah dengan amaran yang telah diberitahu oleh Allah menerusi rasulNya, Muhammad saw. Jangan rakus sangat terhadap harta yang ditinggalkan oleh si mati. Memang kita semua nakkan pada harta, tapi syaratnya hendaklah harta yang dihalalkan, bukannya harta yang diharamkan kepada kita. ]
Wassalam.
9 Julai 2005
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?>
---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
