Assalamualaikum wbt.
BAGAIMANA CEMERLANG DENGAN BERDOA
Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, "Berdoalah
kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu." Di samping berusaha umat
Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan.
Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat
Imam Tirmizi. Doa yang dipohon secara ikhlas akan memberi impak kepada
hidup kita. Berhubung dengan ini, Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Imam
al-Ghazali yang berkata, "Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat
diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata
tidak menembusi badan." Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda,
"Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan
(dari hambanya)."
Adab-Adab Berdoa
Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk.
Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan
dimakbulkan Allah. Antara adab-adab itu ialah:
1. Memilih waktu yang mulia. Antara waktu-waktu istimewa yang baik
untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis nabi, ialah di bulan Ramadan,
pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang
berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu,
antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud
dalam solat.
2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk. Dalam surah Al-A'raf
ayat 55 Allah berfirman, "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati
dan takut." Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,
nabi bersabda, "Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah
akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa
yang datang daripada hati yang lalai."
3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka
yang telah dizalimi. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang
menghalang penerimaan doa oleh Allah. Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar
oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8,
"Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat
nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya)."
4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima. Maksudnya, hendaklah
kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, "Berdoalah kepada Allah
dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima."
5. Tidak tergesa-gesa. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, nabi
bersabda, "Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak
bersikap tergesa-gesa dengan berkata, 'Aku telah pun berdoa tetapi
nampaknya tidak diperkenankan'." Mereka yang tergesa-gesa bersikap
seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka.
Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah kerana Allah saja yang
mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini
Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, "Tidak berdoa
seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah,
atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa
yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa
atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan."
6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah dan
berselawat ke atas nabi. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa
itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya
Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis nabi.
7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan
kesungguhan. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat
Abdullah ibn Masud yang berkata, "Sesungguhnya Rasulullah amat gemar
mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali."
Punca Doa Tertolak..........
Baca perinciannya di: http://formulacemerlang.com/modules/articles/
(Dari buku 'Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' oleh Dr. Danial bin Zainal
Abidin)
Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun,
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah i,
Pemudah Cara Pelbagai Korporat / Institusi
Mantan YDP JIM Negeri Pulau Pinang Selama 1 Dekad
This E-mail contains privileged and / or confidential information. If
you are not the intended recipient ( or responsible for delivery of the
message to such person) or if you have inadvertently received this e-mail, you
should destroy or delete this message and notify the sender by replying
the
E-mail accordingly. If you or your employer do not consent to using
Internet E-mail for messages of this kind, please advise immediately by
sending an E-mail to the sender of this message.
All opinions, conclusions and other information in this message do not
relate to the official business of HeiTech Padu Berhad ("HeiTech")
shall be
understood as neither given nor endorsed by HeiTech. Our company
accepts no
liability for the content of this E-mail, or of the consequences of
any
actions taken on the basis of the information provided, unless that
information is subsequently confirmed in writing. Caveat.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/