----- Original Message -----
From: Rozmal bin Malakan
Subject: Majalah Doraemon diHARAMkan oleh JAKIM <bA>

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=226

Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur
Islam Peraku 9 Buku/Majalah Sebagai Haram
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan
Penerbitan Berunsur Islam Kali Ke-69 telah diadakan
pada 27 hingga 29 Jun 2005 bertempat di Grand Seasons
Hotel, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh S.S.
Dato Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti
Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut menganggotai
Jawatankuasa ini ialah tiga orang ahli pakar akademik
yang dilantik khas daripada UKM dan UM, wakil daripada
Cawangan Khas E6 PDRM, Kementerian Keselamatan Dalam
Negeri (KKDN), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
(KHEDN), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam
Selangor, Penasihat Undang-undang JAKIM, Pengarah
Bahagian Penyelidikan serta Pengarah Bahagian
Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, JAKIM
selaku Setiausaha kepada Jawatankuasa.

Sebanyak 10 laporan penapisan dan kajian buku/majalah
dan 1 laporan kajian CD telah dibentang dan
dibahaskan. Hasilnya, sebanyak 9 buku/majalah telah
dipersetujui untuk diperaku haram dan sebuah buku
telah dipersetujui untuk ditahan kemasukannya ke
negara ini. Manakala perakuan ke atas CD ditangguhkan
untuk kajian lanjut. Antara buku-buku yang telah
diperaku haram ialah :

(i) TSUNAMI , Pembawa Mesej Dari Tuhan;

(ii) My Journey From The Christianity Of Ahlul Sunnah
Wal Jamaah To The Islam Of The Prophet;

(iii) Majalah Tora Aman Doraemon , Kisah Penciptaan
Dunia;

(iv) Ombak Hidup Mengalami Damai Di Mata Taufan; dan

(v) The Passion Of The Christ Kesengsaraan Al-Masihi.

Manakala buku yang dipersetujui untuk ditahan ialah :

(i) Fiqh Perempuan - Refleksi Kiai Atas Wacana Agama
dan Gender.

Buku-buku yang telah dipersetujui untuk diperaku
haram/tahan akan dikemukakan kepada Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk proses
pewartaan.


Layari  http://rozmal.blogspot.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke