|
----- Original Message -----
From: Rozmal bin Malakan
Selepas jarum dan kondom beri pula kupon untuk
langgani pelacur <bU>
langgani pelacur Cadangan memberikan jarum baru dan kondom percuma kepada pesakit AIDS atau pembawa virus HIV tidak ubah seperti cadangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad yang mencadangkan wanita agar menggunakan seluar dalam besi untuk mengelakkan kes jenayah rogol yang semakin menjadi-jadi. Apakah jarum suntikan baru itu terlalu mahal harganya dan kondom dimana Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar utama kondom sukar didapati dan harganya semakin naik dipasaran hinggakan perlu dibekalkan kepada pesakit AIDS dan pembawa HIV ini secara percuma ? Malah kondom begitu murah dan mudah didapati dipasaran dan tiada larangan penjualannya pada golongan remaja serta kanak-kanak dan lebih murah daripada membeli sekeping roti canai. Sudah ketandusankan ideakah Yayasan Aids Malaysia dan Agensi Dadah Kebangsaan sehingga untuk mengelakkan sesuatu penyakit itu berjangkit ialah dengan menggalakkan maksiat dan jenayah. Jika hari ini dicadangan supaya jarum suntikan baru dan kondom diberikan kepada pesakit AIDS dan pembawa virus HIV maka adalah tidak mustahil selepas ini ada pula cadangan diberikan kupon-kupon percuma untuk melanggani pelacur yang bertibaran di kotaraya untuk mengelakkan kes rogol dan jenayah seksual. Untuk mengelakkan lumba haram pula , kita berikan motosikal dan petrol percuma agar mereka boleh berlumba pada hari dan waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan pelumba-pelumba haram ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Carilah terlebih dahulu punca segala permasalahan jenayah dan gejala sosial di Malaysia ini. Langkah pengawalan adalah sudah dikira terlambat, langkah pencegahan perlu diutamakan. Rozmal bin Malakan Kg. Bongek, Rembau -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". ---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?> YAHOO! GROUPS LINKS
|
