Monday, July 11 @ 15:02:49 MYT
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, "kita bimbang kalau-kalau ianya satu 'projection' untuk menghalalkan sesuatu perkara."
Haron Din berkata demikian dalam wawancara khas dengan Harakahdaily pagi tadi.
Wawancara penuh akan disiarkan dalam Harakah cetak Jumaat ini.
Katanya, Majlis Syura yang bermesyuarat malam tadi (10 Julai) memandang berat jawapan Dr Mashitah ini kerana ia boleh menggalakkan pelacuran di negara ini.
Ini terbukti, selepas tiga hari kenyataan Dr Masitah itu disiarkan, akhbar yang sama, Harian Metro pada 22 Jun menyiarkan berita bertajuk "GRO DICEKUP JUAL TUBUH".
Antara kandungan laporan itu adalah kenyataan seorang GRO yang ditangkap berkata:
"Dia menghadapi kesempitan wang untuk menyara lima anak termasuk seorang daripadanya mengalami demam campak dan memerlukan wang segera untuk membeli ubat."
Kata Dr Haron Din, kebimbangan beliau itu datangnya dari keadaan soal jawab agama yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro itu di mana jawapan Dr Mashitah tidak menjurus kepada soalannya tetapi jawapan tambahan.
Menurutnya, jawapan yang diberikan Mashitah, menghalalkan pelacuran jika terpaksa, dalam ruangan Mimbar Metro yang disiarkan pada 19 Jun itu, tidak ada kaitan dengan soalan asalnya.
"Dalam soalannya, orang bernama Razin, Kuala Lumpur itu bertanya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini (pelacuran kerana desakan hidup) akan mendapat keberkatan Allah?
"Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa."
Tetapi, kata Dr Haron Din, Mashitah menjawab perkara yang dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa iaitu tidak berdosa.
Sehubungan itu, beliau bimbang kalau-kalau jawapannya itu untuk tujuan tertentu berikutan negara sekarang sedang membincangkan soal memberikan kondom dan jarum suntikan percuma untuk mengelak penyebaran HIV dan Aids.
Bagi Haron Din, bekas Profesor Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, dalam fekah, ada dua istilah 'terpaksa' yang digunakan iaitu 'ikrah' dan 'idztirar' yang kedua-duanya bermaksud terpaksa.
Kedua-duanya akan diberikan kelonggaran sementara iaitu rukhsah.
Dalam Al Quran pula, katanya, ada tiga tempat sahaja dibincangkan perkara ini, iaitu Aurah Al Bakarah 173, Al An Am (145) dan Al Nahli (135).
Ketiga-tiganya membincangkan soal terpaksa makan manakanan haram untuk hidup dan menuturkan perkataan kufur untuk selamatkan nyawa.
"Ketiga-tiganya tidak langsung membincangkan soal menghalalkan penzinaan (melacurkan diri)," kata beliau.
-ZS
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
