Pasti mampu melahirkan generasi cemerlang
Monday, July 11 @ 15:12:29 MYT


Oleh Sahar Abdul Majid
SANDAKAN, 11 Julai (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Ustaz Anuar Ali berkata kewujudan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dalam arena pendidikan negara hari ini mampu melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, walaupun Pasti berorientasikan pendidikan asas agama namun ilmu berkaitan kepentingan dunia turut diutamakan bagi mempersiapkan para pelajarnya dengan pelbagai asas bidang ilmu pengetahuan.

“Ini telah terbukti apabila ramai di kalangan lepasan pelajar Pasti yang kini menuntut di sekolah-sekolah kerajaan dan pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini,” jelas Anuar.

(Gambar menunjukkan seorang ibu muda berbangsa Cina mendaftarkan anaknya untuk menyertai sukaneka Pasti.)

Katanya, dengan menggabungkan dua asas pendidikan ini telah berjaya menarik golongan bukan Islam dari pelbagai kaum di negara ini khususnya di Sabah dengan menghantar anak-anak mereka ke Pasti bagi mendapat pendidikan awal.

Selain itu kata beliau, Pasti juga adalah benteng kepada generasi muda akan datang dari terjebak dengan pelbagai gejala tidak sihat yang melanda mayarakat hari ini.

Anuar dalam ucapannya berkata, suasana masyarakat yang dihidangkan dengan pelbagai program hiburan yang melalaikan seperti Malaysian Idol, Mentor, Akademi Fantasia dan penganjuran pelbagai konset terbuka menjadikan generasi muda hari ini mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang membimbangkan.

Menurutnya suasana seperti ini pastinya menyumbang kepada kegagalan generasi muda membina moral dan harga diri dalam usaha membina pelapis kepimpinan negara akan datang.

“Pasti adalah sebahagian daripada usaha murni Dewan Pemuda PAS untuk membentuk generasi muda dan rakyat yang cemerlang dan bersahsiah tinggi dalam usaha membentuk negara yang harmoni dan maju pada masa akan datang,” demikian kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Temasya Sukaneka ke-14, Zon Sandakan kelmarin di padang bandaran sempena sambutan Fastible Sandakan yang berlangsung selama sebulan.

Sambutan kali ini lebih meriah apabila orang ramai dari pelbagai latar belakang termasuk kaum Cina berpusu-pusu datang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut di samping menyertai beberapa acara terbuka yang melibatkan ibu bapa dan orang ramai seperti tarik tali, timbang takraw, menganyam ketupat, menganyam bunga dan lain-lain lagi.

Pada temasya sukaneka kali ini, sebanyak tujuh pasukan berentap bagi merebut kejuaraan acara-acara yang dipertandingkan antaranya lari berhalangan, berlari dalam guni, lari berkaki kuda, menyusun peta minda dan acara tarik tali.

Selain itu, acara melukis dan mewarna terbuka bagi sekolah tadika dan sekolah rendah kebangsaan seluruh Sandakan turut menjadi tumpuan orang ramai.

Apa yang membanggakan ialah penyertaan daripada beberapa buah sekolah Cina dalam pertandingan tersebut menggambarkan sokongan rakyat dari semua lapisan bangsa terhadap Pasti amat meyakinkan.

Pasti Saidina Umar yang menamakan pasukan mereka ‘Pasukan Optimis” sekali lagi merangkul juara keseluruhan sekaligus mebawa pulang piala pusingan dan hadiah iringan pada temasya sukaneka kali ini.

Majlis Temasya Sukaneka yang bermula jam 7.00 pagi itu berakhir pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin. - mks.


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke