Cerita perigi ni tak payahlah diperbesarkan. Sekarang zaman dah berubah. 
Perempuan pun banyak dah yang pandai-pandai belaka. Kalau nak tunggu lelaki 
masuk meminang tanpa ada apa-apa usaha dari pihak perempuan , payah lah sikit 
nampaknya.

Tak perlu ada rasa malu. Kalau nak tunggu orang meminang, maka orang perempuan 
yang gaji besar,kerja besar tu payahlah nak cari jodoh. Kesian dia orang....

Masa kecik-kecik bagi dia orang pelajaran sampai masuk universiti, lepas dah 
besar dan kerja pun besar, tinggalkan dia orang sorang-sorang mengharung hidup.
Ini tak patut ni...



>>> suria insani  09/07/2005 10:23:05 >>>
APA SALAHNYA....PERIGI MENCARI TIMBA?

Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, "Sudikan awak mengahwini 
saya..?" Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati anda, "Alangkah tak 
malunya wanita ini.."

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan 
Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti yang dilaporkan oleh 
akhbar-akhbar utama pada 1 Julai2003 . Beliau semasa menjawab soalan tambahan 
di Dewan Negara menyatakan bahawa kementeriannya akan mengadakan program 
'bertemu jodoh' sebagai salah satu langkah menangani masalah wanita yang 
berpendidikan tinggi yang lambat berkahwin.

Masalah wanita yang lambat berkahwin sebenarnya bukan masalah yang asing lagi 
di negara kita. Ia bukan sahaja berlegar di kalangan golongan yang 
berpendidikan tinggi sahaja malah boleh dikatakan semua lapisan golongan wanita 
terlibat dalam permasalahan ini. Akhirnya, timbullah gelaran-gelaran yang 
kurang enak didengar seperti 'andartu', 'andalusia' dan sebagainya. Sebenarnya, 
jika diamati antara sebab utama yang mendorong kepada berlakunya gejala wanita 
yang lambat berkahwin ialah tanggapan negatif masyarakat terhadap amalan 
'perigi mencari timba'.

Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila pihak wanita 
memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan mula memandang negatif 
dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang kurang baik. Malah seolah-olah sudah 
menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki yang berhak untuk merisik dan 
meminang. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Tidak keterlaluan 
jika dikatakan bahawa kerana anggapan seperti inilah maka ramai di kalangan 
wanita yang terpaksa hanya duduk di rumah menunggu pinangan daripada berusaha 
sedikit untuk mendapatkan jodoh. Asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa 
salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki.

Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak 
lelaki. Malah di dalam Al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang 
menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut di dalam 
surah Al-Qashash, ayat27 . Seorang ulama masakini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili semasa 
mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah 
Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan 
dengan mana-mana lelaki. Contohnya Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah 
untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu 
sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana 
Ummul Mukminin Khadijah juga meminang Rasulullah SAW.

Masyarakat Malaysia (sebenarnya masyarakat Melayu) seharusnya mengubah semula 
pemikiran seperti ini. Kita bimbang andainya wanita terus menerus dihantui 
sindrom 'malu' untuk memulakan langkah, maka akhirnya dia terpaksa menempuh 
satu corak hidup yang sama sekali tidak diingini. Akhirnya, dia terpaksa 
memilih samada untuk terus bergelar andartu ataupun menjawat status isteri muda.

Oleh kerana itu, pandangan serong masyarakat terhadap amalan 'perigi mencari 
timba' ini perlu dihapuskan. Berikutan tanggapan sebeginilah, banyak 'perigi' 
akhirnya tidak mempunyai 'timba'


I found this article. Personally I agreed to the suggestion. Perempuan meminang 
lelaki bukan tak pernah dibuat orang, Siti Khadijah telah mempeloporinya 
sewaktu ingin berkahwinkan Nabi Mohammad s.a.w.

Kita boleh memilih pasangan hidup kita. Jodoh, rezeki dan maut memang ditangan 
tuhan tapi jodoh dan rezeki adalah sesuatu yang kita boleh bargain bukan 
ditetapkan secara mutlak..ada specific term saya lupa*..qadar*.hanya maut 
sahaja telah ditentukan sejak azali. Kalau semua orang open minded I cant see 
why we cant practice this. After all women now days dah ramai yang punya karier 
yang mantap.

Adik beradik saya ramai lelaki, abang yang nombor 3 memang si perempuan yang 
datang meminang. Mak saya walau pun pendidikan tak tinggi but she is very open 
minded. Ingatkan mereka nak datang beraya maklom musim tu masih lagi musim 
raya..bila si parents cakap kedatangan nak meminang si*.baru mak saya 
terkejut..dahlah tak faham loghat bahasa..but alhamdulillah all went well. 
Dalam kes ni memang saya rasa kak lang saya tu kena meminang sebabnya my 
brother is a very quiet person, dia tak banyak cakap kalau nak harapkan dia 
buka mulut to my mom nak kahwin pun I don't think dia akan buat. 

Kemudian abang yang sulung pulak*a few makciks dah hint my mother. Mak saya 
kata biarlah dia cari sendiri esok2 jadi apa2 susah pulak kita berbesan 
bergaduh. So one day abang sulung beritahu mak sekarang ada 2 women after him. 
Sorang anak orang kaya ( ada title) mak kena fikir kalau kahwin dgn dia***he 
listed all the pro and cons..sorang lagi orang jauh, orang johor *again he 
listed all the pro and cons*so mak nak pilih yang mana? Kira those women memang 
dah curah hati *..hmm women sekarang berani gak*then adik lelaki pulak..same 
story ramai makcik dah ngendeng Cuma belum bawa tepak sirih aja..my mother 
beritahu aja..nak tak mak cik A tu kata berkenan dgn kau?

So ladies we do have a choice* make a better choice in your life. Ada panduan 
yang telah diberi untuk memilih pasangan. Insyallah tak timbul salah pilih 
kelak. Jangan jadi hamba cinta semata2 kena fikir panjang sebab ni soal dunia 
dan akhirat. You have to spend the rest of your life with him! So kena fikir 
panjang

Alhamdulillah saya telah membuat pilihan yang paling tepat dalam kehidupan ini 
dan semoga ia berkekalan till death do us part.


        
---------------------------------
Meet your soulmate!
 Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke