Saturday, July 16 @ 14:30:08 MYT
Oleh Mohd Sabri Said
SUNGAI PETANI, 16 Julai (Hrkh) - PAS Kawasan Sungai Petani kesal bantuan dapur dan makanan untuk mangsa tsunami masih tersimpan dalam stor di dewan orang ramai Kampung Permatang Merbau, Tikam Batu.
Setiausaha PAS Kawasan, Rosli Darus dalam kenyataannya pada Harakahdaily berkata, sangkaan PAS ternyata benar ada penyelewengan semasa pengagihan bantuan tsunami pada 26 Disember 2004 lalu.
Ini kerana, ramai lagi mangsa mengadu tidak memperolehi bantuan dapur terutamanya keluarga yang tidak terlibat dengan rumah sementara tsunami di Permatang Katong.
"PAS amat kesal terhadap peristiwa itu sedangkan mangsa mengharap bantuan ketika diarahkan pulang ke kediaman masing-masing, " jelasnya.
Perkara ini katanya, patut dipersalahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana tidak memantau masalah tersebut sehingga berlaku perkara yang memalukan.
Bukan itu sahaja katanya, pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Pejabat Daerah yang bertanggungjawab terhadap pengagihan sumbangan juga harus dipersalahkan kerana tidak mempunyai rekod yang sistematik.
"Sekarang ini sudah enam bulan kejadian tsunami berlaku sepatutnya masalah sumbangan sudah selesai bukannya di simpan dalam stor, " tegasnya.
Kemungkinan besar tambah Rosli, pihak tertentu mempunyai agenda tersendiri sehingga mendorong mereka menyembunyikan beratus-ratus dapur dan barangan makanan, " kata beliau.
PAS mendesak satu jawatankuasa siasatan dibuat untuk memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.
Sementara itu, wakil nelayan, Mohd Saad Said ketika ditanya terkejut dengan isu ini.
Katanya, pernah selepas beberapa hari menduduki semula kediamannya bantuan dapur sampai dengan lori di Kampung Masjid tetapi dikhaskan untuk ahli Umno sahaja.
"Macam ni tak kena. Mana ada peruntukan untuk ahli Umno sahaja kerana sumbangan orang ramai adalah untuk mangsa yang terlibat dengan tsunami. Kami juga hilang perkakas dapur, " jelasnya kesal. - mns
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
