PAPAN IKLAN DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN MENGHINA MUSLIM Saudara pengarang, setelah lama saya tidak melalui Lebuhraya Persekutuan Shah Alam ke Kuala Lumpur kerana kesesakannya berlaku hampir setiap hari, saya melaluinya juga pada 10 Julai 2005 yang lalu. Ketika melaluinya saya amat terkejut dengan papan iklan yang dipasang di beberapa buah jejambat yang menghubungkan kawasan Bandar di kiri dan kanannya.Papan iklan itu tertulis ayat `Bangsar Malam Bersosial, Malu, takut' dan di bawah setiap perkataan terlukis gambar anak panah yang menunjukkan arah laluan Di atas papan tanda itu terdapat iklan sebuah syarikat swasta dan di sebelahnya iklan MPPJ . Jika anda inginkan salah satu situasi sama ada terus sahaja ke bangsar jika anda dari Shah Alam/Klang atau patah balik jika anda berasa takut dan malu.Jika anda dari Kuala Lumpur dan Seremban tetapi melepasi Zon Bangsar, anak panah akan menunjukkan arah patah balik untuk yang ingin bersosial, atau terus sahaja menghala ke Shah Alam/Klang jika anda takut dan malu. Persoalannya, apakah tujuan iklan tersebut dibuat?.Adakah mereka mencabar sesetengah golongan supaya berani bersosial di Bangsar?,Adakah mereka mengingatkan sesetengah mereka supaya jangan malu dengan sesiapa atau takut dengan penguatkuasa?. Saya pasti selepas ini akan ada golongan yang mempertikaikan maksud dan tanggapan saya. Mereka akan berkata tiada salahnya bersosial di Bangsar atau tempat-tempat sepertinya. Apa yang penting kita tidak mengganggu orang lain atau melakukan jenayah.Mereka akan berkata yang tujuan mereka hanya berjumpa kawan.sambil bersembang hingga ke pagi. Sebenarnya kita lupa bahawa ada social yang lebih baik daripada itu dan ia telah diajar oleh Rasulullah dan saya percaya setiap orang bukan Islam juga boleh mengamalkan sebahagian ajaran tersebut. Contohnya apabila kita bekerja 8/9 jam sehari, kita telah bermuammalah dengan rakan sekerja sambil meningkatkan tahap ekonomi negara. Apabila pulang selepas asar, kita bersosial dengan jiran tetangga sambil bersukan atau mencantikkan halaman rumah. Waktu Maghrib kita berjemaah bersama jiran tetangga dan mendengar ceramah maghrib. Selepas solat Isyak kita bersosial bersama keluarga dan berbincang tentang aktiviti harian masing-masing atau menyelesaikan masalah keluarga. Ada yang lebih hebat daripada itu akan bangun malam bertahajjud (memohon) kepada Tuhan. Cuba kita buka minda kita, siapakah antara dua golongan ini yang lebih tersusun cara hidupnya dan mantap jiwanya. Sama ada golongan yang bersosial di Bangsar setiap hari hingga ke pagi atau bersosial mengikut ajaran Islam dan adat orang Timur.Saya yakin di Barat dan Eropah juga sudah mula mengenepikan cara hidup sebelum ini.Tidak hairanlah banyak restoran atau kelab ditutup awal. Mungkin satu hari mereka akan tutup terus kelab malam dan disko.
P/S;Rujuk tulisan saya dalam forum utusan malaysia 19/7/05 Abdul Halim Sg Besar Selangor -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
