Dari laman http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=131

 

31.Bagaimanapun setelah kejatuhan kerajaan Bani Uthmaniyah, penjajahan telah membelenggu umat selama beratus-ratus tahun dan menenggelamkan kegemilangan pengurusan itu. Umat Islam mula melihat Islam hanya dalam aspek-aspek ajaran peribadatan ritual semata-mata, manakala soal pengurusan umat dan negara dikuasai sepenuhnya oleh penjajah. Pendidikan dan ekonomi yang menjadi teras tamadun umat diatur dan dicatur oleh penjajah. Sejak itulah zaman kejatuhan umat Islam bermula dan umat Islam tidak digeruni dan dikagumi lagi.

 

Komen : Khilafah Othmaniyyah runtuh pada tanggal 3hb Mac 1924 setelah majlis nasionalis Turki pimpinan Kamal Attartuk mengalahkan dewan Khilafah Othmaniyyah. Dari tarikh tersebut, sudah 81 tahun umat hidup tanpa Khilafah, bukan ratusan tahun seperti yang didakwa Hishamuddin Tun Hussein. Perhatikan kenyataan beliau "diatur dan dicatur oleh penjajah" sebenarnya terjawab pada perkara seterusnya.

 

34.Kita mungkin tidak mengenali siapakah mujaddid yang dijanjikan untuk abad ini. Namun, dengan ilmu pengetahuan yang ada, tidak ada salahnya untuk kita sendiri memikirkan kaedah terbaik bagi mengeluarkan ummah dan agama dari kehinaan yang dilemparkan ini. Sesuai dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W.:

 

“Kamu lebih mengetahui bagaimana kamu menguruskan urusan dunia kamu”.  – Riwayat Bukhari

 

Komen : Hadis tersebut benar dari perkataan Nabi SAW, cumanya Hishamuddin tersalah letak dalam memahami applikasinya. Sebenarnya Hishamuddin termasuk dari kalangan mereka yang gagal membezakan antara "Hadharah" dan "Madaniyyah". Dia borong habis semua maksud hadis. Sebab tu dia sarankan kita focus pada perubahan kepada alternative Islam i.e. Islam Hadhari.

 

35.Islam Hadhari menjadi pendekatan kita bagi memperbaharui urusan agama dan urusan ummah agar satu tamadun baru umat Islam dapat dibina. Islam Hadhari penting untuk mengangkat semula imej dan kedudukan umat Islam. Islam Hadhari mengajak umat Islam melihat kepada inti pati dan kehendak sebenar ajaran Islam berbanding penekanan yang berlebih-lebihan terhadap ritual, bentuk dan luaran ummah.

 

Komen : Kehendak sebenar Islam adalah perlaksanaan syariat Allah secara kaffah tanpa ada campurtangan akal manusia dalam menggubal syariat Allah mahupun campurtangan kepentingan semasa (seperti tuntutan masyarakat majmuk, kompromi, toleransi kaum dan seumpamanya). Islam hadhari tidak lain hanyalah diversion (pengalihan) focus umat dari mengamalkan/melaksanakan Islam secara kaffah kepada paradigma baru Islam kompromi/toleransi agar kelihatan Islam itu mirip kepada ideologi barat sehingga barat bersetuju dengannya lalu menerimanya sebagai deen manusia.

 

36.Islam Hadhari bukan satu agama baru. Ulama’ kontemporari, Sheikh Ramadhan al-Bouti pernah menyebut bahawa, “pembaharuan urusan agama bukanlah pembaharuan agama”. Islam Hadhari tidak mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariat dalam ajaran Islam sebaliknya tetap menekankan agar Islam dihayati secara syumul dan diterjemahkan secara realistik dan progresif ke dalam urusan kehidupan.

 

Komen : Benar, Islam Hadhari bukan agama baru kerana Islam yang asal dikekalkan dalam bentuk tetap dengan tidak dilaksana sepenuhnya. Islam ditinggalkan sebagai agama spiritual. Sedangkan Islam Hadhari ditunggang sebagai alat pemuas barat dan para pencinta duniawi (kapitalis). Kita tidak hairan sekiranya barat menerima Islam Hadhari dan mengiktirafnya sebagai pendekatan terbaik umat manusia terutama muslim kerana inti pati, fungsi dan hala tujunya selari dengan millah kuffar ! Sesuai dengan mafhum mukhallafah (maksud sebalik) ayat berikut :

 

[2.120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti millah mereka (yang telah terpesong itu)

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke