Assalamualaikum,

Received from other group. Bacalah. Semoga memberi pengajaran...
___________________________________________________________
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberitazkirah seperti
berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.



Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat
menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena
sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis."


Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan
oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika
seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika,
disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan
berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan
langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama  hidup dengan awak, apa yang saya
dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala
amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2
perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang
disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum
nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan
harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang
tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,
umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat
baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering
menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di
kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali
selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu
mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya
beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah
SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur
dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang
boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita
mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke