Saya pun tak pernah tengok mawi ni tah cama mana ghopenya...( baru belajar word ni) ...kenapa begitu ramai yang memperkatakan tentang beliau dewasa ni. who is he?
berpegang balik pada ajaran islam, jenis lagu bagaimana yang dibenarkan dalam islam, alat music apa yang dibenarkan. dulu ada fatwa di keluarkan AF itu satu corak hiburan yang diharamkan....tapi sayang masih ramai lagi yang menghalalkannya....agaknya macam kes rokok juga walaupun dah dikeluarkan fatwa rokok tu haram, lagi ramai yang menghisapnya walau pun almost every year tax rokok tu naik..tepuk dada tanyalah iman.
Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru?
Oleh MELINTANG SESAYAP
MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-anak
kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas
mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.
Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi
tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi.
Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan
motosikal. Tiada jalan-jalan malam.
Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang
telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang
melewatkan perjalanan jauh.
Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun
disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan
ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta
melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.
Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.
Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert
Akademi Fantasia.
Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua
bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula
bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.
Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah
berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung
kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah
berkelam-kabut ke kedai berdekatan.
Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi.
Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin
kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua
mengenali.
Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda.
Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.
Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri
tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?)
sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.
Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya
mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di
bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.
Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana
yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah
membawa rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang
ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang
didambakan sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.
Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah
mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu
tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang
lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.
Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup
rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah
pengubah segalanya.
Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada
sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan
pujian dan kekaguman yang menggunung.
Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa
seolah-olah seperti hadis pula.
Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang
yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.
Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan.
Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama
bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak
dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang
muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.
Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan'
daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya
yang tersendiri.
Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang.
Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap!
Ada mesej dakwah!
Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.
Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak
muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini
yang kita hendak. Contohilah dia."
Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.
Berdakwah dari dalam...
Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan
bergantang-gantang.
Akan tetapi...
Sedih betapa tipisnya iman kita.
Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua
Pandangan Pertama (1)
Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara
petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan
(merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).
Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib
dan adabnya.
Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara
petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak
menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..."
(lagu penyanyi lama)
Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita
yang berdiri di sisinya.
Pandangan Kedua (2)
Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak
Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"
Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari
rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".
Pandangan Ketiga (3)
Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."
Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2.
Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar
Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena
memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau
nak komen Mawi mesti pakai tudung..."
Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton
menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.
Main-main dengan hukum Allah.
Pandangan Keempat (4)
Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi
habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri
dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.