Pengakuan bekas pengikut ajaran Ayah Pin

Saya sebagai seorang bekas pelajar ajaran Ayah Pin merasa terpanggil untuk
memperjelaskan tentang ajarannya yang telah memesongkan saya selama tiga
tahun sebelum ini. Saya telah memasuki ajaran Ayah Pin melalui kawan karib
saya iaitu anak lelakinya yang glamour dengan panggilan Lepat yang satu
masa dulu pernah menjadi tajuk berita apabila anaknya dibawa lari ke
England oleh bekas isterinya. Saya adalah seorang yang selama ini jauh
daripada Allah, oleh itu saya ingin mendekatiNya setelah banyak berdosa.
Inilah yang membuatkan saya boleh memasuki ajaran Ayah Pin yang saya fikir
dapat menenangkan jiwa kosong saya.

Tetapi lama kelamaan, saya menjadi keliru kerana sepanjang berada dalam
pengajian Ayah Pin, dia menyeru para pengikutnya agar tidak menunaikan
sembahyang kerana menurutnya bagaimana kita mahu sembahyang sedangkan kita
belum lagi mengenal Allah. Tambahan pula, dalam majlis-majlis pengajiannya,
percampuran di antara lelaki dan perempuan berleluasa dan saya pernah
terserempak Ayah Pin melakukan zina dengan isteri Rosly Abdul Samad (orang
paling rapat dengannya) dan saya terus melaporkan perkara terkutuk itu
kepada Rosly.

Malangnya Rosly dengan selambanya menjawab bahawa dia meredakan
persetubuhan haram Ayah Pin dengan isterinya kerana dia cuma mengharapkan
syafaat dari Ayah Pin. Saya amat keliru dengan kata-kata Rosly itu yang
merupakan bekas pemain drum kumpulan muzik Def Geb C. Saya semakin keliru
apabila Rosly memberitahu saya bahawa Ayah Pin adalah Imam Mahdi. Saya
berfikir seorang diri bagaimana Ayah Pin boleh menjadi Imam Mahdi sedangkan
dia bergelumang dengan perzinaan dan sering mabuk arak.

Satu peristiwa lagi yang telah menyedarkan saya hingga membuatkan saya
meninggalkan ajaran karut Ayah Pin ketika saya mendapati Ayah Pin membina
kekayaan peribadi melalui kutipan duit daripada kami semua pengikut
ajarannya. Ayah Pin mengatakan bahawa beliau perlukan wang yang banyak
untuk meneruskan perintah kerajaan langit untuk "menyedarkan semua insan"
khususnya di Malaysia dan amnya di dunia. Ayah Pin juga selalu menanamkan
dalam minda kami bahawa dia akan menjadi perdana menteri tidak lama lagi
dengan bantuan kerajaan langit. Saya menyeru kepada Rosly dan rakan-rakan
saya yang lain agar segera kembali ke pangkal jalan dan bertaubat sebelum
Allah mengenakan azab ke atas mereka semua yang memesongkan ajaran Islam
yang sebenar.






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke