Assalamua'alaikum,
Sebagai pengetahuan tuan/puan untuk kita amal dan sampaikan... Insya Allah.
Solah merupakan satu ibadat yang paling penting. Pada hari akhirat, solah akan disoal selepas iman. Nabi SAW bersabda, "Solah adalah perbezaan antara Islam dan Kufur". Allah SWT telah berfirman, "Sesiapa yang memusuhi wali-wali Ku, maka akan Ku isytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun yang dapat menghampiri Ku, kecuali dengan apa-apa yang telah Ku fardukan kepadanya. Dengan perantaraan amalan sunat, seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiri Ku sehingga Aku menjadikannya kekasih Ku. Kemudian Aku akan menjadi telinganya yang mana dia mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang mana dia melihat dengan matanya itu. Aku akan menjadi tangannya yang mana dia memegang dengan tangannya itu. Aku akan menjadi kakinya yang mana dia berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu daripada Ku, pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripada Ku terhadap sesuatu, pasti Aku akan melindunginya. (Jam'ul-Fawaid)
Keterangan
Maksud menjadi mata, telinga.... ialah penlihatan, pendengaran dan penggerakkannya akan mengikut kesukaan Allah SWT. dan tiada sesuatu yang akan berlaku bertentangan dengan keredaan Allah SWT. Bertuah lah mereka yang taufik daripada Allah SWT untuk memperbanyakkan amalan sunat setelah menunaikan amalan fardu dan kemudian mendapat kelebihan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW membaca 6 Juz Al-Quran dalam 4 rakaat solah.
Hazrat 'Auf r.a. berkata, "Pada satu hari, saya telah bersama Nabi SAW dalam satu perjalanan. Baginda SAW telah bersugi dan mengambil wudu' lalu berniat untuk bersolah. Saya pun bersolah bersama Baginda SAW. Dalam rakaat pertama, Baginda SAW telah membaca surah Al Baqarah dan apabila tiba pada ayat rahmat, Baginda SAW berdoa memohon rahmat untuk beberapa lama. Kemudian apabila tiba pada ayat azab, Baginda SAW berdoa meminta perlindungan untuk beberapa lama. Setelah menamatkan surah itu, Baginda SAW rukuk. Baginda SAW rukuk terlalu lama iaitu sekira-kira masa yang diambil untuk menghabiskan surah Al Baqarah selama itu juga baginda sujud. Dalam rakaat kedua, Baginda SAW telah membaca surah Ali Imran dan demikianlah dalam setiap satu rakaat, satu surah telah dibaca. Dalam 4 rakaat, Baginda SAW telah membaca 6 1/4 daripada Al Quran. Keadaan ini akan dapat dilakukan apabila didapati ketenangan dan kesejukkan mata dalam bersolah. Seperti sabda Nabi SAW, "Kesejukkan mataku ialah dalam
solah".
Solah beberapa orang sahabat Nabi SAW
Mujahid rah. meriwayatkan keadaan Hazrat Abu Bakar r.a. dan Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.a. bahawa apabila mereka berdiri bersolah, mereka berdiri seolah-olah sebatang kayu yang terpacak, iaitu tiada sebarang pergerakkan langsung. Para ulama' menulis bahawa Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.a. belajar bersolah daripada Hazrat Abu Bakar r.a. sementara Hazrat Abu Bakar r.a. belajar daripada Rasulullah SAW sendiri. Seseorang telah berkata, "Apabila Hazrat 'Abdullah bin Zubair r.a. bersujud, sujud beliau terlalu lama dan beliau tidak bergerak-gerak sehingga burung-burung datang hinggap di belakang beliau. Kadang-kadang beliau rukuk begitu lama. Adakalanya seluruh malam hingga ke subuh beliau habiskan hanya untuk rukuk. Ktika berlaku serangan terhadap beliau, satu peluru telah terkena didnding masjid. Secebis serpihan daripada dinding masjid itu telah melayang lalu terkena pada bahagian antara halkum dan janggut beliau. Solah beliau tidak terjejas sedikit pun akibat serpihan tersebut
malah beliau tidak pun memendekkan masa untuk rukuk dan sujud.
Pada suatu hari, semasa Hazrat 'Abdullah bin Zubair bersolah, anaknya yang bernama Hashim sedang tidur berhampiran dengan beliau, seekor ular telah jatuh daripada bumbung lalu membelit anaknya. Anaknya menjerit dan seluruh keluarganya datang berkejaran lalu membunuh ular tersebut. Sementara itu, Hazrat 'Abdullah masih terus bersolah denga tenang. Setelah selesai bersolah, beliau bertanya, "Kedengaran bunyi bising, apakah yang telah berlaku?" Isterinya menjawab, "Semoga Allah merahmati mu, nyawa anak hampir melayang tetapi engkau tidak sedar pun." Beliau berkata, "Nahas engkau, sekiranya dalam solah, seseorang itu memberi tumpuan kepada sesuatu yang lain, bukanlah solah namanya." (Muntakhab Kanz)
Hazrat 'Umar r.a. telah ditikan dengan pisau bercabang dua yang menyebabkanya meninggal dunia. Sungguh pun darah sentiasa mengalir dan beliau kerap kali tidak sedarkan diri pada saat-saat akhir hayat beliau, namun dalam keadaan yang sedemikian apabila diperingatkan tentang solah, beliau terus mengerjakan solah dan berkata, "Tiada bahagian dalam Islam bagi seseorang yang meninggalkan solah".
Hazrat 'Uthman r.a. akan berjaga sepanjang malam dan mengkhatamkan seluruh Al Quran dalam satu rakaat solah.
Wassalamua'laikum wbt.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
