KUANTAN: "Kami tidak menyangka jubin yang sudah hampir empat tahun lalu
dipijak ini ada tulisan ayat suci al-Quran," kata Abdul Razak Ahmad, 36,
seorang pemilik rumah di perumahan Pandan, di sini, semalam.

Beliau terkejut selepas dimaklumkan oleh penyewa rumahnya yang lantai jubin
tempat letak kereta di hadapan rumahnya itu mempunyai tulisan ayat suci
al-Quran dan kalimah Allah. Menurutnya, kejadian itu hanya diketahui
penyewa rumah berkenaan, Mohd Afndi Arifin, 36, apabila anak lelakinya
melihat jubin di halaman rumah berkenaan

"Anak saya terus ke halaman rumah dan melihat lantai jubin berkenaan
selepas saja tersiarnya berita mengenai penemuan jubin ayat suci al-Quran
yang dipasang pada lantai perhentian teksi di Johor Bahru, baru-baru ini,"
kata Mohd Afndi ketika ditemui, semalam. "Saya kerugian RM1,600 selepas
jubin ini terpaksa dipecahkan untuk ditukar ganti.

"Kalau saya tahu ia tertulis ayat suci sumpah saya tidak mahu membelinya
tapi apa hendak dikata. Sekarang saya terpaksa menanggung kerugian ini,"
kata Abdul Razak ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) Pahang yang
dimaklumkan mengenai penemuan itu terus mengambil beberapa keping jubin
berkenaan untuk tujuan kajian. Tinjauan Metro mendapati secara kasar
tulisan kalimah itu boleh dilihat pada jubin yang dipasang sejak empat
tahun lalu.

Pengarahnya, Raha Mohd Hafdzi, berkata pihaknya membawa balik beberapa
keping jubin terbabit bagi meneliti secara terperinci tulisan yang tercatat
pada jubin berkenaan. "Secara kasar kita pasti dapat lihat tulisan kalimah
Allah dan Bismillah pada jubin ini namun kajian secara teliti harus
dilakukan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Selepas kajian dilakukan, kita akan merujukkannya ke ibu pejabat untuk
tindakan selanjutnya. "Kalau benar ia mencatatkan kalimah Allah dan
Bismillah, ia sudah tentu menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya ketika
ditemui.

Selain itu pihaknya berkunjung ke syarikat penjual jubin di Jalan
Kuantan-Gambang, dekat sini bagi menyeiasat mengenai penjualan jubin
berkenaan. Bagaimanpun pihak syarikat berkenaan mendakwa jubin itu
diperolehi daripada pembekal lain di negara ini.






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke