Anda musykil, Dr Mashitah jawab
>
> Jangan mudah hukum orang
>
> BOLEHKAH Datuk jelaskan semula jawapan mengenai
> persoalan mencari rezeki dengan melacur kerana
> jawapan itu sungguh mengelirukan, malah menimbulkan
> banyak perdebatan dan bercanggah dengan apa
> dipelajari selama ini.
>
> Semoga jawapan Datuk dapat menghuraikan kekeliruan
> ini.
>
> KHUZAIMI, Shah Alam
> JAWAPAN
>
> Terima kasih kerana saudara bertanya untuk
> mendapatkan penjelasan sebenar daripada terus
> mendebatkan perkara yang sepatutnya tidak
> mengelirukan, tetapi diputarbelitkan kenyataan
> sehingga menjadi keliru bagi orang lain.
>
> Sebelum saya huraikan jawapan saya, elok diteliti
> kembali soalan daripada saudara yang menamakan
> dirinya Razin ketika bertanya dalam ruangan ini.
>
> Razin tidak bertanya mengenai masalah dirinya,
> tetapi mengenai hukum kisah wanita ibu tunggal yang
> dia sering baca (mungkin dalam akhbar atau majalah).
>
> Bila kita menghukum bagi pihak orang lain yang kita
> tidak jelas kenapa wanita itu bertindak sedemikian,
> saya mengambil pendekatan dalam memberi jawapan
> supaya Razin tidak mudah menghukum orang lain tanpa
> menyelidik sebab-musabab mengapa wanita itu
> bertindak begitu.
>
> Misalnya, jika orang berkata apa hukumnya seorang
> itu dilihat tidak bersolat? Jawapan yang mudah ialah
> hukumnya berdosa, tetapi jawapan untuk mengelak kita
> mudah menghukum orang akan berbunyi soal dulu kenapa
> dia tidak solat, mungkin dia uzur atau sudah solat
> jamak kerana dalam musafir.
>
> Oleh itu, dalam menjawab soalan Razin, saya
> terlebih dulu memberi kaedah hukum di mana saya
> menjawab "hukum dalam Islam berbeza mengikut keadaan
> seseorang."
>
> Saya mahu Razin sebelum dia sewenangnya menghukum
> orang lain dengan sekadar bacaannya, dia perlu
> mengkaji keadaan sebenar. Sekadar bacaan saja, tidak
> adil dia menghukum orang lain.
>
> Menurut soalan Razin "wanita itu terpaksa menjual
> diri untuk membesarkan anak, punca pendapatan ini
> secara terang adalah haram" lalu Razin mula
> mempersoalkan adakah kehidupan dan pendidikan akan
> berkat, apa hukum anak menggunakan wang ibunya, dan
> hukum wang itu digunakan bagi membayar zakat fitrah.
>
> Saya memberi jawapan dengan merujuk pada istilah
> yang Razin guna, iaitu terpaksa. Mengikut istilah
> dipakai di sini (iaitu terpaksa) membayangkan wanita
> itu terdesak melakukan perbuatan terlarang dan bukan
> dengan kehendak hatinya.
>
> Saya ingin Razin faham sudah tentu ada sebab,
> mungkin dia dipaksa ibu ayam atau sebab lain. Jangan
> mudah menghukum orang.
>
> Soal jawab di sini berkisar mengenai wanita yang
> terlanjur melakukan dosa melacur, dia melakukannya
> pula dalam keadaan terpaksa, sebab itu saya minta
> Razin tidak mudah menjatuhkan hukuman pada orang
> yang terlanjur, sebaliknya membuka ruang dan memberi
> peluang kepada orang itu kembali ke pangkal jalan
> dan bertaubat.
>
> Atas pandangan ini, saya memberi jawapan "dalam
> keadaan biasa; kita mudah menjawab tetapi jika dia
> terdesak dan darurat ketika itu, dia dimaafkan."
> Maaf ertinya bagi yang sudah bersalah melakukannya
> dalam keadaan terdesak, ruang ampun dan maaf masih
> ada dalam agama.
>
> Malangnya, kenyataan ini diputarbelitkan dengan
> ayat "melacur itu harus atau halal jika terdesak."
> Ini terang-terang satu fitnah. Jika persoalannya
> bagi orang yang belum berzina kemudian minta izin
> berzina, seperti berbunyi apa hukum seorang yang
> terdesak dalam kehidupan, darurat, bolehkah dia
> berzina atau melacur mencari rezeki?
>
> Sudah tentu jawapannya tidak boleh, ia haram. Lebih
> baik dia pergi minta sedekah daripada berzina,
> negara kita pula ada Jabatan Kebajikan Masyarakat
> dan agensi lain yang membantu.
>
> Namun persoalan di sini ialah orang yang terlanjur,
> buat pula dalam keadaan terdesak, apa hukumnya? Saya
> harap masyarakat membuka harapan kepada mereka
> daripada menghukum.
>
> Oleh itu, dalam jawapan saya mempersoalkan
> tanggungjawab masyarakat, usah hanya hukum orang,
> tetapi kita juga sepatutnya bertanggungjawab
> membantu.
>
> Saya tidak pernah menjawab berzina dalam keadaan
> darurat itu harus. Zina adalah haram. Saya katakan,
> bagi yang terlanjur itu ada kemaafan. Antara
> perkataan maaf, halal dan harus mempunyai perbezaan
> sangat besar dalam hukum.
>
> Saya juga tidak menghukum wanita itu dalam darurat
> jika sampai taraf dia boleh membayar zakat sebab itu
> ayat terakhir berbunyi "Orang terdesak dan darurat
> tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan
> dia tergolong layak terima fitrah, jika sampai ada
> lebihan bererti dia sudah tidak darurat."
>
> Ayat ini jelas menunjukkan saya menafikan keadaan
> wanita itu tergolong darurat, saya ingin buka minda
> wanita itu berfikir bahawa dia bukan terdesak lagi.
>
> Sungguh pelik bila ada yang melatah sampai panjang
> lebar bercerita mengenai hukum darurat, sedangkan
> jelas saya katakan dia sudah tidak darurat.
>
> Apa perlu pula Majlis Fatwa keluarkan fatwa kerana
> hukum melacur sudah jelas haram, hukum berbuat
> sesuatu dalam keadaan terpaksa, tertidur, terlupa
> pun jelas. Ruangan ini pun bukan ruangan fatwa,
> tetapi ruangan soal jawab memberi pandangan.
>
> Saya yakin jika dibaca dengan tenang dari awal
> soalan dan jawapan, kita faham pendekatan saya ialah
> mengelakkan masyarakat mudah menghukum orang dari
> jauh dan luar saja. Mereka yang tidak mahu faham
> akan sengaja memutarbelitkan ayat saya.

Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.