Melayu perlu kembali kepada Islam jika mahu kejayaan
Thursday, July 28 @ 16:49:29 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Bagi menjamin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya, pemimpin Umno serta bangsa Melayu perlu mengembalikan penghayatan terhadap syariat Islam serta mengekalkan jati diri.

Senator Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Hang Tuah ada berpesan `Tak akan Melayu hilang di dunia', memang Melayu itu tidak akan hilang di dunia sekiranya mereka kuat berpegang dengan ajaran Islam.

Beliau berharap, kerajaan perlu berusaha menggarapkan bangsa Melayu supaya dapat menghayati Islam bagi mengembalikan zaman kegemilangan Melayu suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, kegagalan DEB antaranya berpunca daripada budaya bangsa Melayu yang suka `bertongkat' seperti sentiasa mengharapkan subsidi daripada kerajaan.

Beliau berkata, bangsa Melayu tidak ada insiatif untuk mencari dana sendiri tidak seperti kaum Cina yang sentiasa berusaha menambahkan sumber bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Tambah beliau, bangsa Melayu juga sering bangga dengan slogan `biar papa asal bergaya' kadang-kadang mereka tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh tetapi sudah mempunyai rumah besar serta kereta mewah.

Katanya, ini berbeza dengan kaum Cina walapun mereka mempunyai kewangan yang kukuh atau berjaya dalam perniagaan tetapi mereka tidak cepat bergaya.

Sehubungan itu Siti Zailah berkata, jika kerajaan Umno mahu DEB memberi kejayaan kepada bangsa Melayu, pemimpin-pemimpin Umno perlu berusaha mengubah sikap orang Melayu supaya menghayati syariat Islam.

"Bangsa Melayu tidak bererti kalau nilai-nilai Islam tidak diterapkan dalam jiwa mereka," katanya mengulas cadangan pemimpin Umno untuk menguna pakai semula DEB bagi menjayakan agenda Melayu.

Beliau menjelaskan, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan tidak banyak laporan orang Melayu sesat dalam beragama, terlibat dengan pelacuran, hisap dadah, gejala HIV/Aids tetapi sekarang siapa yang monopoli semua unsur-unsur negatif tersebut. – lanh


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke