|
----- Original Message -----
From: Azlin Binti
Azlan
Sent: Saturday, July 16, 2005 11:26 AM
Subject: Info Baru Daging Australia Assalamualaikum warahmatullah,Sedikit perkongsian maklumat dari akhbar utusan hari ini. Import daging lembu Australia digantungKUALA LUMPUR 15 Julai - Malaysia telah menggantung import daging lembu halal dari Australia berikutan prosedur tambahan penyembelihan yang meragukan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prosedur tambahan itu dikenali sebagai teknik thoracic sticking atau tikaman pada bahagian yang hampir dengan jantung lembu. Beliau berkata, teknik itu dilakukan bagi mempercepatkan kematian lembu selepas haiwan itu disembelih. Berikutan itu, katanya, pengiktirafan halal terhadap 15 rumah penyembelihan yang memiliki sijil halal di Australia telah ditarik balik serta merta. ``JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) berpendapat prosedur itu tidak selari dengan kehendak syarak mengenai syarat-syarat penyembelihan haiwan. ``Oleh kerana itu, kita telah menggantung pengiktirafan halal membabitkan 15 buah rumah penyembelihan di Australia,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keutuhan Organisasi dan mesyuarat agung dwi tahunan Kesatuan Pembantu Ehwal Ekonomi (Keladang) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini hari ini. Menurut laporan berita stesen TV Astro semalam, prosedur baru itu disedari oleh JAKIM semasa menjalankan audit di rumah sembelihan yang diiktiraf halal di Australia kira-kira tiga bulan lepas. Muhyiddin berkata, prosedur tambahan itu sebelum ini tidak diwajibkan. Beliau tidak pasti tujuan pihak berkuasa negara itu mewajibkan prosedur tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan ia dibuat atas pertimbangan ekonomi kerana lembu yang telah disembelih tidak mati serta merta dan ia boleh melengah-lengahkan masa kepada pengusaha. Menurutnya, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Haiwan untuk pergi ke Australia secepat mungkin untuk berunding dengan Agriculture Quarantine Inspection Service (AQIS) supaya prosedur itu dikecualikan untuk daging yang hendak dieksport ke negara ini. Sekiranya tidak berjaya, beliau berkata, Malaysia mungkin mencari sumber daging dari negara lain sebagai ganti kepada bekalan dari Australia. ``Kita telah memeriksa empat rumah penyembelihan di China dan secara prinsipnya ia memuaskan tetapi pertimbangan perlu diberikan sama ada harganya kompetitif atau tidak,'' ujarnya. Beliau berkata, pada masa ini, sebanyak 70 peratus bekalan daging diimport dari India manakala baki 30 peratus adalah dari negara-negara lain termasuk Australia. NIK NOOR AZLIN BINTI AZLAN
Bio-Technology Lab
Department of Applied
Chemistry
Shibaura Institute of
Technology
Japan
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
