http://alkhatab.tripod.com/
Qanun Jinayah Syar`iyah
Qanun Jinayah Syar`iyah
Bahagian 1
Bab 3
Perkara 118 : Sebab-sebab yang membebaskan dari hukuman qisas.
3) Tertuduh tidak secara langsung melakukan pembunuhan, tetapi hanya dengan:
a) Menolong, atau memberi jalan cara-cara melakukan pembunuhan.
[ Dia sebagai mastermind yang merancang pembunuhan. Tapi dia tidak boleh dikena hukuman qisas kerana dalam qisas, yang dihukum ialah orang yang secara direct melakukan pembunuhan tersebut. Jadi, ini menunjukkan kepada kita bahwa Islam menuntut syarat yang ketat sebelum dikenakan hukuman qisas. Dalam erti kata lainnya, bukan mudah nak jatuhkan hukuman qisas. ]
b) Menahan orang yang terbunuh untuk tujuan pembunuhan oleh si pembunuh.
[ Dia menjadi spy kepada si pembunuh. Tolong cari maklumat tentang mangsa dan sebagainya. Maknanya, dia bersyubahat dalam kes tu. Orang macam ni pun tidak boleh dikenakan hukuman qisas. ]
c) Menyuruh seseorang melakukan pembunuhan ke atas orang yang terbunuh.
[ Dia upah si pembunuh upahan untuk melakukan misi pembunuhan. Orang macam ni pun tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Tuan-tuan jangan salah sangka pula. Bukan maknanya kita boleh buat benda-benda macam ni. Cumanya, yang kita dok bincang sekarang ialah bab qisas. Jadi, ya memang dia akan terlepas dari qisas, tapi ta`zir tetap akan dikenakan. ]
d) Memaksa orang lain supaya melakukan pembunuhan mengikut syarat-syarat paksaan.
[ Ya memang salah kita memaksa orang lain melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada dosa besar. Tetapi si penyuruh itu tetap tidak boleh dikenakan qisas sebab bukan dia yang melakukan pembunuhan.
Okay, bila sebut paksaan, tak tau pasai apa, teringat ana kat Dr Mashitah sekali lagi. Ana rasa ramai yang dah ulas tentang kesilapannya dan ana pun dah sentuh sikit dalam perbincangan Mastika Hadith Jilid 1 Bab 4 Hadith 35. Jadi, tak payah la nak ulas panjang-panjang. Tapi cuma nak tambah sikit lagi, iaitu sekiranya kita jadi tempat rujuk orang ramai, maka cara jawab nak kena tepat, supaya tidak menimbulkan salah faham di dalam masyarakat. Masalah darurat atau paksaan, bukan boleh cerita ringkas macam tu saja. Kita kena bagi detail.
Bukannya apa tuan-tuan; kalau kita mudahkan apa yang dikatakan paksaan, dibimbangi ramai yang akan ambil kesempatan. Contohnya, kalau setakat dua bulan tak bayar hutang kereta pun masuk dalam katogeri paksaan, mungkin ada yang ambik kesempatan pi lacur pula kat mana-mana hotel untuk nak cover bayar tunggakan kereta dia. Ini yang jadi masalah tu. Seperti yang diceritakan oleh ust Jailani dalam satu mahkamah di P.Pinang bulan lalu, kes seorang wanita melayu Islam yang cantik rupa parasnya telah ditangkap dan dituduh kerana menolong melakukan maksiat. Dia ditangkap ketika melayan dua lelaki cina bukan Islam minum arak. Boleh tak kita imagin seorang wanita melayu Islam yang dianugerahkan oleh Allah dengan rupa paras yang sebegitu cantik, dengan usia muda lagi, boleh terlibat dengan
kerja-kerja Gro macam tu?
Apa, tak cukup makan ka dalam P.Pinang ni sehingga sanggup buat kerja melayan lelaki bukan Islam minum arak?
Ini dia masalahnya tuan-tuan. Masalah tipis iman la tu. Mungkin dia tengok orang lain mewah, dia pun nak cepat mewah macam orang tu juga, sehingga sanggup mengkufuri nikmat yang Allah bagi kat dia. Alangkah beruntungnya wanita yang cantik macam tu kalau dia menjadi isteri dan ibu yang solehah. Dengan rupa paras yang cantik, dia didik anak-anak baca Quran selepas Maghrib kat rumah. Anak-anak suka, suami pun suka. Apa lagi nikmat dunia, kalau dikurniakan rupa paras yang cantik disamping agama juga sempurna?
Complete tuan-tuan. Tetapi dia telah mengkufuri nikmat yang Allah bagi kat dia. Sepatutnya dia kena tengok ramai lagi wanita-wanita yang tidak dikurniakan seperti dia; ada yang cacat dan seumpamanya. Inilah yang sepatutnya dia ambik kira.
Bukannya apa; kita sedih tengok orang melayu Islam hari ni. Menjadi juara dalam semua bidang hat negatif-negatif belaka. Malu ana nak senaraikan. Tapi dalam bidang hat baguih-baguih, pakat kantoi pulak dah. Especially dalam bidang ekonomi, kantoi awai-awai kita tuan-tuan. Di P.Pinang very clear. Apa yang melayu P.Pinang boleh banggakan?
Cuba habaq mai sat. Boleh ka melayu P.Pinang bangga dengan zon perindustrian?
Ya memang antara tujuan utama kerajaan mewujudkan zon industri ialah kerana nak bagi orang melayu Islam peluang menjawat jawatan penting dalam syarikat-syarikat tertentu. Tetapi realitinya tak jadi seperti yang dirancangkan. Dalam kilang-kilang hat banyak di P.Pinang, cuba kita congak tengok berapa ramai orang melayu Islam ada tempat di peringkat management?
Tak ramai
tuan-tuan, boleh bilang dengan jari saja. Hat ramainya, jadi operator pengeluaran. So, nak bangga apa kalau macam tu punya gaya?
Anak-anak muda pulak, tak habih SPM lagi, dah berangan nak pi kerja kilang. Sebab apa?..Sebab boleh beli motorsikal, berangan boleh usung aci ke hulu ke hilir. Tidak pun, boleh jadi mat rempit, boleh syahid mati katak tengah jalan. Ini dia tuan-tuan mentaliti sempit anak-anak muda kita hari ini.
Bila sebut anak-anak muda, bimbang ana dengan budaya hedonisme yang sedang attack depa sekarang. Every second depa disogok dengan program hiburan-hiburan yang melampau. Bayangkan seorang yang membawa title ustaz pun boleh terpaut dengan gejala macam ni, apatah lagi anak-anak muda yang takdak basic agama?
.Hancus tuan-tuan. Bila tengok anak-anak muda kita kian parah dengan Akademi Fantasianya, Mentornya, Malaysian Idiolnya; teringat ana kepada satu pendapat di kalangan ulama` muktabar yang membicarakan tentang masalah hiburan. Mungkin dikalangan kita akan merasai pendapat yang ana nak bawa mai ini adalah satu pendapat yang syadid (agak keras), tetapi bagi ana, pendapat ini lebih tepat berbanding dengan pendapat ulama`-ulama` yang lain kalau nak relate dengan fenomena hiburan
melampau sejak akhir-akhir ini. Pendapat ini datangnya dari Almarhum Ust Abdullah Nasih `Ulwan, bekas pensyarah Universiti King AbdelAziz di Jeddah. Topik yang kita tengok sekarang ialah masalah muzik dalam Islam. Kalau kita tengok pendapat Dr Yusuf al-Qardawi, dia kata muzik adalah halal kecuali kalau ada unsur-unsur maksiat. Tapi kalau kita tengok pendapat Almarhum Abdullah Nasih `Ulwan, dia mengatakan bahwa muzik hukumnya haram secara mutlak. Rujuk kitab Tarbiyatul Awlat. Sebab itu, kalau kita mengaji bab fiqh muamalat, kita akan dapati bahwa bisnes yang ada kaitannya dengan muzik, semuanya haram belaka sebab ia berpunca dari alat-alat muzik yang telah diharamkan oleh keempat-empat mazhab (Syafie, Hambali, Hanafi, Maliki). Cuma rebana sahaja yang dibenarkan sabit dari hadith Nabi saw yang sahih. Itupun hanya untuk orang perempuan dan dimainkan pada hari-hari istimewa sahaja. Bukannya main setiap hari. Jadi, dari dalil itu juga, Almarhum Abdullah Nasih `Ulwan berpendapat bahwa
bidang nyanyian secara umumnya termasuk alat-alat muzik, tidaklah sesuai bagi kaum lelaki. Maknanya, kaum lelaki bukan kerjanya menyanyi ataupun main muzik; sepatutnya kaum lelaki kerjanya berperang. Kena lengkapkan diri dengan seni mempertahankan diri, masuk kelas-kelas latihan menembak dan berenang, dan bersedia untuk belajar mengendalikan alat-alat canggih. Dalam ertikata lainnya, kita kena belajar perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang pemuda yang tahan lasak. Ini yang sepatutnya ada pada seorang lelaki, bukannya sibuk dengan hiburan tanpa batasan.
Kalau tuan-tuan nak pegang pandangan Sheikh Yusuf al-Qardawi dalam bab muzik yang mengatakan bahwa muzik ini boleh kalau sekadar nak hilangkan kebosanan, ana rasa takpa, tak jadi masalah. Cumanya, cuba diminimakan hiburan tu sikit. Jangan dijadikan ia sebagai satu elemen yang penting dalam kehidupan kita. Sampai tak boleh berpisah dengan walkman, kira kepala nak angguk aja memanjang. Nak tidoq pun kena on gak radio. Kalau tak on, tak boleh tidoq. Ini kes berat dah tuan-tuan. Sampai muzik dan hiburan tak boleh berpisah lasngsung dengan kehidupan.
Okay tadi bab muzik, sekarang kita tengok bab tv pula. Dalam ulasannya mengenai tv, Almarhum Abdullah Nasih `Ulwan kata bahwa kedua-dua unsur baik dan buruk ada kat tv. Jadi, kalau kita boleh pastikan hanya program baik sahaja yang ditontonkan, maka hukumnya adalah harus kita mempunyai tv di rumah. Tetapi kalau kita gagal mengawasi kehendak anak-anak kita terhadap program-program yang nyata haram dari tv tersebut, maka hukumnya haram menyimpan tv dalam rumah. Tu dia tuan-tuan, kenyataan yang tegas dari Sheikh Abdullah Nasih `Ulwan. Dan ternyata ini lah realiti yang berlaku hari ini. Berapa ramai makbapak boleh mengawal anak-anak mereka dari menontot program-program yang tidak baik?
Tak ramai tuan-tuan. Sebab itu, ana kata pandangan Sheikh
Abdullah Nasir `Ulwan lebih releven dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Tetapi kalau kita popularkan pandangan-pandangan macam ni, pasti masyarakat akan kata kita extremist. ]
4) Pembunuhan itu dilakukan ialah disebabkan tersalah, bukan dilakukan secara langsung.
[ Kalau tersalah, qisas tidak dikenakan. Tetapi si pembunuh hanya wajib bayar diyat sebagai ganti-rugi kepada nyawa yang terkorban, supaya lain kali, kena berhati-hati.
Yang kata tersalah ni tuan-tuan, kalau sekali-dua kali, boleh la dimaafkan. Tetapi kalau memanjang saja buat salah, ini yang problem tu tuan-tuan sebab boleh dipertikaikan. Contohnya macam ajaran sesat ayah pin tu tuan-tuan. Pada siapa yang tak sengaja tersilap masuk dalam kumpulan tu, kita boleh maafkan, tetapi dia mesti buktikan qarinah seperti dia baru saja masuk semalam, tiba-tiba dia ditangkap. Macam ni takpa, dia boleh dimaafkan. Tetapi kalau dah 7 tahun berada dalam kumpulan tu, takkan dia tak nampak lagi kesesatan yang ada pada ayah pin?
Tak sesat lagi ka tuan-tuan bila orang dah boh nandek kat dahi dia, kemudian sembah pula kaki dia?
Tak sesat lagi ka macam tu?
Siap isytihar diri dia tuhan lagi. Kalau pengikut dia setakat sorang-dua, boleh lagi dicontrol. Tapi la ni siap
boleh buat perkampungan. Tersilap apa lagi macam tu tuan-tuan.
Kalau kita tengok satu interview dengan seorang wanita bekas pengikut ayah pin, kita akan dapati bahwa antara kemungkinan si ayah pin murtad itu tidak ditahan sehingga kini ialah dia mempunyai keajaiban dalam mentafsir mimpi. Orang melayu dengan benda-benda miracle, kira pecah kepala la tuan-tuan. Tu yang tak tahan lagi tu sebab ingat ayah pin ada mukjizat la tu. Kalau tafsiran mimpinya salah, dia tak akan dapat sambutan tuan-tuan. Betoi tak?
Jadi, dia mendapat sambutan sebab apa yang ditafsir tu betoi belaka. Ini bukan satu benda asing dalam masyarakat kita. Merata tempat ada orang macam ni. Nampak dia tu tok bomoh mengarut, tapi bila berubat orang, boleh sembuh pula. Ramai orang macam ni tuan-tuan kat M`sia. Tapi kalau kita belajar bab aqidah, kita tidak akan terpengaruh dengan
benda-benda macam ni. Inilah yang dikatakan istidraj, iaitu satu pemberian Allah kepada seseorang dengan tanpa redhaNya. Contoh yang berlaku berdekatan dengan tempat ana ialah ada satu keluarga melayu Islam pi minta nak dapat anak kat tokong hindu. Tak ke haru tu tuan-tuan?
Ada sahabat ana nampak, ada sorang wanita pakai tudung baguih punya dok ayun endoi yang digantung dalam tokong tu. Bila tanya kat sami tokong tu, untuk apa digantung endoi dalam tokong?
Sami tu jawab, Sudah ramai orang mai ayun itu buaian, sudah dapat anak. Depa yang takdak anak suka mari ini tokong.
Nampak tak tuan-tuan, haru punya cerita. Tu, mau kalau si wanita melayu pakai tudung hat ayun endoi dalam tokong tu, mau dapat pula anak
puhhhhh..macamana tu?
.Ini dia tuan-tuan, realiti yang berlaku dalam masyarakat kita yang perlu kita hati-hati. Semuanya ini menguji tahap keimanan kita kepada Allah swt. Jadi, apa yang perlu kita ingat ialah semua fitnah, semua dugaan dan semua musibah yang berlaku di
sekeliling kita, semuanya menguji keimanan kita kepada Allah. ]
Allahu ta`ala `alam.
30/07/2005
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
