Assalamualaikum warahmatullah... This is great, man! Segala puji bagi Allah
yang telah mendatangkan ilham kepada pemimpin tersebut untuk membuat
langkah ini. Ya... Langkah ini jauh lebih baik dari beri jarum suntikan &
kondom percuma. Kalau KERAjaan betul2 prihatin nak mecegah Aids, kalaupun
bukan sebab nak tegakkan larangan Allah, they should follow this. Why not?
Sekurang2nya, mak bapak dapat tau anaknya dah 'dirobek' ketika zaman
sekolah lagi. Dan tidaklah para suami jadik tipah tertipu. Banyak dalam 1.
Dapat mencageh HIV, dapat tegakkan larangan Allah, dapat bentuk masyarakat
yang lebih bersopan. Macam2 ada... Tapi... Pengecualian patut diberi kepada
mangsa rogol, yang dah kawin dan apa2 yang dirasakan patut.
Kalau betul pemimpin kita berjiwa Islam, dengan pantas mereka akan
laksanakan ini. Nak kaji2 dulu? Nape? Nak laksanakan English utk math &
sains tak kaji2 pun? Nak bagi jarum suntikan & kondom free tak kaji lama2
pun? Bahkan nak naikkan harga bahan bakar pun tak pernah dikaji sedikit
pun. Hal yang baik mesti nak kaji lama2, kan? Wahai Pemimpin sekular yang
mengaku Islam, buktikan kepimpinan Islam mu!
Wassalamualaikum...
Rozmal bin Malakan
<[EMAIL PROTECTED]> To: cc:
07/26/2005 03:23 PM Subject: Mereka yang
berzina tidak layak dapat biasiswa atau
Please respond to pinjaman PTPTN ?
harakahdaily
Mereka yang berzina tidak layak dapat biasiswa atau
pinjaman PTPTN ?
Bolehkah kerajaan Malaysia melalui Kementerian
Pengajian Tinggi membuat syarat dalam permohonan
untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman untuk
melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS sekiranya
pemohon adalah perempuan dan belum berkahwin mereka
mestilah masih dara dalam erti kata lain tidak
melakukan hubungan luar nikah atau berzina ?
Apakah dengan adanya syarat ini akan menggalakkan muda
mudi Malaysia untuk menjaga kesucian mereka,
lebih-lebih lagi orang Melayu yang beragama Islam ?
Keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja Melayu
terutamanya semakin parah dengan tiada langkah drastik
atau idea inovatif yang diambil dari gejala bohsianya,
pesta seksnya dan bermacam lagi.
Uganda, sebuah negara yang tidak begitu terkenal
melahirkan para mujaddid atau pemikir Islam telah
mengemukakan satu pendekatan yang begitu inovatif
untuk menggalakkan remaja perempuan mereka yang belum
berkahwin mengekalkan kesucian atau dara mereka. Ahli
Parlimen Mukim Bbaale, Uganda , Sulaiman Madada,
berjanji memberi biasiswa kepada gadis yang masih dara
ketika menamatkan pengajian sekolah menengah dan layak
ke universiti tetapi tawaran itu tidak membabitkan
golongan teruna. Tambahnya lagi menerusi skim
penggalakan pengajian, gadis dari daerahnya yang mahu
merebut peluang berkenaan perlu menjalani pemeriksaan
dara oleh pakar perubatan.
Bak kata pepatah tepuk sebelah tangan tak akan
berbunyi. Sekiranya semua remaja perempuan menjaga
kesucian mereka sudah pasti tiada teruna yang akan
terjebak dalam lembah perzinaan.
Mungkin bukan Kementerian Pengajian Tinggi sahaja yang
patut mengambil pendekatan ini. Malah bakal-bakal
pelatih PLKN haruslah menjalani ujian dara sebagai
syarat layak untuk mengikuti kursus PLKN bagi
meningkatkan integriti, jati diri serta akhlak remaja
di Malaysia.
Begitu juga dengan pertubuhan bukan kerajaan dan parti
politik, mereka juga boleh mengambil pendekatan yang
sama. Mereka yang ingin menyertai Puteri UMNO
contohnya , haruslah terlebih dahulu menjalani ujian
dara.
Dalam hal ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
telah memberikan alternatif yang baik dengan memberi
bantuan kepada mereka yang kurang mampu untuk
berkahwin bagi mengelakkan pasangan yang tertangguh
untuk berkahwin akibat kekurangan wang tidak terjebak
dalam lembah perzinaan.
Berita Harian Khamis 21 Julai 2005 ms 22
Hanya dara layak dapat biasiswa
KAMPALA : Seorang anggota Parlimen di Uganda berjanji
memberi biasiswa kepada gadis yang masih dara ketika
menamatkan pengajian sekolah menengah dan layak ke
universiti tetapi tawaran itu tidak membabitkan
golongan teruna, lapor akhbar tempatan semalam.
Ahli Parlimen Mukim Bbaale, Sulaiman Madada berkata,
menerusi skim penggalakan pengajian, gadis dari
daerahnya yang mahu mengambil merebut peluang
berkenaan perlu menjalani pemeriksaan dara oleh pakar
perubatan.
“Syarat utama untuk biasiswa ini adalah pelajar itu
mesti dara dan berasal dari daerah Kayunga”, katanya
kepada akhbar New Vision.
Beliau menggesa pelajar supaya menguruskan kehidupan
mereka dengan penuh tanggungjawab dan menggesa ibu
bapa supaya menjelaskan kepada anak mereka mengenai
ancaman penyakit HIV/AIDS serta penyakit jangkitan
kelamin yang lain - Reuters
Layari http://rozmal.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/