Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Hishamuddin Rais
Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad arrives in the U.S. on Sunday May 12 for a three-day visit including meetings with President George W. Bush. The agenda will include progress in the war on terrorism, while Mahathir is likely to raise issues regarding Bush administration policy in the Middle East. Boeing is also expected to announce the sale of several F/A-18 Super Hornet fighter/attack jets to Malaysia's air force.
There are broader regional security issues as well that weave together Bush administration security concerns, efforts to promote U.S. weapons exports, and Malaysia's military modernization program. The ten member countries of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) are expected to spend $ 3 billion on weapons this year, with Malaysia spending the largest single amount. Prior to the Asian crisis, Southeast Asia was the world's second-largest arms market after the Middle East. Southeast Asian arms purchases represented about 20% of the world market in the mid-1990s, a substantial increase over the region's 12% market share in 1985. Malaysia plans to spend $3-4 billion on weapons from 2002-2005 as part of a major military modernization program.
Malaysian Defense Minister Najib Razak is the driving force behind the modernization program. This program is actually the renewal of an effort begun in the early 1990s, also led by Najib, to shift the Malaysian military from an army-driven, counter-insurgency force to a structure with a more equal emphasis on all three services. The shopping list includes battle tanks from Poland, Russian and British surface-to-air missiles and mobile military bridges, Austrian Steyr assault rifles, and Pakistani anti-tank missiles. Kuala Lumpur is also negotiating to buy several F/A-18s, three submarines from France, and an unspecified number of Russian Sukhoi Su-30 fighter aircraft. The decision to spread its orders around reflects Malaysia's use of arms purchases as part of its foreign policy, even though the range of equipment from so many different sources creates maintenance and logistics problems. The tanks, missiles, multiple-rocket-launcher systems, and submarines will give Malaysia an attack platform for the first time.
Di pungut dari tulisan John Gershman ([EMAIL PROTECTED]) penganalisa kanan di Interhemispheric Resource Center dan pengarang the Asia/Pacific editor for Foreign Policy in Focus (online at www.fpif.org).) Artikle ini muncul pada 10 May 2002.
Malaysian Defence Minister Najib Razak visited the French naval shipyard at Cherbourg Friday, where two Scorpene submarines ordered by his country are being built. The first of the submarines is to be delivered in early 2008 with the second nine months later, said Philippe Novelli, head of the project for Armaris, the company set up by shipbuilder DCN and defense systems company Thales. Najib, who is also deputy prime minister, visited the first of two Scorpene submarines ordered by the Chilean navy. The Scorpene, which is designed for coastal protection, costs between 300 and 350 million euros (360 to 420 million dollars). It was jointly developed by DCN and the Spanish shipbuilder Bazan, later renamed IZAR.
Dipungut dari ajensi AFP - 10 Jun 2005
The increase in military spending by Malaysia has not aroused any suspicion on the part of Singapore, the republic's Second Defence Minister Teo Cheen Hean said Monday.
Speaking to the media at the Defence Service Asia 2002 exhibition here he said Singapore fully understood the Malaysian situation and there was no suspicion although the amount had increased to 2.5 per cent of the gross domestic product (GDP). Singapore spent more than 4.9 per cent of its GDP for military expenses and has the strongest military in the region. In 1998 when most countries were reducing their military spending, Singapore had allocated US$4.3 billion for military expenditure.
Dipungut dari BERNAMA â 8 April 2005
Polis Trafik Bukit Aman mendedahkan seramai 9,407,138 pesalah trafik belum jelaskan saman yang dianggarkan berjumlah RM14.1 bilion bagi tempoh dari tahun 2001 hingga 2004.
Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Supt A. Wahab A. Rahman hari Rabu berkata bagi tempoh empat tahun itu, Polis Trafik telah mengeluarkan 19.8 juta saman kepada pesalah trafik bagi pelbagai kesalahan lalu lintas, tetapi hanya 52.7 peratus atau 10.4 juta saman dijelaskan.
Bagi tempoh itu juga mahkamah telah mengeluarkan 1.3 juta waran tangkap terhadap pesalah trafik itu tetapi hanya 348,291 waran telah dibatalkan setelah pesalah membayar saman mereka atau sudah dihukum di mahkamah.
Dalam usaha menjejak pesalah tegar, Polis Trafik hari ini melancarkan Ops Warta IV fasa kedua untuk memburu 731,197 pesalah yang telah dikeluarkan waran tangkap.
Orang ramai juga boleh menjelaskan saman mereka di enam buah pusat membeli belah iaitu Giant di Johor Baharu, Terminal One di Seremban, Perangin Mall di Pulau Pinang, SPT di Bukit Mertajam, Jaya Jusco One Utama di Petaling Jaya dan Kepayan di Kota Kinabalu.
Dipungut dari BERNAMA 1 Jun 2005
Menjual senjata adalah perniagaan yang paling lumayan dalam dunia perniagaan. Amerika Syarikat, China, Rusia, Britain, Perancis, German, Isreal adalah di antara negara-negara penjual senjata. Hari ini pengekport senjata terbesar ialah AS, diikuti oleh Britain dan Perancis.
Perampasan dan penjarahan tanah-tanah jajahan di era kolonialisma semuanya berasaskan kekuataan senjata. Portugis, Belanda dan Sepanyol mengundur dari menjadi kuasa imperial numero uno apabila Britain dengan kekuatan armadanya menyingkirkan kuasa-kuasa imperial tua ini. Jepun, Itali dan Jerman mencuba nasib untuk menjaring tanah-tanah jajahan dalam perang dunia kedua.
Perang dunia kedua ini telah membawa keruntuhan kuasa-kuasa imperial Eropah dan Jepun. Ketika Eropah dan Jepun beramok merebut tanah jajahan seorang âgedebeâ baru - Amerika Syarikat - yang lebih gah dan lebih ganas telah masuk ke arena politik dunia. âGedebeâ baru ini telah memasuki pentas perang dunia kedua di saat-saat akhir setelah kuasa-kuasa imperial Eropah dan Jepun hampir musnah berbunuh-bunuhan sesame sendiri. Keadaan ini telah memastikan yang bala tentera Amerika tegak unggul jauh dari menerima kecelakaan yang teruk.
Perang dunia kedua diteruskan dengan perang dingin di antara blok Amerika dengan blok USSR. Setelah USSR menjadi arwah pada tahun 1989 maka muncullah kuasa imperial Amerika Syarikat sebagai kuasa mutlak dalam dunia hari ini. Apa yang sedang kita saksikan di Amerika Latin, di Timur Tengah, di Afrika dan sekitar negara-negara Asean adalah perancangan dan penyusunan semula tata politik dunia di bawah kuasa hegemoni Amerika Syarikat.
Kalau sebuah syarikat persolekan akan mengunakan iklan untuk menjual produk - pekara yang sama juga akan dilakukan oleh negara-negara syarikat industri persenjataan. Iklan-iklan menghias muka dan persolekan badan akan menakut-nakutkan bakal pembeli yang tidak memiliki produk mereka. Bakal pembeli akan diiklankan sebagai hodoh, gagal dalam hidup dan tidak akan didampingi. Hanya dengan membeli produk barulah si pembeli akan dilihat berjaya dalam hidup.
Cara 'pengiklanan' menjual senjata menggunakan strategi yang sama tetapi ditambah dengan gerak politik yang lebih licik. Lihat apa yang sedang terjadi di Timur Tengah. Amerika membekalkan senjata secara percuma kepada Isreal. Ini akan menakut-nakut rejim Arab. Rejim Arab ini akan bergegas ke Rumah Putih untuk mendapatkan kebenaran membeli senjata-senjata terbaru. Apa sahaja jenis senjata yang dimiliki oleh Isreal akan dibeli berganda-ganda oleh regime Arab. Akhirnya senjata di wilayah ini akan menggunung. Senjata-senjata ini perlu dimusnahkan untuk memastikan industri senjata terus beroperasi dan syarikat-syarikat penjual senjata ini akan terus mendapat laba keuntungan. Lalu, kuasa imperial Amerika berpolitik mengadu domba regime Arab dengan Isreal. Hasilnya, perang akan meletus, senjata musnah dan kilang senjata terus beroperasi. Syarikat industri persenjataan Amerika akan mengaut keuntungan.
Dalam lanskap politik Asean peranan Isreal sedang dilakukan oleh Singapore. Pulau Singapura dari segi sejarahnya adalah sebahagian dari bumi alam Melayu. Sama seperti Isreal yang asalnya adalah bumi Arab. Singapura adalah 'settlers state' atau Negara pendatang, sama seperti Isreal. Isreal dikelilingi oleh Arab manakala Singapura dikelilingi oleh Melayu.
Pulau kecil yang wajib mengimpot air minuman ini membelanjakan 4.9 peratus dari hasil pendapatan negara (GDP) untuk membeli senjata. Semua warga di atas 18 tahun diwajib menjadi tentera. Ini tidak jauh berbeza dari apa yang sedang berjalan di Isreal. Malah cara, taktik, pendekatan, idealogi dan strategi militer Singapura semuanya berdasarkan apa yang dicadangkan oleh Isreal. Pegawai-pegawai tentera Isreal adalah penasihat-penasihat untuk tentera Singapura. Semuanya bukan satu rashia tetapi diketahui umum oleh rakyat Indonesia dan Malaysia.
Hari ini jelas kelihatan perancangan dan taktik kuasa imperial Amerika telah berjaya memaksa Najib Razak untuk menjadi pembeli senjata yang rakus. Proses penjualan dan pembelian senjata untuk sesebuah negara akan diusahakan melalui tenaga orang tengah. Apakah kita lupa tentang Adnan Khoshagi warga Saudi yang menjadi kaya raya sebagai Tok Peraih senjata untuk Arab Saudi. Jangan lupa tentang berita penjualan senjata dari Sweden untuk India telah dilakukan setelah duit sogokan melalui orang tengah masuk ke dalam kantung ahli-ahli politik India.
Senjata secara besar-besaran hanya dibeli oleh negara. Keputusan untuk membeli senjata itu akan diputuskan oleh menteri pertahahan satu-satu negara. Menteri pertahanan negara tersebut akan mendapat nasihat dari pengawai-pegawai tentera dan penasihat-penasihat dari kementerian. Di sinilah lobi-melobi bermula. Syarikat industri senjata akan melobi ( baca: merasuah) sesiapa sahaja yang boleh membuat keputusan sehingga senjata itu terjual.
Di Amerika Latin, Afrika dan Asia - terutama Negara yang tidak telus dan demokratik seperti Malaysia, melobi dan merasuah ini telah menjadi satu seni. Berita pembelian kapal selam dari Perancis hanya diketahui oleh warga Malaysia beberapa minggu sebelum Najib dan Rosmah berlepas ke Paris untuk melihat kapal selam yang telah pun ditempah. Berita tentang penjualan simpanan emas negara yang akan dijadikan modal oleh Najib untuk membeli senjata, hanya bocor dari laporan akhbar luar negara. Media-media bodek dalam negara telah gagal untuk mengembang luas berita emas simpanan negara ini. Mereka hanya melaporkan 'penafian dari Najib' dan tidak lebih dari itu.
Parlimen Malaysia yang seharusnya membincang dan mendebatkan hal ehwal pertahanan negara telah mati pucuk semenjak ianya wujud pada tahun 1957 dahulu lagi. Hampir kesemua Yang Berhormat dalam parlimen ini tidak mengetahui hujung pangkal tentang apa yang sedang berlaku. Yang Berhormat dari parti pembangkang juga tidak memiliki tenaga batin untuk berhujah dan mengkirai terbuka apa yang sedang dilakukan oleh Najib.
Mahathir Muhamad telah berjaya membelanjakan berbilion-bilon ringgit harta dan wang rakyat dengan projek-projek meganya. Kini projek mega a la Mahathir telah terbukti sebagai satu pembaziran yang ditentang rakyat. Najib menyedari hal ini, maka secara licik dan berahsia Najib sedang membuka gelanggang baru â projek pembelian senjata mega - sebagai asas dana gerak politiknya.
Najib Razak adalah pilihan Mahathir Muhamad sebagai bakal Perdana Menteri. Ini satu yang amat menakutkan kerana riak dan rintik-rintik negara ini menuju muflis semakin jelas. Lihatlah bagaimana emas simpanan negara ingin dijual untuk membeli senjata. Lihatlah laporan agensi berita luar negara tentang berapa banyaknya ringgit yang akan digunakan untuk membeli senjata-senjata. Bacalah berita laporan media tempatan tentang dana pembelajaran PTPTN yang telah dimansuhkan. Hampir 200,000 anak muda kebanyakan pelajar Melayu akan tercicir dan gagal untuk menyambung pelajaran ke kolej dan universiti.
Apakah kita lupa tentang berita pegawai-pegawai pemungut cukai yang merasuk ke sana ke mari dalam usaha mencari duit. Lihat betapa gigihnya mereka sehingga sanggup ' camping ' di hadapan rumah orang-orang yang dianggap gagal membayar cukai. Lihatlah dengan mata kepala sendiri bagaimana saban malam anggota polis dan polis trafik telah mengadakan pemasungan jalan. Semua ini kerana ingin memungut saman-saman ( baca: duit) yang enggan dibayar oleh orang ramai.
Keadaan negara kurang duit ini menjadi lawak apabila saman polis kini boleh dibayar di pusat-pusat membeli belah. Bayangkan satu ketika nanti saman polis dan cukai pendapatan boleh dibayar di kedai Mamak Maidin, warung Tom Yam Mek Jah dan di tandas-tandas awam di lebuh raya PLUS. Jangan ketawa - yang ketawa hanyalah Tok-Tok Peraih senjata yang sedang menuju ke bank di Paris.
Kemerosotan sistem pentabiran negara di bawah United Malay National Organisations ini begitu terserlah. Ini bukan bangkai gajah ditutup dengan nyiru tetapi lebih jelas dari itu - seperti Datin Seri Rosmah menunggang gajah. Rampokan dan penjarahan wang negara melalui projek-projek mega ala Mahathir sedang diteruskan oleh Najib Razak. Mahathir Muhamad merampok dana Petronas kerana laporan pendapatan syarikat ini hanya menjadi maklumat kepada Perdana Menteri. Pembelian senjata oleh kementerian Najib akan lebih dirashia dari rashia Petronas kerana Najib akan berdalil bahawa semua ini untuk keselamatan dan pertahanan negara.
--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-Sham Rais at 7/31/2005 12:07:00 PM
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
