PDF Cetak E-mail
Tuesday, 02 August 2005
``Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur,'' katanya.

 


Komentar : Tiga perkara penting. Pertama Islam melarang umatnya meniru budaya sesuatu kaum, di mana Rasulullah bersabda "Barangsiapa yang menyerupai satu kaum maka sesungguhnya mereka sebahagian darinya (kaum itu)". Konsep menyerupai satu kaum ini berdiri atas 2 asas, pertama: melakukan perbuatan yang sama dengan orang kafir, kedua: ada unsur niat meniru. Mencari Cinta adalah perbuatan meniru rancangan Average Joe, Malaysian Idol meniru bulat-bulat rancangan American Idol, di samping perbuatan meniru ini , rancangan ini juga mengandungi unsur-unsur maksiat, pergualan bebas, berpeluk-pelukan lelaki dan wanita di atas pentas, sistem pergaulan sosial yang bercanggah dengan Islam. Kedua Perlu diingat bahawa piawaian boleh atau tidak sesuatu rancangan janganlah nisbahkan kepada budaya lokal, tapi yang menjadi kayu ukur sebenar adalah hukum syarak, hanya budaya (hadharah) Islam paiwaian sejati kita. Adalah salah bila mengatakan sesuatu rancangan ini tidak sesuai dengan budaya kita iaitu budaya timur, tapi yang perlu kita katakan bahawa rancangan itu bercanggah dengan hukum syarak. Ketiga tugas negara adalah menguatkuasakan hukum, bukan sekadar menegur rancangan tersebut, namun tugasnya lebih jauh lagi iaitu memastikan rancangan bercanggah dengan hukum syarak tidak muncul di khalayak ramai. Sepatut pemimpin berpegang kepada slogan ini "Kami adalah hakim (pemerintah) yang bertugas untuk menghukum" kenapa kesalahan jalanraya kita begitu tegas menghukum, tapi adegan maksiat depan mata pemimpin asyik bersilat lidah? Nantikan artikel kami tentang Hadharah dan Madaniyyah

Dikemaskini ( Tuesday, 02 August 2005 )




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke